Sabtu, 23 Mei 2009

4 ORANG PENENTU DI PENANTI

4 Orang menjadi calon untuk pertandingan PKR di Dun Penanti,mulai hari ini sehingga 31 mei ini bermulalah ceramah serta perjuangan mereka -mereka yang layak bertanding,bagi PR yang diwakili oleh parti PKR ia mungkin sudah biasa dengan suasana begini,tapi 3 lagi wakil bebas sejauh mana kemampuan kewangan serta penyokong sedikit sebanyak mempengaruhi undian terhadap mereka,walaupun UBN tidak meletakkan calon tapi ia juga tidak menjanjikan bahawa UBN akan diam diri tanpa menggangu musuh ketat mereka PR dari menang dengan mudah.


31 mei menjadi penentu di Penanti,siapa pun yang menang pasti tugas yang berat menanti mereka,bagi PR pejuang tetap diteruskan,kita tak perlu merasakan bongkak sekiranya UBN menarik diri dari bertanding,bagi kita apa pun yang berlaku pasti ada hikmahnya asalkan kita benar-benar jujur dan rakyat diutamakan,bagi rakyat yang biasa di cengkam kezalimam serta penipuan demi penipuan ini sebenarnya memberi kekuatan serta perangsang untuk meneruskan perjuangan dan kita bangga dengan cara kita ini bila memperolehi kemenangan atas kapasiti rakyat.


Insyaallah calon pilihan kita Mansor Othman dari PKR dapat mempertahankan kerusi yang disandang oleh Fairus semasa PRU12 lalu,walaupun dengarnya bekas ketua wanita keadilan Aminah Abdullah juga bertanding,apa pun penentu segalanya adalah dari rakyat,untuk rakyat kita datang kepada rakyat kita kembalikan kuasa insyaallah kita tak lupa diri bila kita mengamalkan timbang tara antara satu sama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan