Bukan untuk menyokong puak-puak UBN tapi sebagai rakyat yang sering ditindas maka kebencian memang sering terbawa-bawa dan ia sedikit sebanyak telah menjadikan kita sama dengan mereka sebenarnya bila sifat hati kita meronta-ronta membalas perbuatan jahat dan secara tak langsung sikap ini telah bermula bersama kita,apa pun alasan mereka untuk tidak bertanding di Penanti itu hak mereka,biarlah apa pun andaian para blogger diluar sana kita anggap sebagai satu perasaan marah serta geram yang mewakili diri mereka,kerana bagi angah bukan masanya kini untuk blogger PR menunjukkan keegoan serta bongkak sekiranya UBN tak bertanding,malah jika diikuti kebelakangan ini pun bila mana isu Perak bertambah panas dan rumit mungkin UBN akan tetap berusaha untuk mengelakkan berlakunya pembuburan DUN Perak kerana jika ini berlaku peratus UBN akan mengalami kekalahan akan bertambah tambah tinggi.
Biarlah UBN dengan apa pun alasannya,jangan kita masuk perangkap mainan mereka,ahli-ahli pemikir UBN memang sekarang ni dok pikir dan cari jalan supaya kita dok lupa diri dan secara tak langsung kepanasan Najib dengan isu-isu hantutuyanya akan menjadi kurang perhatian,lagi pun ini lah masanya untuk PR diuji oleh calon bebas samada memang PR ini pilihan rakyat ke pilihan parti.Sebagai parti yang mengutamakan rakyat PR tidak harus mengikut rentak cara UBN berpikir,kita biasa menjadi pembangkang tapi kita kena ingat kita belum biasa menjadi kerajaan,sementara kita masih menerajui beberapa negeri maka jadikan peringatan serta kekuatan dahulu untuk kita mengembangkan kemenangan ke seluruh negara insyaallah,yang pasti UBN pun tak takut pada kita dan kita PR pun janganlah ada perasaan bongkak kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan