Khamis, 7 Mei 2009

KEMELUT DI PERAK,PANAS BERTAMBAH PANAS

Hari ini semua masyarakat tertumpu pada sidang Dun di Perak dan kekecohan yang sejak 3 bulan lalu masih berpanjangan dan pada hari ini juga bila DUN mula bersidang maka timbullah cerita dan berita yang memang rakyat sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi dan terbukti ia menjadi betul,apa pun sememangnya kita mengharapkan sesuatu yang indah tapi hakikat sebenar susahnya hendak menyelesaikan kemelut ini yang dicipta oleh PM Najib sendiri,tak perlu untuk menulis panjang-panjang kerana ini menambahkan sakit dihati bertambah-tambah dan bila ia dibaca ia juga akan menambahkan kebencian orang lain juga,lagi pun sudah banyak komen dalam blog berkenaan cerita ini tak habis-habis.


Sesuatu yang pasti yang mungkin orang ramai tidak perasan bila mana semasa Najib merampas Perak dengan mengatakan 3 adun bebas berpihak kepada BN ini sebenarnya satu pembohongan dan semua orang tahu yang mereka diugut dan dilakukan bermacam-macam sehingga menampakkan mereka bertiga ini serupa badut yang dikawal mindanya,bermula dari situ sudah timbul bermacam-macam masalah dan kini dia tak diam sudah 3 bulan kemelut di Perak berlaku,dan kini yang gempak dan panasnya bilamana Najib pula telah meninggalkan taiknya untuk zambry selesaikan macam mana carapun agar pilihan raya tidak berlaku dan dapat dipertahankan sehingga PRU13.


Inilah yang dinampakkan sekarang,apa pun perbuatan UBN di Perak sebenarnya mereka mau tak mau harus teruskan kebobrokan yang dimulakankan oleh Najib,dan natijahnya inilah yang dihadapi oleh semua pihak,bagi PR sudah tentu kita akan mempertahankan rampasan ini tapi bagi BN menyerah kalah sudah tentu akan memalukan mereka,maju pun mereka bermasalah apa lagi berundur,walaupun bagi PR menjadi pembangkang sudah sinonim tapi kita juga tak perlu mengalah dalam perkara ini kerana rumah yang baru kita duduki tetiba orang lama cuba merampasnya sudah tentulah setiap usaha akan kita cuba lakukan untuk dipertahankan tapi terdesaknya UBN terpaksa menggunakan keseluruhan jentera kerajaan baik pasukan keselamatan ,dalam negeri dan sebagainya.


Yang pastinya kemelut di Perak akan sampai kepenghujungnya bila mana keputusan dari mahkamah akan didengar pada isnin depan dan ini juga akan menimbulkan sedikit sebanyak perasaan tidak puas hati dan sudah tentulah ia juga akan menambahkan lagi permasalah hubungan antara semua kaum dinegara ini kerana sikap tamak mereka-mereka yang mahu berkuasa,buat pemerintah kena lah diambil perhatian ini sekiranya ini semua tidak diambil perhatain yang sewajar-wajarnya jangan salahkan rakyat bila mereka mula mencemuh semua yang terlibat dan tidak mempercayai lagi semua yang terlibat dan bila ini sudah berlaku jangan nanti semua yang terlibat ini akan dibuang dari kehidupan masyarakat. . . . . . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan