Jumaat, 15 Mei 2009

LAWAK SAMPOI BOLEH KANTOI

Buat AdukaTaruna izinkan angah mengkopi dan menempel cerita sampoi tapi bisa kantoi ni dalam blog angah,rasanya bolehlah sesapa nak panjangkan sebab humurnya memang sesuai dan terkena kepada kitakan,kan,kan,apa pun mari kita layan panadol minda ni,

Tok Bomoh mendapat pesakit pertama.

Oleh : AdukaTaruna

Tok nak cerita pengalaman Tok masa mula2 tamat nuntut ilmu jadi bomoh dulu. Masa tu tahun 1940 kalau tak silap. Kak Memot masa tu belum lahir lagi. Hasbullahpit berhingus lagi wa cakap lu.

Tok dapat pesakit pertama sebaik sahaja tamat pengajian kebomohan. Seorang lelaki tua datang mengadu kepada Tok. Dulu, masa dia muda, dia ada bela satu jin kategori pahlawan. Masa tu benda2 ni dah adat la. Skang ni, bila dia dah tua, dia tak larat nak jaga. Dah banyak kali dia cuba buang, tapi tak berjaya.

"Dah guna teknik rebus benih jagung, tanam di bukit dan suruh dia jaga sampai tumbuh?"

"Sudah Tok. Jin ni banyak member. Dia suruh member dia dapatkan benih lain. Skang dah jadi ladang dah kat bukit tu."

"Ok lah. Macam ni. Tok ada kaedah. Kali ni Tok berani kerat jari uma kalau tak berjaya gak. Lu ambil keratan kertas nih. Ini keratan akhbar terbaru. Bagi kat jin lu tuh. Then, suruh jin lu lepak kat Gunung Semanggol sehingga benda ni berlaku. Cakap dengan dia, sikit jer lagi nih. Selagi tak jadi, jangan balik. Jin tu nak minta tolong member2 dia pun takpa. Lu jangan risau. "

"Mujarab ke Tok?"

"Mujarab la. Kalau tak jadi kita kerat jari uma."

"Boleh baca keratan akhbar ni Tok?"

"Ha. Bacalah."


Kini terserah pada Sultan...

Tekanan umum semakin memuncak supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan mengadakan pilihanraya baru untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, yang sudah berlarutan selama tiga bulan.

"Huih Tok. Kalau camni, sampai kiamat la jin gua tak balik2."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan