Jumaat, 3 April 2009

ADA ORANG SUKA,ADA ORANG TAK SUKA

Tahniah buat Najib kerana telah menjadi PM ke 6 menggantikan Paklah yang telah tamat tempoh ngeramnya dan bagi mereka-mereka yang berpihak BN maka ini lah hari yang mengembirakan dan suka sangatlah hati mereka bila mana ketua mereka yang disanjungi dan dihormati seluruh dunia ditabalkan menjadi PM ke 6 buat negara Malaysia khususnya parti UMNO dan dengan gaya dan megahnya beliau mengangkat sumpah setia simpan rahsia dihadapan DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG di Istana Negara padi tadi jam 10 yang disaksikan oleh seluruh negara yang dipancarkan secara langsung.


Yang baru menggantikan yang lama,maka yang lama pencenlah dia dan menjadi sejarah dan moga janganlah menjadi sampah seperti bekas yang terdahulu,bagi yang baru naik tu inilah masanya ia meniti sejarah dan sekali gus lawannya adalah sumpah seranah dari rakyat,cuma harapan rakyat Malaysia semoga ia menjadi panduan dan perkara-perkara lalu tidak berulang.Ingat kuasa rakyat lah yang berkuasa sebenarnya,apa pun dan siapa pun pimpinan negara kamu sedang rakyat perhatikan kerana jika ada suka pasti ada juga yang tak suka begitu lah resam manusia,rakyat sudah mula berubah dan pandai masakan pemimpin masih lagi buta hati dan perut,pemimpin 3 dihadapam telah membuktikan bahawa mereka PM yang bertanggungjawab tapi no 4 dan 5 mereka juga telah membuktikan siapa sebenarnya mereka dan kini no 6 masa kamu telah sampai. . . . . 


Jangan suka membawa duka,kamu anak bekas PM dan semua orang akan memerhati serta akan membezakan antara bapak dan anak,kerana generasi itu masih ramai lagi pada masa ini,jadi jangan mengharap untuk rakyat bertukar suka kerana sebenarnya pertukaran pucuk pimpinan sekarang pun sebenarnya ramai yang tak suka ia nya berlaku,tapi perancangan ALLAH siapa bisa menafikan.Siapa kami untuk memohon pada kamu agar kerjalah untuk AGAMA dan NEGARA,Bukan NAMA dan HARTA,kerana semua manusia bila kembali disana akan ditanya tak kira jasa maupun bala yang yang diusaha.


Bagi kami Pakatan Rakyat biar siapapun PM nya sekiranya ada penindasan serta penipuan LAWAN TETAP LAWAN,biarlah kami mati sebagai pembangkang demi AGAMA dan KEADILAN,yang pasti menyerah kalah tidak sama sekali kerana itulah perjuangan dari kami untuk generasi yang akan datang insyaallah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan