Isnin, 11 Mei 2009

MAMAK ZAMBRY SEBENARNYA TERLUKA BUKAN TERBUKA

Thread ni ANGAH nak kopi dan tempel dalam blog aku untuk kita baca bagaimana hancurnya perasaan si mamak Zambry ni,adakah dia boleh kata dia menerima keputusan Mahkamah dengan hati yang terbuka,ANGAH kopi dan tempel dari Malaysia kini kau orang baca dan fahamilah apa yang dimaksudkan oleh mamak Zambry ni,baca perenggan ke 2 apakah maksud menerima dengan hati yang terbuka tapi akan memgambil tindakan susulan sebabnya hati mesti luka gila beb,dahlah pangkat terbang,umah terbang,kereta lelong terbang,maruah jatuh berderai,tak siapa lagi nak escort(polis pengiring mesti suka betul)pejabat dah tak ada,pinjamlah Najib punya pejabat tentu boleh,ooii mamak kau ni pun satu biol gak,kenapa masa kalah PRU12 kau tak menerima kekalahan tu dengan hati terbuka,ni yang kau pi kacau dan rampas negeri yang PR perintah buat apa?

Najib nak jadi PM sebab tu dia nak alihkan perhatian rakyat pada satu isu yang melanda Perak,lepas dah jadi kini dia lepas tangan pada baluci mamak biol yang dok meraban gila jawatan MB macam kau ni,nah apa yang kau buat semuanya membabitkan negeri kau sendiri kan ke bodoh kau ni,bodoh tak boleh diajar pandai tak boleh diikut,sesuai sangat untuk kau ni,rakyat memang dok tunggu je nak bubarkan DUN bagi kuasa rakyat yang menentukan,tapi bagi angahlah kalau PRU12 dulu pun kau orang tak boleh menerima dengan hati terbuka apatah lagi lah kalau dengan pilihanraya dewan undangan negeri Perak,mati hidup semula pun tak terima,apa pun layan lah ni: 
Zambry terima dengan hati terbuka
May 11, 09 8:33pm
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.

"Saya menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka. Saya serta rakan-rakan akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan ringkas dikeluarkan melalui Setiausaha Akhbarnya Mohd Nizam Isa.

zambry abdul kadirZambry juga meminta semua penyokong Barisan Nasional (BN) dan rakyat negeri Perak supaya bertenang dengan perkembangan berkenaan, lapor Bernama.

"Kita akan kemaskan barang-barang dan mengosongkan pejabat secepat mungkin," kata Mohd Nizam.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah kerana tiada kekosongan jawatan berlaku dan tiada usul undi tidak percaya terhadap beliau dibuat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. 

Zambry, 47, anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor, telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar ke-11 di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 6 Februari lalu.

Ia berlaku apabila Barisan Nasional yang sebelum itu mempunyai 28 kerusi DUN mendapat sokongan dua bekas wakil rakyat PKR dan seorang bekas wakil rakyat DAP yang mengisytiharkan diri mereka anggota bebas. 

Sementara itu, suasana di pejabat Menteri Besar Perak di bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh tenang dengan anggota media berkumpul di situ untuk mendapatkan reaksi Zambry.

ADUN Pengkalan Baru Datuk Hamdi Abu Bakar bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa Zambry pada waktu itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis sambutan ulang tahun Umno ke-63 malam ini.

Pegawai Khas Dr Zambry, Khairul Azwan Harun meminta semua media beredar dari pejabat berkenaan pada kira-kira jam 5.15 petang tadi kerana waktu pejabat telah berakhir. 

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis akan mengadakan kawalan di sekitar bangunan berkenaan bagi memastikan keadaan keselamatan terkawal.

Mulai jam 5.30 petang, beberapa unit Unit Simpanan Perkutuan (FRU) tiba di sekitar bangunan itu dan mula mengadakan kawalan.

Pesuruhajaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata keputusan mahkamah mengesahkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar memang telah dijangka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan