Sabtu, 9 Mei 2009

EMAK SELAMAT HARI IBU YANG KE 47 TAHUN


Walaupun emak aku tak dapat membaca luahan hati anaknya disini tapi ia mungkin dapat disampaikan oleh adik beradik ku yang lain yang mengikuti blog nyamuk aku ni,aku cuma nak ucapkan terima kasih setingi gunung buat emak ku yang telah menjadikan aku dewasa dan berkeluarga,diam tak diam sebenarnya sudah 47 tahun emak aku menjadi ibu bagi 8 orang anak-anaknya dimana 4 perempuan dan 4 lelaki dan yang masih tinggal lagi yang belum berumah tangga ada 2 orang,1 lelaki dan 1 perempuan yang bongsu yang lain semuanya sudah berumah tangga dan mempunyai anak-anak.


Emak aku dan anak-anak yang lain sering diingati oleh cerita mu bagaimana asal usul mu dahulu,hidup bagaikan kais pagi makan pagi tapi sebab arwah atuk dan nenek cekal untuk membesarkan keluarga maka pengorbanan mu untuk belajar di sekolah terpaksa dilakukan,sehingga kini pun emak masih sukar untk membaca,tapi bab kira-kira kaulah no 1,sejarah rumah atuk dihimpap oleh pokok besar yang hampir meragut nyawa adiknya masih selalu dia cerita untuk cucu nya ingat dan kenang sentiasa,banyak lagi lah kesusahan atuk dan keluarga emak hadapi sebelum jepun menyerah kalah tapi selepas jepun menyerah nasib keluarga mak aku bertambah baik dan kehidupan mereka bolehlah dikata kan maju dan berjaya pada masa itu.


Tahun 1966 aku dilahirkan didunia ketika itu umur emak aku baru 19 tahun dan aku sudah mempunyai kakak yang berusia 3 tahun pada waktu itu dan selang 3 tahun lagi aku sudah mempunyai adik perempuan dan selang 2 tahun lagi aku sudah dapat adik perempuan lagi dan seterusnya aku dapat 3 adik lelaki dan yang paling bongsu aku dapat adik perempuan yang kini sudah berusia 22 tahun yang sedang belajar di UPSI,membesarkan anak-anak serta menjaga keluarga pada masa itu memang menjerihkan,tinggal disetinggan di dalam kawasan kuala lumpur pada masa itu sungguh perit sekali,masih aku ingat air pun nak kena ambil dari paip yang dibuat oleh seorang tukang rumah ,paip itulah orang ramai gunakan untuk membasuh serta mandi,letrik tak ada pada masa itu gunalah lampu minyak tanah,apa lagi tv jangan ceritalah.


Banyak kenangan sebenarnya masa tu cuma aku tak tahan hati nak bercerita panjang-panjang dalam blog nyamuk aku ni,tak ada yang manis-manis majarotinya sedih-sedih berlaka tapi itu semua cukuplah bagi aku merasakan jerihnya untuk berjuang meneruskan hidup dan sebagai panduan untuk aku membesarkan anak dengan cara ku,insyaallah semua ini akan menjadi sejarah serta ingatan buat anak-anak ku agar mereka sedar dan tahu tanpa perjuangan tiada kehidupan,tanpa bapa ku yang berusia 25 tahun waktu di menikahi emak ku pada waktu itu mungkin 47 untuk emak ku menjadi emak kepada anak-anak akan sukar,walaupun bapa ku pada waktu itu mudah panas baran tapi ketabahan emak ku serta nasihat dari orang tua-tua maka alhamdulilah dapatlah mereka bersama-sama sehingga kini.


Tiada ucapan yang panjang-panjang buat emak dan bapa kami yang telah berjasa 47 tahu dan akan terus berjasa insyaallah diizinkan yang maha esa,bagi aku serta adik beradik yang lain tiada yang lebih indah dari kekuatan serta kesihatan buat emak dan bapa agar dapat mereka terus melakukan ibadat kepada Tuhan sekalian alam insyallah,emak dan abah walaupun emak dan abah tak dapat membaca blog ini tapi hakikat sebenarnya kami anak-anak emak dan abah menyayangi serta berusaha agar kita selalu bersama-sama dalam semua hal sekiranya dilapangkan masa dan diberikan kesempatan,kami bangga serta bersyukur dapat menjadi anak-anak kepada kamu berdua,bukan sahaja menjadi emak dan bapa kami emak dan abah juga menjadi kepala ketua buat keluarga yang tinggal,insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan