Jumaat, 8 Mei 2009

SEMALAM BUAT JAHAT HARI INI NAK PUJUK

Wow cepat sungguh BN ni berubah,kalau semalam UBN kat Perak bukan main samseng guna segalanya hingga dapat mengeluarkan Sivakumar Speaker Dun Perak dari dewan dan merampas dewan,dan semua ini telah berjaya meletakkan Malaysia negara paling bengong dalam perlembagaan ikut main suka aku je istilah yang boleh diberi pada UBN dan suku sakat yang terbabit.Apa mereka ingat semua perbuatan ini akan dapat ditutup oleh mereka?selagi ini masih diingat dan akan diingati oleh para pemimpin serta blogger yang perihatin maka selagi itulah kes ini akan diingati dan dikenang oleh semua rakyat Perak malah juga seluruh negara juga  mengikutinya.


Belum reda kemarahan rakyat,belum habis maki hamun rakyat,belum habis semuanya baru bermula perang sebenarnya  UBN cuba memujuk dengan berita untuk melepas mereka-mereka yang ditahan ikut suka aku termasuk lah 3 pimpinan HINDRAF,wow kelebong sunguh UBN ni apa dia ingat bila dia lakukan ini semua rakyat akan terpesong akal serta fikiran mereka menyokong UBN?MATI HIDUP SEMULA pun selagi BN masih perintah biarlah jadi pembangkang pun tak pe dan biarlah matinya kami perjuangkan keadilan serta agama islam yang sebenar-benarnya bukan amalan islam hadhari pimpinan UBN yang diperkenalkan oleh Paklah dulu hingga kini dan selamanya.


Pemimpin tertinggi parti PR,semuanya akan mengingati sejarah hitam 2 kali yang berlaku dalam tempoh 3 bulan,bukan itu sahaja malah rakyat juga akan mengingati episod rampas kuasa ini,dan yang pasti bila rakyat sudah membenci kepada Kuasa raja,PRDM(Polis Raja Di Malaysia) yang selama ini juga menyusahkan rakyat maka jangan mustahil suatu masa lagi rakyat membuang kesemua institusi ini dinegara Malaysia,kerana bagi rakyat yang selama ini terasa dari ada menyusahkan baik tak ada langsung dan gantilah dengan mekanisme apa pun mengganti instituasi ini.Berapa lama rampasan kuasa ini boleh bertahan?sejuta tahun?sampai kiamat?jangan bodohkan orang lain kalau diri tu memang dah bodoh dan tak sedar-sedar yang rakyat sudah berubah dan sedang berubah,sebabnya takut kerana salah itu lah yang menjadi igauan UBN sekarang ni,SEBAB APA TAKUT?


Semua orang dah tahu,bukan sahaja di Perak malah seluruh negara pun semua orang tahu,yang UBN ni cemerlang,gemilang dan terbilang dalam pembohongan, merompak khazanah negara,wang rakyat,salahguna kuasa,rasuah bermaharaja lela,undang-undang ikut suka aku,ini belum lagi mereka-mereka yang pegang jawatan tinggi dalam setiap badan berkanun yangboleh  ditarik hidungnya dengan mudah disebabkan rasuah dan banyak lagi yang tak perlu dijelas satu persatu,buat lah apapun sekarang mungkin kau orang gelak dan rasa selamat tapi bila masanya datang ingat mungkin masa tu penyapu jamban yang melayan dan masa itu nasi sudah terlalu hangit dan berkerak maka nak simpan buat apa lagi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan