Ahad, 3 Mei 2009

SULTAN SELANGOR

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan jantung selama 10 jam di Standford University Medical Centre di California semalam,semoga tuanku cepat sembuh dan kembali ketanah air dan memerintah negeri Selangor,rakyat diSelangor mengharapkan kesejahteraan dan kesihatan tuanku berpanjangan insyaallah.

Petikan artikel dari mystar hari ini juga dibertahu bahawa Doktor peribadi Sultan Dr Anuar Masduki dari Sime Darby Medical Centre Subang Jaya telah dibenarkan mengikuti pembedahan yang telah dijalankan oleh dr. disana dan kini Sultan akan diberikan perhatian yang sewajarnya dan buat masa ini tidak dibenarkan sesiapa melakukan lawatan terhadap baginda dan baginda perlu berehat sekurang-kurang 3 minggu untuk perhatian serta rawatan susulan.

Bagi kami rakyat Selangor semuga baginda bertambah sihat dan bertambah perihatin terhadap keadilan serta kebahagian rakyat negeri Selangor,siapa pun menjadi pemimpin yang telah diamanahkan hendaklah ia dijalankan dengan jujur,amanah serta beriman dengan ajaran islam,tiada yang lebih indah sekiranya Sultan,Pemimpin serta Rakyat dapat menikmati semua ini insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan