Isnin, 11 Mei 2009

PPP LAH PULAK

Hari ini khabarnya timbalan menteri dari parti progresif rakyat PPP Datuk P.Murugiah menerima kelosong peluru kosong dengan nota untuk meminta beliau tidak bertanding jawatan tertinggi,ni dah serupa cerita hindustan,siapa yang sebenarnya berkuasa?pemimpin parti dipilih oleh ahli parti tersebut jadi mengapa pula bab nak bertanding jawatan tertinggi menjadi satu kesalahan dan ketakutan?demokrasi apa ni?ooooo ni lah BN cara mu cemerlang,gemilang dan terbilang,angah malas lah nak tulis panjang-panjang cuma nak kopi dan tempel je thread ni,memang dah teruk lah Malaysia kebelakangan ni,sebabnya?semua orang tahu bila PM bisa guna c4 masakan yang lain tidak mengikuti jejak langkah. . . . . eermmm

Murugiah terima amaran 'peluru'
May 11, 09 5:50pm
Timbalan menteri berkenaan telah menerima sebutir kelongsong peluru bersama nota yang memberi amaran kepadanya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti PPP.

Pemimpin parti Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk T Murugiah menerima sebutir kelongsong peluru bersama satu nota yang memberi amaran kepadannya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti itu.

t murugiahDifahamkan, kelongsong peluru itu serta nota berkenaan ditinggalkan dalam sebuah bungkusan di luar pejabatnya di Putrajaya.

Murugiah yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, menemui bungkusan tersebut pada kira-kira jam 2 petang tadi.

Antara lain, nota tersebut berbunyi, jika Murugiah bertanding menentang (president M) Kayveas, beliau akan menerima peluru hidup selepas ini.

Hubungan Murugiah dengan presiden PPP kebelakangan ini menjadi tegang dan timbalan menteri itu kemudiannya dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi parti itu.

Kayveas dan Murugiah tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen.

"Timbalan menteri agak gementar sedikit ekoran insiden tersebut. Kami percaya ianya bermotifkan politik kerana popularitinya semakin memuncak," kata seorang pembantu Murugiah yang tidak mahu disebut namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan