Selasa, 26 Mei 2009

ANTARA AMINAH DENGAN HANTUTUYA

Baca dalam blog cerita pasal Aminah yang nak bertanding dalam PRK Dun Penanti kononnya ada bukti yang dirakam cerita 2 orang PKR yang makan-makan lagi hebat dari hantutuya,kalaulah hantu hantutuya ni boleh bercakap mesti dia kata lagi jahat perangai Aminah Abdulah siap boleh rakam lagi mesti dah rancang patutlah tengok muka pun orang boleh tau,nak tutup kepala je ramai yang buat fesyen tapi hati dalam tu,lagi pun nak kena tanya juga pada diri kita ni mengapa dia keluar dari PKR,ada apa-apa ke?kalau dalam parti pun bermasalah kononnya nak berjuang alahai ini nak berjuang sorang-sorang erm hentikan lah,untuk PKR jangan layan sangat minah ni,teruskan kehadapan banyak kerja yang nak dibuat.


Sapa pun yang dibelakang Aminah ni kita seharusnya sudah lama sedar,mana mungkin menjadi calon bebas boleh mendapat begitu publisisti yang tidak pernah calon bebas dapat,jadi masyarakat juga boleh berfikir siapa sebenarnya,memang kita tak boleh nafikan selama ini pun ramai yang masuk ke parti PKR adalah dari mereka yang lari dari UMNO dan perjuangan mereka serta roh mereka masih lagi Umno jadi semasa PRU 12 masalah utama PKR adalah mereka ini pun belum menubuhkan cawangan mereka dimerata tempat jadi nak tak nak terpaksalah "gamble"pilih tangkap muat je,nasib-nasib lah lagi pun sebelum PKR menjadi gabungan PR bersama-sama PAS serta DAP Parti ini juga sedang mencari mereka-mereka yang mahu berjuang bersama-sama,apa pun yang dapat kita lihat sekarang ramainya yang mengutamakan diri sendiri.


Penjelasan dari 2 orang PKR yang kononnya di rakam perbualan mereka sudah membuktikan memang sudah dirancang semua ini,kena lah PKR belajar untuk menjadi satu parti yang tidak boleh nak bersih dalam masa sekelip mata,PKR tidak sama dengan umno SEBAB DASAR UTAMANYA IA ADALAH PARTI BERBILANG BANGSA,mengapa harus lupa semua itu,walaupun ahli melayunya ramai terdiri dari mereka-mereka dari umno malah pemimpinnya juga ramai yang dari umno tapi sementara untuk memperbaiki kekuatan dalaman maka PKR haruslah mengunakan kekuatan PAS dan DAP dahulu sebelum mereka-mereka ini yang belum diuji diketengahkan.Apa pun kini semua orang telah nampak antara hantutuya dengan Aminah Abdulah siapa sebenarnya yang lagi nampak jahatttttttttttttt. . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan