Suasana dalam blog pun sekarang bukan main panasssss,pi sana panassss pi sini panassss nak kata semua tempat panasssss lah cuma blog penyokong UBN je yang sejuk macam ais,yang panas paling teruk kat Perak lah depa dah 3 bulan berpanas hati dan perasaan,aku ingat kalaulah ada kolam boleh berendam dah tentu kolam tu tukar jadi kolam air panas siap boleh rebus telur ayam beb,panasss,panassss,panassss.Aku yang kat hulu ni pun nasib baik banyak sungainya kalau tak caya teroponglah guna apa pun hari sabtu dan minggu pasti ramai orang dok lepak bersantai dan berendam dalam sungai yang sejuk dibawah pokok yang menutupi pancaran matahari yang terik dan inilah keseronokan berkelah di sungai berbanding pantai yang terpaksa meredah matahari.
Pilihan ditangan masing-masing,siapa nak berkelah di sungai pergilah siapa yang nak berkelah di pantai pun suka hati mereka lah ini negara demokrasi,jangan paksa dan buat perkara jahat sudahlah,paksa orang buat benda tak suka sebab kepentingan serta paksa orang ikut kehendak mereka,ini lah yang terjadi pada saudara kita di Perak,sebab tamak dan mahu berkuasa saudara kita disana di jadikan mainan politik UBN yang dah bangkrap idea serta hancurnya sistem perlembagaan maka jadilah Perak dilanda bencana sumpah hantutuya dan kepanasan bencana ini bukan sahaja di rasai oleh rakyat Perak tapi seluruh negara merasai sehingga bahang itu keluar memanas kan rakyat siang dan malam,maka kesihatan rakyat marhaen pasti akan terjejas.
Dahulu kita mungkin biasa mengalami cuaca dan suasana seperti ini walaupun dulu kita tidak ada semua keperluan seperti kipas angin mau pun pendingin udara,tapi kita biasa hidup dan boleh juga hidup dengan selesa dan bila tibanya datang kemudahan semua ini di setiap rumah maka kehidupan kita pun mula berbeza,kipas angin 24 jam tak berhenti,bilik tidur pun sudah ada yang pasang pendingin udara,kipas jangan ceritalah kekadang ada yang pasang sampai 2 dan yang pastinya setiap bilik mesti ada kipas angin untuk menyejukkan keadaan dan selesalah orang didalamnya,bagi rakyat yang sudah terbiasa dengan kemewahan yang begini mungkin kita boleh bertahan sehari dua sahaja tanpa semua ini lepas tu mula lah cari keselesaan yang perlu,apa kah sikap ini juga harus kita samakan dengan sikap mereka yang memperjuangkan keadilan di Perak?
Rasa panas mereka tak habis-habis,luka calar badan mereka tak hilang-hilang,tidur mereka terjaga-jaga,makan minum tak menentu,panas hati dan perasaan dari siang dibawa kemalam,tidur bertemankan penat semua ini siapa yang lakukan?jawablah pada diri sendiri siapa kah kita ini di mata UBN?BAGAIMANA KAH ORANG YANG MENGELAR DIRI MEREKA MANUSIA BOLEH MELAKUKAN SEMUA INI KEPADA MANUSIA LAIN?Jawab lah sendiri,Apakah cuma UBN sahaja yang boleh memerintah manusia lain tidak boleh?Jawab lah sendiri,Apakah islam kita berlainan dari islam mereka?Bangsa melayu kita jauh lebih rendah dari bangsa melayu umno,begitu ke?tapi ingat wahai saudara ku bila kita mati apakah kita ditanya semua ini? kerana yang pasti apa yang kita lakukan didunia akan kita bawa semuanya. . . . . . . yang pasti semua akan merasa KEPANASANNNNNNNNNNNNNN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan