Ahad, 5 April 2009

LATAR BELAKANG WARNA BARU

Malam tadi sempat aku tukarkan dinding latar belakang blog kepada warna lebih terang dan nampak gah lah sikit cuma aku tak berapa pandai buat macam ummi pada blognya yang berlatar belakang floral cantik sungguh,apa pun ia adalah sekadar blog tempat lepak buang masa layan cerita poitik,sukan dan sebagainya,yang dulu sekadar warna putih terang memang boleh menyakitkan mata sesiapa masuk blog nak join baca,tapi aku guna warna ini untuk menghasilkan suasana baru dalam alam maya tempat aku bertemu kawan-kawan yang tak kenal.


Apa pun blog aku ini tak lah semegah blog teman-teman yang bekerja tungkus lumus memberi info semasa serta terkini,almaklumlah aku ini kira manusia yang sedikt kurang upaya dari segi kesihatannya dan yang paling penting segi kewangannya juga teruk,apa lagilah pasal nak berblog sebab aku dok balun buat sendiri mana lah akau ada belajar pasal komputer dulu,masa kerja pun tak de buat bab macam ni sebab aku dok layan kuali dan dapur sepanjang masa dah aku kerja tukang masak bukan komputer ,nasib baik ada adik yang support dan ajar apa yang patut bolehlah gunakan alam maya ini buat buang masa cari info terkini.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit,bagi aku itulah caranya nak maju,tak perlu tamak dengan masa,setiap hari aku dapat pelajaran untuk aku dapat berfikir dan ia juga dapat menguatkan minda aku supaya terus menggunakan otak dan insyaallah dapat terus berfungsi kerana apa yang aku nampak mereka-mereka yang selalu menggunakan otak dan berfikir maka usia mereka lebih panjang dari mereka yang kurang dan tak mahu memikirkan perkara-perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat,semuga mereka-mereka yang diluar sana dapat manafaat yang aku berikan untuk dikongsi bersama-sama insyaallah. . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan