SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Ahad, 31 Mei 2009
DR.MANSOR OTHMAN WAKIL PENANTI
3 HARI TANPA ALAM MAYA
Khamis, 28 Mei 2009
BENGONG KE APA KHAIRY NI?
Selasa, 26 Mei 2009
ANTARA AMINAH DENGAN HANTUTUYA
Isnin, 25 Mei 2009
DAH DASAR GILA KUASA,TAKKAN TAK NAMPAK
Sabtu, 23 Mei 2009
4 ORANG PENENTU DI PENANTI
Jumaat, 22 Mei 2009
PENANTI MENANTI KITA 23 NI DAN 31MEI PENENTU
PERAK BER MB KAN MAMAK WOW BESTNYA
Khamis, 21 Mei 2009
BILA MONYET DAPAT BUNGA
Isnin, 18 Mei 2009
PENANTI,BN TAK TAKUT PR JANGAN BONGKAK
Ahad, 17 Mei 2009
INI LAGI SORANG MAFIA NI,KAYVEAS
Sabtu, 16 Mei 2009
KHIR TOYO DIBUANG JAUH
GURU SELAMAT UNTUKMU
Jumaat, 15 Mei 2009
BILA DAH TUNDA ALAMATNYA . . . . .
LAWAK SAMPOI BOLEH KANTOI
Tok Bomoh mendapat pesakit pertama.
Tok nak cerita pengalaman Tok masa mula2 tamat nuntut ilmu jadi bomoh dulu. Masa tu tahun 1940 kalau tak silap. Kak Memot masa tu belum lahir lagi. Hasbullahpit berhingus lagi wa cakap lu.
Tok dapat pesakit pertama sebaik sahaja tamat pengajian kebomohan. Seorang lelaki tua datang mengadu kepada Tok. Dulu, masa dia muda, dia ada bela satu jin kategori pahlawan. Masa tu benda2 ni dah adat la. Skang ni, bila dia dah tua, dia tak larat nak jaga. Dah banyak kali dia cuba buang, tapi tak berjaya.
"Dah guna teknik rebus benih jagung, tanam di bukit dan suruh dia jaga sampai tumbuh?"
"Sudah Tok. Jin ni banyak member. Dia suruh member dia dapatkan benih lain. Skang dah jadi ladang dah kat bukit tu."
"Ok lah. Macam ni. Tok ada kaedah. Kali ni Tok berani kerat jari uma kalau tak berjaya gak. Lu ambil keratan kertas nih. Ini keratan akhbar terbaru. Bagi kat jin lu tuh. Then, suruh jin lu lepak kat Gunung Semanggol sehingga benda ni berlaku. Cakap dengan dia, sikit jer lagi nih. Selagi tak jadi, jangan balik. Jin tu nak minta tolong member2 dia pun takpa. Lu jangan risau. "
"Mujarab ke Tok?"
"Mujarab la. Kalau tak jadi kita kerat jari uma."
"Boleh baca keratan akhbar ni Tok?"
"Ha. Bacalah."
Kini terserah pada Sultan...
Tekanan umum semakin memuncak supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan pilihanraya baru untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, yang sudah berlarutan selama tiga bulan.
"Huih Tok. Kalau camni, sampai kiamat la jin gua tak balik2."
H1N1,SATU DAH JUMPA SEKAPAL APA CERITA?
INILAH YANG DIPANGGIL LEMBU DITARIK HIDUNG
Khamis, 14 Mei 2009
MAMAK ZAMBRY,NAK GELAK PUN TAK LARAT
PERCAYA KE CAKAP DIA NI?
Najib kini 'perdana menteri rakyat' |
May 14, 09 3:24pm |
Kita kini bukan sahaja mempunyai "Pakatan Rakyat", tetapi juga "perdana menteri rakyat" apabila Datuk Seri Najib Razak juga mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka. "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata perdana menteri. Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan. "Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Majlis itu yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman. Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya. "Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. "Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. "Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya. "Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya lagi. Oleh sebab itu, tambahnya, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media). Katanya lagi, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat. |
SEKEJAPAN BERUBAH!
DEMAM SEKELUARGA
Selasa, 12 Mei 2009
TERBUKTI UMNO GILA BERKUASA SERTA TAKUT
HAKIM MAHKAMAH RAYUAN YANG TERHEBAT DIDUNIA
Isnin, 11 Mei 2009
PPP LAH PULAK
Murugiah terima amaran 'peluru' |
May 11, 09 5:50pm |
Timbalan menteri berkenaan telah menerima sebutir kelongsong peluru bersama nota yang memberi amaran kepadanya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti PPP. Pemimpin parti Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk T Murugiah menerima sebutir kelongsong peluru bersama satu nota yang memberi amaran kepadannya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti itu. ![]() Murugiah yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, menemui bungkusan tersebut pada kira-kira jam 2 petang tadi. Antara lain, nota tersebut berbunyi, jika Murugiah bertanding menentang (president M) Kayveas, beliau akan menerima peluru hidup selepas ini. Hubungan Murugiah dengan presiden PPP kebelakangan ini menjadi tegang dan timbalan menteri itu kemudiannya dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi parti itu. Kayveas dan Murugiah tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen. "Timbalan menteri agak gementar sedikit ekoran insiden tersebut. Kami percaya ianya bermotifkan politik kerana popularitinya semakin memuncak," kata seorang pembantu Murugiah yang tidak mahu disebut namanya. |
MAMAK ZAMBRY SEBENARNYA TERLUKA BUKAN TERBUKA
Zambry terima dengan hati terbuka |
May 11, 09 8:33pm |
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah. "Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa. ![]() "Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Zambry, 47, anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor, telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar ke-11 di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 6 Februari lalu. Ia berlaku apabila Barisan Nasional yang sebelum itu mempunyai 28 kerusi DUN mendapat sokongan dua bekas wakil rakyat PKR dan seorang bekas wakil rakyat DAP yang mengisytiharkan diri mereka anggota bebas. Sementara itu, suasana di pejabat Menteri Besar Perak di bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh tenang dengan anggota media berkumpul di situ untuk mendapatkan reaksi Zambry. ADUN Pengkalan Baru Datuk Hamdi Abu Bakar bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa Zambry pada waktu itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis sambutan ulang tahun Umno ke-63 malam ini. Pegawai Khas Dr Zambry, Khairul Azwan Harun meminta semua media beredar dari pejabat berkenaan pada kira-kira jam 5.15 petang tadi kerana waktu pejabat telah berakhir. Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan mengadakan kawalan di sekitar bangunan berkenaan bagi memastikan keadaan keselamatan terkawal. Mulai jam 5.30 petang, beberapa unit Unit Simpanan Perkutuan (FRU) tiba di sekitar bangunan itu dan mula mengadakan kawalan. Pesuruhajaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata keputusan mahkamah mengesahkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar memang telah dijangka. |
11MEI PETANG CUACA BERUBAH MENJADI 2
Ahad, 10 Mei 2009
CUACA DI PERAK DITENTUKAN ESOK 11 MEI
APA ITU SATU MALAYSIA?
Sabtu, 9 Mei 2009
RAIS YATIM YANG TELAH YATIM JIWA DAN PEMIKIRANNYA
1Malaysia Penawar Kepada Golongan Masyarakat Suka Membantah
KOTA BAHARU, 9 Mei (Bernama) -- Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan merawat "penyakit" kepada golongan masyarakat yang suka membantah dan tidak setuju dengan keadaan aman serta stabil di negara ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Perdana Menteri mencari penawar dan ramuan melalui konsep 1Malaysia untuk "penyakit" berkenaan.
"Konsep 1Malaysia ini adalah ubat kepada penyakit lama, penyakit tidak setuju, penyakit mu salah, penyakit wahai Perdana Menteri itu adalah silap. Sedangkan Najib baru 29 hari menjadi Perdana Menteri keenam negara.
"1Malaysia adalah ungkapan yang berjiwa baik dengan niat yang baik. Ia merupakan ungkapan yang mendahulukan rakyat," katanya semasa berucap pada majlis syarahan 1Malaysia dan isu semasa dengan kerjasama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, Sabtu.
Beliau berkata melalui konsep itu, setiap rakyat di negara ini diminta memberikan peranan masing-masing secara optimum untuk perpaduan, pembangunan dan kemakmuran negara.
Rais berkata melalui hasrat memaksimumkan peranan masyarakat, setiap rakyat perlu bersatu tanpa mengira perbezaan kaum dalam memastikan keharmonian di negara ini terus kekal.
Beliau berkata hasrat itu juga menekankan konsep meritokrasi kepada kakitangan kerajaan, sebagai jentera penggerak kerajaan, dan pemimpin negara untuk mengutamakan perkhidmatan terbaik mereka kepada rakyat.
Justeru, katanya konsep 1Malaysia itu tidak akan menjejaskan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta kepentingan kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
"Ia bercanggah dengan dakwaan sesetengah pihak yang cuba mengelirukan konsep 1Malaysia kononnya ia akan menghakis hak keistimewaan orang Melayu termasuk institusi raja-raja Melayu.
"Apa yang dikehendaki daripada konsep itu adalah semua masyarakat bersatu dengan menghormati hak masing-masing. (Melalui) 1Malaysia kita maksimumkan peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk negara tetapi tidak hilang hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.
Pada sidang media kemudian, Rais berkata kementeriannya akan melancarkan program yang berteraskan konsep 1Malaysia dengan melaksanakan Temasya Pantai Timur yang melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Beliau berkata temasya itu akan menonjolkan seni kebudayaan dan kraftangan yang terdapat di Pantai Timur serta menerangkan konsep 1Malaysia kepada rakyat di samping menonjolkan kaum bukan Melayu yang mahir dalam seni dan budaya Melayu.
Temasya itu, katanya akan diadakan sama ada pada Julai atau selepas bulan Ogos.
Selain itu, kementeriannya juga akan menjalin kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan dalam menerangkan konsep 1Malaysia di peringkat kampung dan mukim, kata Rais.
-- BERNAMA
CADANGAN YANG NI AKU SUKA
AYANG,IBU KEPADA ANAK-ANAKKU
Terima kasih Ayang kerana sudi menjadi suri hidup ku pada tahun 1991 dahulu,kini sudah 18 tahun usia perkhawinan kita semuga kau dapat bertahan dengan sikap aku dan penyakit aku ini insyaallah kau diberi ganjarannya disana nanti.Masih aku ingat lagi bagaimana selama itu dalam tempoh 3-4 bulan walaupun aku tidak mengenali dirimu tapi entah mengapa hati ini meminta supaya engkaulah menjadi suri hidup ku,dalam tempoh itulah setiap hari aku cuba memerhatikan dirimu dan setiap kali aku sembahyang aku juga berdoa memohon agar kita ditemukan jodoh dan alhamdulilah setelah berteman dan bertunang dapat juga doa aku dimakbulkan ALLAH.
EMAK SELAMAT HARI IBU YANG KE 47 TAHUN

Walaupun emak aku tak dapat membaca luahan hati anaknya disini tapi ia mungkin dapat disampaikan oleh adik beradik ku yang lain yang mengikuti blog nyamuk aku ni,aku cuma nak ucapkan terima kasih setingi gunung buat emak ku yang telah menjadikan aku dewasa dan berkeluarga,diam tak diam sebenarnya sudah 47 tahun emak aku menjadi ibu bagi 8 orang anak-anaknya dimana 4 perempuan dan 4 lelaki dan yang masih tinggal lagi yang belum berumah tangga ada 2 orang,1 lelaki dan 1 perempuan yang bongsu yang lain semuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak-anak.