Sabtu, 16 Mei 2009

GURU SELAMAT UNTUKMU

Setiap tahun hari mu diraikan,bermakna jasa-jasa mu kini akan dikenang sentiasa oleh anak-anak murid tak kira dimana berada,malah sehingga kini sebenarnya hari guru bukan sahaja akan diraikan oleh murud-murid bekas-bekas murid dari lepas sekolah dan telah berumah tangga serta beranak pinak pun akan meraikan hari mu ini,mungkin bila masa beredar sedar tak sedar sudah berpuluh tahun angah serta lainnya yang diluar telah meninggalkan lapangan pelajaran tapi bila zuriat telah membesar maka simnambungan pelajaran itu diteruskan oleh mereka dan hubungan antara sekolah,cikgu dengan kita sentiasa ada,ini lah hikmatnya dunia.


Zaman apa bila ditanya zaman yang paling kita suka,mesti ramai yang akan kata zaman sekolahlah,sebabnya zaman tu satu zaman yang kita akan belajar erti pendidikan,tanggungjawab pada diri sendiri,berdikari,berkumpulan,banyak lagilah yang sukar angah bayangkan lagi,yang paling bestnya bermula lah zaman mengenal perempuan bila bersekolah menengah,angah mujurlah bersekolah yang muridnya semua lelaki jadi tidaklah banyak masa untuk murid dok nak cintan cintun,tapi sebagai ketua murid serta ketua pengawas masa itu setiap kali angah berjalan kesekolah maupun bertugas dihadapan pintu masuk maka setiap kali itu jugalah budak-budak pompuan yang menaiki bas melalui depan sekolah akan berteriak memanggil abang ketua pengawas,malu pun ada teruja pun ada,ermm bestnya masa tu.


Jauh lak menyimpangnya ek,apa pun buat guru yang telah bertungkus lumus mengajar serta berusaha menjadikan kita manusia yang berguna sebenarnya jasamu tidak terbalas,malah anugerah apa sekali pun jasa mu tidak sama dengan tenaga serta kesungguhan mengajar,sebenarnya banyak pengalaman yang angah ada tapi biarlah angah pendam semua itu cukuplah angah berkongsi bersama anak-anak untuk mereka jadikan pedoman bagi guru sekelian alam angah doakan agar kalian semua diberikan hidayah serta kekuatan dan kesihatan agar tanggungjawab anda semua dapat diteruskan lagi insyaallah,selamat hari guru untuk mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan