3 PRK yang telah dijalankan di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang AI hari ini dan sekarang telah masuk waktu kiraan disebahagian tempat,banyak kisah dalam alam maya yang mengambarkan bahawa terdapat kisah yang sama seperti PRK serta PRU berlaku dan ini juga mengambarkan bahawa tiada pemantauan serta perubahan dari SPR setelah pucuk pimpinannya berubah,bagi PR apa pun tindakan SPR mestilah ia menunjukkan peningkatan terhadap sistem pilihanraya yang bertanggungjawab kerana ia bukan sekadar mainan untuk memilih pemimpin malah juga bakal menentukan kerajaan yang akan memerintah negara tapi kalau SPR cuma ibarat melepaskan batuk ditangga maka amat kesallah masyarakat serta amanah yang diberikan menjadi mainan kerana mempunyai sifat pilih kasih dan salah guna kuasa.
Mulai jam 5 sehingga 9 malam ini ia juga adalah penentu bagi seseorang bakal bergelar pemimpin,bagi PR inilah masanya untuk menunjukkan kekuatan sebenar dan bagi BN ini lah juga masanya mereka menentukan tahap sokongan PM baru Najib,selain dikatakan sebagai sayap pada BN kini SPR berdepan pula dengan masalah besar yang akan bakal berlaku sedikit masa lagi,apa masalahnya bukan sekarang nak aku bicarakan tapi sekiranya ia benar-benar berlaku barulah kita boleh nampak apakah selama ini SPR memang sayap bagi BN dalam menentukan hala tuju kerajaan,apa pun yang pasti mana seronok nak jadi jahat sendiri pasti mereka-mereka ini suka ramai yang melibatkan diri menjadi jahat dan bila dah terlibat jadi jahat sendiri boleh ingatlah. . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan