Panas sungguh cuaca dinegara kita kebelakangna ini,membawa sampai ke malam hari,yang pasti bukan angah seorang sahaja yang merasai malah semua orang pun merasai kepanasan ini,walaupun berkipas yang pasti ada yang berlenggeng cuma berseluar pendek sahaja itu lelakilah,demam rasanya angah rasai hari selasa,hari rabu bila buat dialisis sudah merasakan ia akan merebak,balik sahaja lepas ambil anak ia sudah menyerang seluruh badan dengan keadaan panas sini sana,kena ubat batuk dan ubat demam badan pun rasa lemah semacam,bangun seperti dunia bergoyang,nak tak nak layanlah badan dan mata,patutlah anak angah yang besar tu asyik tidur je bila dia demam,tapi sekarang ni angah sorang lah yang tinggal demam yang lainnya alhamdulilah dah menampakkan sihat.
Semalam satu hari tak buka laptop malah nak update pun rasanya tak mampu,rasanya sepanjang hari dok terbaring dan layan mata,lepas sembahyang pun terus baring lagi,sembahyang pun sembahyang duduk sebab tak mampu nak berdiri,yang penting urusan dengan ALLAH kena lakukan malainkan kalau kita benar-benar tak mampu je dan mempunyai sebab tertentu,semalam juga angah tidak mengikuti perkembangan politik tanah air terutama Perak malah adik ada juga bertanya apa berita yang baru,angah cuma dapat berkata tak larat nak buka internet macam mana nak tahu apa pun.
Makan rasanya tak berapa selera,asyik togak air 100 plus je,dah malam baru terasa lapar sangat dapat lah masukkan nasi dalam perut,pagi ni pun makan nasi lemak seringgit pun tak habis,entah apa punya mata ni lepas makan ubat demam dan ubat batuk,cuaca pun mendung dan hujan pulak dah lama tak macam ni,sambil angah dok lepak dalam bilik bila keluar wah tengok isteri angah pun dok layan mata gak kat sofa,dengan cuaca gelap berhujan erm sedar-sedar isteri kejutkan suruh ambil anak dah 12.30 tengahari,wah 3jam lebih buat taik mata,lepas ambil anak telan lagi ubat demam tanpa ubat batuk,ni lah yang boleh angah update blog sekarang ni dan sekejap lagi nak layan blog-blog pilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan