Jumaat, 24 April 2009

KETUA BARU OTAK LAMA

Hari ini pemimpin umno bermesyuarat dan terlantiklah mereka-mereka yang akan menjaga umno negeri yang mana Najib telah melakukan perubahan yang dianggap drastik bagi aku kerana setahu aku belum pernah mamat-mamat yang diberikan amanah ini memeganag jawatan yang seumpama itu dan apa pun tahniah lah bagi mereka-mereka yang telah dilantik,dibawah ini aku sekadar copy dan paste dari kedahlanie untuk pengetahuan kita sahaja kerana aku pasti ramai penyokong PR bukan suka sangat mengambil tahu perkembangan umno lagi;

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kepimpinan Umno negeri, yang menyaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah diganti sebagai ketua perhubungan Umno Terengganu, Perlis dan Pulau Pinang.

Berikutan itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik mengetuai badan perhubungan Terengganu, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan Datuk Seri Md Isa Sabu, yang juga menteri besar Perlis, menggantikan Shahidan.

Turut digugurkan ialah Tan Sri Muhammad Muhd Taib sebagai ketua penerangan dan digantikan oleh Ahmad Maslan, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung. Ahmad adalah menteri kewangan kedua.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan

PENGERUSI-PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI:
  1. PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
  2. KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
  3. PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  4. PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
  5. SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
  6. WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
  7. NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
  8. MELAKA : Datuk Seri Mohd Ali Rustam
  9. JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
  10. PAHANG : Datuk Seri Adnan Yaakob
  11. TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
  12. KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
  13. SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu:
  1. Datuk Seri Rais Yatim
  2. Datuk Nazri Aziz
  3. Datuk Jamil Khir Baharom
  4. Datuk Raja Nong Chik
  5. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
  6. Datuk Seri Ali Rustam
  7. Tan Sri Rafidah Aziz
  8. Datuk Seri Ghani Othman
  9. Datuk Seri Shahidan Kassim
Katanya, para menteri besar juga turut dihadiri mesyuarat MT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan