Matangkan diri kita,sebenarnya tidaklah perlu kita heboh-hebohkan apa pun cerita gempar yang akan dilapurkan oleh pucuk pimpinan cukuplah sekadar dihebohkan bila tiba waktu pucuk pimpinan datang untuk berceramah,apa kah dengan cara ini untuk rakyat datang beramai-ramai?yang pastinya bila sebutnya nama DSAI pasti kawasan ceramah akan dipenuhi masyarakat setempat maupun luar.Fantasi dari speakulasi sekiranya ia jauh tersasar dari anggapan masyarakat yang mengharap bisa melahirkan sakit hati bila berterusan tidak kesampaian harapan besar itu dan bila sakit hati berterusan mampukah kita dapat menahan marah rakyat?
Janganlah mengharap sangat speakulasi ini,malah teman-teman pun dok cuba caling-caling cuba tanya apakah berita besar yang bakal dihebohkan jam 9 malam ini,tapi aku yang kerdil ini mana lah tahu sesangat depa yang jadi pemimpin besar,aku cuma boleh jawab janganlah menaruh harapan kita terimalah apa yang jadi,yang tak nak terjadi pun baru sahaja jadi siapa kita?yang pastinya realiti sudah berlaku depan mata semua dan dengan realiti itulah kita tukarkan kekecewaan dengan kemenangan,kerana ada hikmahnya ketentuan ini ditunjukkan kepada kita cuma apakah hikmah ini dapat dilihat oleh mata hati semua orang. . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan