Bagai aur dengan tebing itulah pepatah yang sesuai buat 3 badan ini kerana menjaga antara satu sama lain perlu bagi menambah kekuatan dan sudah pasti yang menjadi ketua dalam bangunan itu adalah umno kerana polis dan sprm sekadar lembu ditarik hidungnya untuk menjaga kepentingan umno,lagi pun senanglah rakyat untuk membuat aduan berkenaan pakatan rakyat dan pembaziran ruang pejabat dapat juga dijimatkan dengan banyak dan bolehlah pemimpin umno sapu wang yang melimpah -limpah dengan penjimatan bangunan dan pejabat.Yang penting nanti tidak ada lagi dipapan tanda ditulis BALAI POLIS,yang akan datang akan ditulis BALAI POLIS,SPRM UMNO barulah gempak SATU MALAYSIA.
Ini bukan perli lah ini satu cadangan yang baik dari penulis yang menamakan dirinya IZAD,angah cuma menambah sikit je tapi menyokong cadangan yang diutarakan dalam TKO,lagi pun tak salah pun buat 3 dalam 1 jimat, selamat dan kuat kerana telah bergabung,mungkin Najib perlu mengambi pendekatan ini memandangkan kini dia semakin dibenci rakyat gara-gara krisis di Perak atas ketamakan berkuasa yang dijalankan oleh Najib sendiri.Untuk memastikan keselamatan puak-puaknya maka tak sabar rasanya kita nak melihat BALAI POLIS DAN SPRM UMNO di dirikan dalam masa terdekat ini diseluruh negara menggantikan balai polis yang sedia ada cuma perlu lah kerajaan menggantikan slogan baru yang lebih menarik dan cantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan