Jumaat, 1 Mei 2009

SELAMAT HARI PEKERJA!!! 1ST MEI

Salam hari pekerja buat semua yang bekerja,yang tak bekerja salam juga lah salam sejahtera,wah diam tak diam dah 3 tahun aku dok lepak tak kerja,lepas ambil medical board kerana sakit dan dipencen ilatkan oleh socso maka bermula lah aku digelar masyarakat pencen ilat,apa pun alhamdulilah lah kerana bantuan socso juga lah aku dapat menjalani rawatan dialisis 3 x seminggu 4jam sekali rawatan dan insyaallah akan terus menjalani rawatan sehingga malaikat memanggil.Aku dulu kerja hotel line,terletak di jalan Sultan Ismail,banyak outlet gak yang aku dah kerja maklumlah tukang masak ni kalau nak stay satu tempat je memang boring gila jadi aku merayap lah sana sini,masuk depertment kitchen itu dan ini tapi disebabkan aku ni mangkuk union lawan managment mana depa nak tengok pun kalau aku ni kira salah seorang staff kitchen yang terbaik. . . . . .


Tak semua orang bernasib seperti yang mereka harapkan,kerja hotel ni sebenarnya ikut pada minat,kalau minat kurang tapi boleh menerima dan bertolak ansur dan sanggup sabar mempelajari semuanya insyaallah ada kejayaan dihadapan,cuma satu yang orang tak nak kerja hotel ni sebab nya gaji pokoknya kecil walaupun terdapat point tapi pulangan balik ke simpanan EPF tidaklah seperti yang diharapkan,tapi dari segi makan minum pekerja boleh lah dikatakan bagus dan terjaga,nak pergi kerja pakai simple pun tak pe sebab uniform memang dah disediakan siap basuh lagi tu,kita datang ambil yang bersih,tapi cuti jangan ceritalah orang dok cuti itu ini ,raya ke, kita bantai kerja,nasib lah yang dapat cuti boleh lah cuti yang tak dapat kena lah ikut giliran,dan kerja hotel kalau kerja bahagian bellman yang angkat beg masuk dalam bilik maupun ambil bawa keluar hantar dalam van atau kereta untuk checkout perhhh tak ingat dapat duit tips,kekadang sebulan tak guna duit gaji untuk belanja rumah guna duit tipa je boleh hidup,bahagian lain kurang sikit lah  tapi banyak yang tak ada tips.


Hampir 16 tahun gak lah aku kerja kat hotel ni,tapi sebelum tu ada lah 3-4 hotel aku kerja berlainan department masa tu aku muda layan kepala sendiri,bila dah tak kerja ni ingat lah semua kenangan yang lama,yang indah tu tak lah banyak tapi bab sakit hati banyak sungguh,aku masuk union pun secara tak sengaja,sebab aku pun masa tu adalah masuk jadi ahli tapi tak jadi committee,bayar potong gaji sebulan masa tu rm 6,sekarang dah rm 10 tak silap akulah,masa tu yang aku dengar orang kata ajk banyak yang macam lalang boleh kena beli jadi aku tak berapa minat campur urusan begitu,kalau ada masalah aku buat sendiri jumpa sorang-sorang sehinggalah sampai ketika nya sebahagian AJK telah dilantik menjadi pihak pengurusan dan bermula dari situ terdapat perubahan yang besar dalam pelantikan AJK union baru,aku pula diminta menggantikan 1 AJK bahagian kitchen yang telah berhenti dan bermula lah dari situ aku kenal erti perjuangan yang sebenar walaupun kecil.


Bila kita tak didalam sesuatu pertubuhan itu kita mungkin atau tak akan tahu langsung apa yang dihadapi semua pihak,malah kesungguhan masyarakat pekerja untuk menyertai kesatuan memang jauh sekali mendukacitakan kerana lebih kurang 7% sahaja yang sedar yang yang berkerja di seluruh negara menyertai kesatuan yang lain cuma mengambil keuntungan dari kemenangan yang diperjuangkan oleh kesatuan,dan ini lah sebabnya banyak majikan yang dibantu oleh kerajaan boleh memijak kepala para pekerja,dan ini lah yang dijalankan oleh mereka-mereka yang sebenarnya mempunyai hubungan yang baik walaupun nampak mereka menjadi seteru antara majikan dan kesatuan sebabnya adalah 1 KUASA,KUASA,KUASA dan aku bagi cerita ini untuk kita kongsi bersama-sama mengapa benda ini terjadi. . . . . . . 


Hakikat yang sebenarnya dalam AJK UNION pun bukannya semua yang duduk disitu perjuangkan pekerja tapi diri sendiri,itu yang aku nampak sangat setakat duduk untuk lepak masa mesyuarat dan ambil kesempatan jadi AJK untuk orang lihat biasalah bila kita cadang minta tu ni dia orang bagi idea pun tak boleh itu dalam union hotel belum lagi yang mewakili kesatuan nasional,aku cerita ni sebab aku dah alami sendiri,bila tiba general meeting untuk bentang itu ni maka nama hotel aku jadi perhatian sebab AJK nya dok hentam kesatuan nasional sebab banyak sangat yang di tutup rahsianya lebih-lebih lagi bab perbelanjaan,setiap 2 tahun ada general meeting dan setiap masa tu lah aku termasuk dalam senarai mereka yang mempertikaikannya,sehingga ada satu ketika aku bersuara yang union nasional ini hidup atas yuran ahli-ahlinya dan aku yng menjadi AJK hotel mewakili ahli yang berbayar dan kalau aku tidak mengingatkan apakah kepercayaan yang ahli boleh harapakan dari aku,dari situ timbul lah sedikit kesedaran bagi mereka yang betul berjuang untuk pekerja.


Kira aku tersenarai mereka-mereka yang menjadi pembangkang,walaupun sebenarnya Setiausaha Kesatuan National memang suka betul kat aku sebab dia selalu menghadiri mesyuarat antara majikan dengan kesatuan tempat hotel aku bekerja sehingga satu hari dia membuka rahsia yang sebenarnya dia mau aku masuk menjadi AJK kesatuan National tapi aku kenalah ikut rentak mereka-mereka didalam sebabnya. . . . aku dah bagi tau tadikan,kuasa ini sebenarnya menpunyai link yang besar dan link-link ini sebenarnya banyak mempengaruhi masyarakat sebab tanpa kawalan begini pastinya kaum buruh akan menjadi satu kaum yang kuat. . . . . . .  kenapa tak percaya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan