Ahad, 19 April 2009

BERANI KE NAJIB DERHAKA?

2  Hari lepas Najib kononnya bagi tahu pada rakyat kemungkinan BN tak bertanding dalam PRK di Penanti keran katanya membazir WANG dan masa dan nampaknya sebahagian pemimpin parti sekutu juga menerima baik saranan yang dibuat oleh Najib kecuali Samy sahaja yang mau BN bertanding kerana katanya macam BN ni dah tak de telor nak berlawan dengan PR,apa pun heboh lah satu negara memperkatakan pasal perkara ini dalam blog jangan cerita lah ramai yang dok kutuk dan macam-macam lagi reaksi mereka,tapi dah PM yang bersuara maka kita tunggulah SPR pun belum umumkan apa-apa lagi,minggu depan katanya selepas mesyuarat hari rabu baru boleh tau.


Hari ni pula keluar cerita Madey nak minta BN bertanding katanya kalau nak tunggu bertanding kawasan umno maka lama kelamaan umno tak ada kerusilah,kenalah bertanding untuk menambahkan kekuasaan macam itulah bunyinya,MENTOR dah bagi arahan dan beranikah Najib nak DERHAKA?bagi kami nak masuk bertanding ke tak nak bagi PR memang sudah bersedia cuma tunggu apa kata SPR (sayap BN) dan yang paling kita nak lihat adakah Najib benar-benar mahu ikut apa yang  Madey katakan kerana ia sedikit sebanyak meyakinkan orang ramai siapa sebenarnya Najib?boneka atau diri sendiri,macam lah kita lupa yang dahulunya Paklah dikatakan menjadi boneka  bagi anak menantunya kini giliran Najib pula,apa pun beranikah Najib DERHAKA pada Madey?Jawapan nya sedikit masa lagi . . . . . . . . . . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan