Bukan riak,bukan takut,bukan cabul tapi kawasan ini bukan kawasan UBN yang perlu dipertahankan oleh mereka,ini kawasan PR yang semakin menjadi perhatian,banyak lagi yang diperlukan WANG disalurkan terutama perubatan,pendidikan dan banyak lagi,rasanya rakyat dan pimpinan PR memahami dan cakap-cakap apapun sekadar luahan yang akan berkokok seminggu dua,inilah masanya Najib sama-sama berjalan berganding bahu dengan PR untuk mementapkan ekonomi negara kita,kerana apa perlu rakyat dok bersusah payah membuang masa dan wang semata-mata untuk memilih wakil,lagi pun masa 3 tahun akan ada lagi PRU,tapi ekonomi tak keruan,rakyat tak ada pekerjaan,hutang dan beban rakyat pun tak tertanggung.
Apa pun alasan yang BN serta pemimpin nya berikan bukan untuk kami blogger PR menjadikan ia satu alasan dan kutukan dan bukan semua blogger menganggap ini sebagai satu mainan politik,tapi bagi aku yang kerdil ini,ini lah pandangan aku,nak dengar tak nak dengar aku pun hidup tunggu malaikat je datang memanggil,kerana siapa lah aku untuk menjadi sesiapa,DSAI bukan manusia yang gila kuasa cuma dia menjadi bapa perjuangkan keadilan untk semua orang tak perlu takut dengan dia dia pun sama macam kita tunggu je masa dipanggil,Najib inilah masanya kau nak beribah,lagi pun yang pasti Penanti bukan kawasan kuat UBN lagi,kau kena ingat kau juga mewakili arwah ayah kau sebab kau satu-satunya bapa dan anak jadi PM jadi apa pun perbuatan serta keputusan yang kau buat ia akan dibawa ke masa hadapan.
Takut bukan mainan,sebab sudah lama kami dipijak,dicerca,dinafikan semuanya dan ia semakin membasar dan kesabaran rakyat sudah sampai kekemuncaknya dan aku nak bertanya sebab apa benda ini terjadi,penyokong,pembangkang dan atas pagar, 3 golongan ini yang setiap pemimpin harus jaga tiada diskriminasi sepatutnya antara ke3-3 ini kerana inilah RAKYAT sebenarnya,tanpa RAKYAT mana datang PEMIMPIN? Membuat kesilapan memang senang tapi mengaku kesilapan adakah semua orang boleh lakukan?berbalik nak masuk bertanding mahu pun tidak, tapi bukan itu yang kami pinta,selain kematian perletakan jawatan boleh dirunding dan dibawa bincang bersama,semua manusia ada ego baik kerajaan maupun pembangkang dalam situasi kedua-dua pihak,tapi rakyat harus diutamakan dahulu lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi sekarang.
Allah Taala telah menunjukkan bagaimana bekas PM ke 4 TUN DR.Mahathir telah melakukan kesilapan demi kesilapan walaupun UBN kata dialah pemimpin terbilang kerana projek meganya,tapi masakan rakyat lupa apa yang telah dilakukan kepada negara ini?sehinga kini pun dia masih lagi dihantui kesilapan yang dia lakukan,kini kesilapan itu telah turun kepad Najib dan ia bermula di Perak,aku sebagai rakyat cuma satu sahaja yang aku nak bagi tau pada kau Najib(maafkan aku sebab dah bengang sangat lagi pun apa pun jawatan seseorang itu kalau dia tak menghormati orang lain mengapa harus kita hormat mereka) di Perak kau yang buat hal kau juga lah yang kena uruskan ini tanggung jawab kau sebenarnya,macam mana nak urus yang besar kalau masalah yang kau lakukan kau biar sesuka hati dan bagi orang lain buat bertambah teruk dan tunggang langgang,ini semua rakyat negara Malaysia amanah besar kau. . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan