Untuk menyangkal mengatakan bahawa Satu Malaysia yang dicanangkan oleh Najib mungkin ada persamaan dengan parti pembangkang memang tidak dinafikan,malulah bila PM menyedok idea yang memang diperjuangkan oleh pembangkang dari dahulu lagi,mengapa dahulu bila mana berjawatan sebagai TPM mengapa Najib tidak mencadangkan pada Paklah,bukankah Paklah mau kita berkerja bersama-samanya jadi disitu sudah menimbulkan pertanyaan adakah apa yang Paklah lakukan tindakan Paklah sendiri?ermm jadi serupa lah tindakan yang dilakukan oleh Najib mengikuti apa yang ditinggalkan oleh bekas PM terdahulu sehingga kan apa kah erti bagi Satu Malaysia slogan Najib sebenarnya retorik kosong belaka.
Rakyat,pemimpin PR serta blogger dan angah pun tahu apa kah sebenarnya SATU MALAYSIA bagi Najib dan UBN,Satu Malaysia sebenarnya bagi Najib bila mana seluruh rakyat dibawah tapak kaki UBN,ISA untuk satu Malaysia,PDRM ditarik hidungnya untuk satu Malaysia,SPR ditarik hidungnya untuk Satu Malaysia,SPRM diperbodohkan semata-mata untuk Satu Malaysia,satu negeri Perak dikecohkan untuk Satu Malaysia,Hakim serta Peguam Negara di jadikan lembu untuk Satu Malaysia dan banyak lagi yang digunakan semata-mata digunakan sekadar mengikut telunjuk UBN untuk tujuan Satu Malaysianya.Tidak perlu lah angah menjelas kan satu persatu bagaimana ia dugunakan tapi rakyat mungkin dapat memahami semejak kebelakangan ini bila mana jentera ini digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Dengan menjadikan mereka-mereka yang bermasalah serta rasuah maka mereka ini sengaja dilantik ke jawatan tertentu untuk dijadikan lembu yang boleh ditarik hidungnya semenjak pimpinan PM Mahathir lagi dan lembu-lembu ini disimpan sebegitu untuk memudahkan pekerjaan mereka untuk masa hadapan dan kini ibarat hasil sedang dituai kita boleh nampak semuanya,memang tidak dinafikan bukan semua orang yang dibawah terpaksa melakukannya menyukai apa yang mereka lakukan tapi sebab tugas dan arahan orang atas yang dipaksa maka terpaksalah mereka menjadikan Satu Malaysia cemuhan serta sumpah seranah.Inilah semua gara-gara TAMAK dan GILA BERKUASA oleh pemimpin yang tak mengamalkan agama malah pemimpin yang ada agama pun digelapkan dengan PANGKAT dan WANG semata-mata projek Satu Malaysia.
Najitahnya apa yang dilakukan Satu Malaysia akan merasakan,malunya rakyat Satu Malaysia juga yang merasakan,inilah sebenarnya perangai UBN,selagi lama mereka memerintah selagi itulah Satu Malaysia mendapat balanya,selagi puak-puak atas pagar dok diam serta tak nak melakukan apa-apa selagilah itu lah negara kita Malaysia tak kan berubah,yang pasti yang hidup mesti akan mati dan kitaran ini berpusing tak henti-henti,cuma kuasa pada yang hidup agar ini semua yang karut marut UBN ini dapat dihenti dan ditukar agar semua anak,cucu serta cicit kita masa hadapan akan merasakan keadilan serta agama menjadi pegangan kuat menjadi kenyataan.SATU MALAYSIA bagi PR sudah diperjelaskan tapi SATU MALAYSIA UBN nampaknya disembunyikan tapi jika itu pilihan kamu semua tepuk dada tanya lah diri sendiri. . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan