Aku ucapkan takziah pada keluarga sepupu ku dan mengambil kesempatan untuk offline buat 1 hari(selasa) untuk menghormati arwah yang telah lama sakit sejak isterinya meninggal setahun lalu kerana bagi manusia hidup insyaallah dan mati adalah pasti,14 april menjadi ingatan buat semua keluarga sepupukan malah bagi bapa ku dia kini keseorangan tanpa adik beradik yang lain,apa pun doa kami semuga arwah dimasukkan kedalam mereka yang diterima amal solehnya,amin.AL-FATIHAH
SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Rabu, 15 April 2009
HIDUP INSYAALLAH,MATI SUDAH PASTI
Pagi semalam jam 1.30 pagi dikejutkan dengan panggilan dari suami sepupu aku yang menberitahu bahawa abang kepada bapa aku telah meninggal dunia di rumahnya,maka kecohlah sekejap hp aku memberitahu kepada sanak saudara dan sekali gus mengerakkan diri ku dengan bertemankan anak lelaki kesana.Mujurlah rumah beliau berdekatan dengan rumah mak bapa ku jadi tak lah mereka mengambil masa yang lama,sampai disana ku lihat telah ada beberapa orang penduduk blok yang sedang berkumpul dan ku lihat bapa dan adik lelaki ku sedang membaca yasin jadi aku masuk dan sedekahkan bacaan yasin terhadap arwah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan