Nak kata bebas tapi tak bebas sebenarnya,nak kata sokong tapi dipaksa sebenarnya,macam mana pun sebeb terpaksa maka jadilah badut serta pelarian jati diri serta menipu rakyat setempat yang memilih badut ini menjadi wakil mereka,dengan lagak serta salah guna kuasa maka kesempatan yang rasanya boleh menyelamatkan seseorang maka terjadilah kegemparan di Perak dimana kuasa rakyat dirampas,dan sejarah kini tercalit membabitkan semua jentera termasuk rajanya sekali.Apakah dengan baru sekali memerintah PR boleh dikatakan gila berkuasa?bagaimana pula yang telah kalah tapi merampas kuasa?siapa kah sebenarnya yang gila berkuasa kini,PR atau UBN?itu jawablah sendiri. . . . .
Kenapa harus rampas kerajaan rakyat,tapi slogan Najib pun mengutamakan rakyat juga,RETORIK sungguh slogan Najib ni,indah kata dari perbuatan,atau adakah ini dilakukan semata-mata untuk memesongkan perhatian masyarakat untuk beliau ditabalkan menjadi PM ke 6?yang pasti semua sudah tahu dan kini rakyat pun telah disedarkan melalui petunjuk dari yang maha esa siapa sebenarnya gila serta tamak dan takut.Yang dirampas kerajaan nya sudah pasti akan berusaha untuk merampas kembali kuasa serta kerajaan yang dirampas ibarat kapal dirampas oleh lanun maka berusaha nakhoda kapal untuk mempertahankan kapalnya,tapi lanun yang cuba merempas tak habis-habis mengunakan jentera lembu-lembu untuk menghalalkan cara.
Yang paling nampak sekarang bila mana PM SATU MALAYSIA sudah tahu takut menghadapi PRK maka hendak tak nak nakhoda UBN Perak terpaksa melakukan sesuatu agar krisis di Perak tidak berakhir dengan pembuburan DUN Perak jadi mamak Zambry terpaksalah guna apa pun yang menyebelahi mereka semata-mata untuk menutup ketakutan menghadapi PRK malah cara yang mereka lakukan juga sebenarnya memberi tahu memang mereka gila berkuasa.Pijak kepala rakyat,ketuk kepala rakyat semata-mata untuk kekal berkuasa seperti mereka lupa bahawa sejauh mana mereka lari pun PRU 13 tetap akan datang sedikt masa lagi adakah mereka sedar?Mana nak mengaku yang UBN ni gila berkuasa dan takut bagi mereka semua yang dilakukan adalah untuk kepentingan rakyat tapi UBN ni lupa sekarang rakyat sudah ada 3 puak(penyokong,pembangkang dan atas pagar).
Tapi bagi UBN tiada semua ini mereka cuma mementingkan agar kekal berkuasa serta kroni sahaja,bila rakyat telah sedar maka tiada lagi menyokong inilah yang terjadi,Satu Negeri punya kisah Satu Malaysia kena tanggung,satu orang punya kerja Satu Malaysia malu tak tertanggung,inilah pencapaian yang diutamakan kan kepada rakyat Satu Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan