Manusia hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan semuannya,apa pun bagi kita ucapan terima kasih keatas PM baru dimana semasa ucapan ulung beliau malam tadi Najib telah mengumumkan bahawa beliau akan membebaskan 13 tahana ISA dan membebaskan akhbar Harakah serta Keadilan dari belenggu KDN serta merta,wow nampaknya seperti guru beliau cara permulaan bekerja,tapi ini baru hari pertama Najib jadi PM kita tunggu lah hari-hari yang berikutnya apa kah tindakan-tindakan yang bakal dijalankan oleh Najib dan sekutunya,apa yang rakyat tunggu sekarang bagaimana dan siapakah bakal-bakal pemimpin yang akan menanggotai kabinet baru pimpinan Najib yang akan bekerja bersama-sama dia.
Apakah Najib perlu menggunakan mentor beliau Mahathir yang selama ini memperlekehkan Paklah sehinga ramai dalam kabinet Paklah juga mengkritik Mahathir kerana sikap beliau seperti gila kuasa,sekiranya ini berlaku maka Najib akan dianggapa PM yang paling lemah dari Paklah kerana perlu orang menasihat untuk buat itu dan ini,bagaikan lembu dicucuk hidungnya.Najib kau jangan lupa dibawah kau ramai rakyat yang tak suka sangat kau jadi PM,lebih-lebih lagi dari Pakatan Rakyat kerana isu yang tak pernah kau hadapai secara jantan,dan perlu kau ingat dikiri kanan kau ada 4 lagi parti gabungan umno di Semenanjung dan tak termasuk di Sabah dan Sarawak dan dengar cerita nya depa dok minta pada PM baru untuk melantik 1 TPM dari parti depa,kau nak bagi ke?kalau PR boleh menjanjikan semua ini masakan umno BN tidak?
Apakah dengan kemasukan mentor kau ia juga akan memperkuatkan umno kembali?memang umno baru Mahathir yang punya,lantak lah berapa kali pun dia nak keluar dan masuk kami dari PR bukannya peduli sangat,sekiranya berlaku perpecahan BESAR dalam umno nanti janganlah disalahkan rakyat yang memang sudah lari dari kapal yang sedang nak tenggelam kerana rakyat memang sudah muak mendengar nama Mahathir cuma Ibrahim Ali je yang suka sangat dengan Mahathir ini sehingga berak Mahathir pun kalau boleh dia nak bersihkan.Yang pasti ramai rakyat mahukan PM yang bersifat bersih dari isu-isu besar,bukan kuasa maupun pangkat yang boleh menutup segala macam pembohongan,jangan terlalu tinggi sangat kau dok di atas tu Najib nanti kalau jatuh merundum kebawah takut tak sempat nak mengucap cuma itu pesan nyamuk macam aku ni sebab yang lain pun dah banyak dok bebel kat dalam blog dia orang tapikan kalau kau benar-benar nak berubah dengarlah cakap pembangkang. . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan