Sabtu, 2 Mei 2009

RETORIK!HUBUNGAN 3 SEGI ASAS KEJAYAAN EKONOMI

PM Najib mengatakan semasa perhimpunan hari pekerja di Bukit Jalil bahawa hubungan 3 segi antara majikan,pekerja serta kerajaan di masa hadapan akan menjadikan ekonomi negara bertambah baik dan bakal mengecap kejayaan,selain itu beliau mahukan agar sikap ini diperkukuhkan dengan berasaskan prinsip permuafakatan,Najib kenapa baru sekarang nak cakap dan sedar kenapa masa jadi TPM kau tak nak bersuara pasal semua ni,jangan cakap ikut sedap ikut mulut je tapi nak lakukan jauh sekali,bukan aku nak mempertikaikan apa yang dikata kan oleh PM kita cuma aku nak tanya semenjak dulu lagi siapa yang kerajaan bantu dan jaga?majikan atau pekerja?wah bila dah jadi PM kenapa baru nampak perkara ini,ingat orang semua bodoh,kalau nak tahu sebanarnya dengan kuasa buruh lah yang kerajaan cukup takut sebabnya?


Kenapa parti buruh diharamkan?kenapa tak mengalakkan semua pekerja menyertai kesatuan?Orang yang tak sertai kesatuan mungkin mereka tak tahu cerita disebalik semua ini,banyak kes yang di "GANTUNG"di Mahkamah yang berpihak kepada pekerja tidak diselesaikan sehingga makan berpuluh tahun yang seakan disenyapkan dari pengetahuan orang ramai,itu belum lagi ada mereka yang sebenarnya menjadi pemimpin kesatuan sebenarnya menjadi dalang bagi kerajaan,seperti yang dilakukan kepada mereka dalam bidang keselamatan,kehakiman dan sebagainya?banyak lagi yang sebenarnya yang masyarakat tidak tahu dan mahu ambil tahu,bagi mereka setakat telah mendapat kerja itu sudah memadai,ada juga mereka yang berani cuba menubuhkan kesatuan untuk kepentingan pekerja dipancung dengan dibeli diberi jawatan tinggi.


RETORIK itu lah yang aku dapat katakan,kalau ini idea dari Najib memang dia ni tak tahu putaran 3 segi ni sebabnya?kalau hubungan 3 segi ni nampak sangat baiknya maka tiada lagi masyarakat yang miskin,tapi sebabkan menjaga kepentingan majikan serta hubungan dengan kerajaan yang semua orang tahu melalui rasuah itu dan ini untuk mempermudahkan sesuatu urusan dan juga menjaga kepentingan pihak majikan maka hubungan ini mustahil berlaku kerana gambaran sebenar sukar difahami oleh mereka yang bukan menjadi ahli kesatuan yang aktif,kalau nak tahu duduk perkara bagaimana teruknya para pekerja kena lah tanya pada mereka yang teruk memperjuangkan dalam kesatuan yang ada di negara kita. . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan