Najib kini 'perdana menteri rakyat' |
May 14, 09 3:24pm |
Kita kini bukan sahaja mempunyai "Pakatan Rakyat", tetapi juga "perdana menteri rakyat" apabila Datuk Seri Najib Razak juga mahu semangat perkataan "rakyat" digabungkan dengan jawatannya - melambangkan seorang pemimpin yang mesra rakyat dan memahami mereka. "Saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan akan terus bersama-sama dengan rakyat," kata perdana menteri. Tegasnya, tidak sepatutnya wujud anggapan bahawa beliau merupakan anak golongan bangsawan. "Kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," beliau dipetik berkata ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Majlis itu yang bertema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden Cuepacs Omar Osman. Menurut Bernama, Najib berkata sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran negara, agenda pertama yang dilakukan ialah "turun padang" yang disifatkannya sebagai tinjauan mesra seperti di Puduraya. "Saya melawat Puduraya kerana sebahagian besar rakyat menggunakan Puduraya, terutama nak balik kampung, cuti raya. "Saya tengok, dan bukan sahaja tengok dengan kepala dan mata saya sendiri keadaan di situ, tetapi juga dapat menghidu udara dan bau di situ. "Saya katakan berbeza dengan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar berbanding (apabila) turun dan melihat keadaan sebenar di Puduraya. "Banyak bezanya, macam bumi dan langit," katanya lagi. Oleh sebab itu, tambahnya, beliau mahu turun padang dan tidak mahu sebarang formaliti seperti hamparan merah, bunga manggar dan tanpa krew tv (media). Katanya lagi, beliau akan tetap turun padang kerana mahu meninjau sendiri bagi menyelesaikan masalah rakyat. |
SEBELUM DATANG 5 PERKARA KENA INGAT 5 PERKARA. KITA KAH YANG MENGUMPULKAN DUNIA ATAU DUNIA YANG MENGUMPULKAN KITA. GELORA OMBAK MENITI HIKMAH, MEMANCAR KILAT ARCA MAKRIFAT, CARA BERTINDAK MESTI BERHEMAH, AGAR SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Khamis, 14 Mei 2009
PERCAYA KE CAKAP DIA NI?
Masuk sana masuk sini terjah sana terjah sini jumpalah thread ni,wow sekali baca bukan main,suka sangat lah pencacai UBN bila baca pengakuan si Najib,bila mana dia mahu setiap kali apapun dilakukan adalah rakyat yang diutamakan,agaknya ramailah lagi rakyat bertambah demam dan muntah-muntah,apa pun mari kita baca dan renungkan apakah cakap-cakap si Najib ni boleh kita percaya?angah cuma kopi dan tempel dari malaysiakini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan