Selasa, 5 Mei 2009

KOPI ERMMMM TAK SEMPURNA TANPA MU

Kopi apahal thread ini pulak yang aku nak tulis ek,mestilah ada sebabnya,bagi sesiapa yang kaki minum kopi mesti layan,bagi mereka yang gemar kopi luar negara biar mahal sikit beli tetap beli sekarang ni banyak ada di pasaran kopi import,lagi pun inilah masanya kita nak membantu para petani di luar sana bukan mendiskriminasi petani kita cuma sebagai menyokong badan antarabangsa untuk membantu para petani dengan membeli kopi import dari luar seperti kopi dari colombia,kenya,coastarica,jaya ehh banyak lagi lah dengan citarasa light,medium dan strong mengikut kegemaran serta citarasa masing-masing,bagi peminat kopi ini lah masanya koleksi kopi akan mereka kumpulkan,dari pasaran tempatan sehingga luar negara kerana kopi ini sebenarnya sekiranya diminum tanpa gula akan menerbitkan rasanya yang sebenar.


Belum lagi mesin nya,bagi mereka yang mampu sudah pasti mesin yang mahal-mahal pasti ada didapur rumah,maklumlah dengan mesin ini kopi boleh diminum dengan 100% tapi bagi yang tak mampu serta mengamalkan minum kopi bersama serbuknya yang wangi sudah memadai samalah seperti aku dengan menggunakan air panas,cawan dan sesudu lebih sikit kopi luar seperti coastarica biarkan dalam masa 5 minit tanpa gula dan inilah yang selalu aku lakukan setiap hari 2-3 kali sehari malah semasa rawatan dialisis pun aku layan kopi ermmm bau dan rasanya sungguh menyegarkan,dan kopi ini pula sebenarnya elok untuk para lelaki,kalau tak caya tanya orang lama-lama,kenapa mereka suka kopi?


Kopi sebenarnya sesuai untuk semua dan bagi kaum wanita sekiranya mereka peminat kpoi memang ada berita gembira dari kajian sains mengatakan sekiranya diambil 2-3 kali sehari akan mengelakan dari serangan stroke,bagi lelaki selain untuk kekuatan seks mereka ia juga dapat mengurangkan asid urik dalam darah yang secara langsung dapat mengurang maupun menghilangkan sakit gout,contoh terbaik ada lah diri aku ni,dulu aku bukanlah peminum kopi,selama 6 tahun aku menghidapi sakit gout,setiap kali belerja sakit ni datang aku pun makan lah ubat tahan sakit selama itu lah juga lama-kelamaan bila buah pinggang dah rosak maka kenalah aku buat dialisis, sehingga aku terbaca dalam alam maya mengatakan kopi boleh membuang asid urik maka aku pun mula dan sehingga kini alhamdulilah sudah 95% sakit gout aku hilang,kalau dulu seminggu 2-3 kali kini sebulan mungkin sekali tapi kalau aku sebat semua makanan yang pantang.


Kopi ini kalau nak minum jangan dicampur dengan susu,kalau minum tanpa gula pun lagi bagus sebab ini lah sebenarnya peminum kopi mau kan rasanya yang sebenar,mungkin perlu mengambil masa untuk layan minum kopi tanpa gula tapi percayalah bila kita sudah biasa melakukan nescaya alah bisa tegal biasa,satu yang pasti kopi tempatan sebenarnya tak sama dengan rasa kopi luar negara kalau tak percaya buat lah kajian dalam citarasanya dan bila anda telah minum kopi luar negara pasti anda akan melekat pada kopi luar seperti yang ditulis diatas.Walaupun harga nya diantara rm9.90-rm 10.90 sepeket tapi berbaloi kalau nak dibandingkan dengan harga secawan kopi di starbuck maupun dunkin donut yang menggunakan arabic kopi semuanya dengan harga lebih dari rm 5-rm 7 lebih.


Lagi pun kopi asalnya dari tanah arab yang telah diseludup keluar oleh para pekerja masa dulu dari seorang perempuan yang disimpan melalui perutnya yang diikat semasa beliau pulang kenegara asalnya,dari situlah nama arabic kopi diperkenalkan,cuma nama seperi colombia,coastarica,kenya,jawa ada lah salah satu tempat pengeluar kopi tersebut,apa pun bagi mereka yang nak tahu pasal kopi tanya lah kawan kita google pasti dia boleh membantu,apa pun yang pasti kini sudah ramai peminum kopi dinegara ini berubah kepada kopi luar negara dan aku sambil menulis ini pun sudah secawan kopi habis dibedal,tu pun rasanya masih tak mencukupi. . . . . KOPI EERRMM TAK SEMPURNA TANPA MU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan