Khamis, 23 April 2009

BN MEMANG TAK TAKUT MAT SEMBAB

TPM Muhyiddin Yasin hari ni berkata bahawa BN tidak gentar menghadapi sesiapa dalam pilihan raya kecil semasa berkata dengan pemberita sewaktu beliau melawat Sekolah Kebangsaan Setapak Indah,beliau yang mengulas kenyataan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat Saifudin Nasution Ismail yang mengatakan yang BN tidak mahu meletakkan calon di Penanti kerana mereka bukan calon pilihan,ala Mat Sembab rakyat bukan tak tahu lah ni semua mainan politik orang yang berkuasa sahaja yang dok cakap itu ini,tapi hakikat yang semua orang tahu yang BN selama ini pun mana pernah tak masuk bertanding kerana semua jentera termasuk SPR,SPRM,PRDM,FRU,JPA,PERISIK TENTERA menjadi barua malah pengunaan semua badan kerajaan termasuk kenderaan digunakan untuk PRK.


Bukan untuk mendabik dada bagi PR yang kini semakin dihormati semenjak PRU12,kerana bukan kemahuan bagi PR untuk wakil rakyat dan ahli Parlimennya meletakkan jawatan sesuka hati kerana bersangkut dengan politik,dasarnya bahawa memang ini akan menjadi satu tanggungjawab serta amanah yang bakal diberikan haruslah boleh di pikul oleh mereka yang benar-benar berwibawa,sepatutnya ini lah yang menjadi contoh buat BN yang telah lama memerintah sekiranya ingin berubah,inilah akibatnya bila telah lama beraja kan WANG,semua yang ingin dilakukan guna Wang dan pembaziran itu dilakukan dengan mudah dan mewah.


Bagi kami rakyat sama ada berlakunya PRK atau tidak kami sebenarnya tetap akan melakukannya seperti biasa,hidup susah senang macam biasa,sihat sakit pun macam biasa,kerana sudah PRU 12 kali pun kerajaan tetap tidak berubah masih dizaman batu pemikirannya,kini bila kerajaan negeri yang banyak telah di tukarkan kepada PR maka kesedaran telah menampakan hasilnya,apakah BN mampu menukarnya dengan drastik sekali?Bila peluru serta senjata lainnya yang digunakan untuk menyerang musuh telah memakan diri sendiri maka inilah akibatnya,terlalu lama dan banyaknya masyarakat diasingkan sesama masyarakat pada hal kita semua rakyat negara yang sama cuma kita tidak menyokong sahaja kita dipisahkan melalui idelogi politik bengong umno.Ini pun umno serta pemimpin mereka masih lag tak nampak-nampak.


Berilah alasan apa pun gunakan lah SPR dan SPRM  rakyat telah tahu keputusannya,yang pasti kalau nak menutup 1 pembohongan itu kena lah buat lagi 9 pembohongan jadi tanpa sedar telah adanya 10 pembohongan,untuk MAT SEMBAB(ambil kata TT) sila lah jadi pengarah PRK buat BN sebab tugas baru menanti kau sebenarnya,Najib telah merasai kini giliran kau pula,apa guna jadi TPM tapi kerja macam supervisor supermarket.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan