2-3 hari cuaca politik menyakitkan hati sungguh,mungkin kita terlalu baik sangat sebab orang boleh pijak-pijak kepala kita untuk naik bertingkat-tingkat,malah yang jadi lembu ditarik hidung bukan main bermaharaja lela ikut suka aku je nak buat keputusan,baru 28 juta penduduk tapi pemimpin dah tak terurus dan terjaga rakyat marhaen,itu pun pandai komen negara besar,orang luar dok gelakkan pemimpin negara kita yang penakut dan gila kuasa,kita dipijak-pijak serta ditemberang sentiasa,pun masih ada lagi orang yang bodoh dan bengong nak ikut dan percaya,erm entahlah mungkin banyak sangat makan dari sumber haram tu yang hati hitam legam susah nak berubah.Membaca blog semuanya kisah yang sama kesana sama sini pun sama,nak tulis pun dah tak ada cerita,kini blog menjadi medium utama buat mereka yang mempunyai keupayaan melayari alam maya dan menjadi sumber info utama menggantikan akhbar perdana yang telah disingkirkan sedikit demi sedikit atas kapasiti ketelusan dan kebenaran.
Nak komen maupun cerita banyak-banyak semua nya rasa tak akan didengari,malah bagi mereka setiap komen rakyat adalah umpama nyamuk dalam ganguan masa tidur,peluang untuk menjadi pemimpin besar tentulah akan menambahkan lagi peluang mereka-mereka untuk melakukan apa yang perlu,semua orang begitu,sebab bila berkuasa secara autonya kuasa itu akan datang bertambah-tambah,cakap sahaja orang akan ikut,suruh sahaja orang akan buat,tengok sahaja orang dah mula kecut telur,belum suruh dah ada orang berduyun-duyun buat,erm pendek kata king kong pun kalah bila kuasa ada lebih-lebih lagi kalau lah yang berperangai monyet yang dapat kuasa alamatnya king kong pun lari keluar dan mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan