Rabu, 6 Mei 2009

AKU DAN HARI INI

Hari ini rabu seperti biasa aku buat dialisis,seminggu 3 kali sekali 4 jam,kekadang terasa beban juga tapi ia adalah penyambung kehidupan untuk semua dalam darah serta air yang berada ditubuh ku akan dibersihkan dan ditarik keluar agar aku merasa sedikit selesa dan sihat,tapi bagi masyarakat yang kurang memahami apakah fungsi dialisis itu boleh lah godek pakcik google atau layar lah dalam alam maya ini cari lah mana-mana sumber rasanya banyak di sana,untuk aku terangkan secara terperinci memang bukan bidang aku semua ini tapi setelah 3 tahun menjalani rawatan dialisis aku dapat lah sedikit ilmu mana yang boleh aku terangkan kepada kawan-kawan yang baru mengalami penyakit ini.


Insyaallah senang nanti aku aku cerita pasal dislisis ni,tapi aku cuma nak buat thread aku dan hari ini pasal nak komen pasal politik nampaknya ramai yang sudah beri komen lagi pun komen-komen kita ni siapa nak ikut sekadar baca bla bla bla lepas tu depa buat tak tahu,seperti yang aku tulis kat atas yang hari ini aku buat dialisis jam 6.45 aku dah mula hidup kan enjin kereta,selalunya aku akan turun lewat sikit jam 7am,tapi pagi aku bangun awal sebab anak aku yang besar dok sibuk nak gosok baju sekolah dia dulu jadi aku dapatlah mandi awal dan sembahyang awal,kereta aku tu pun baru je kena  seribu lebih repair,ni pun rasanya nak kena keluar lagi dah keluar macam-macam bunyi eermm duit lagi mana aku nak cekau ni?


Sampai kat centre dah jam 7.20,aku biasa bawa kereta macam orang tua slow,lagi pun nak kemana cuma nak buat rawatan je dah memang cara tu aku bawa kereta ikut keadaan serta kawasan,highway pun kalau aku pandu kereta aku ikut papan tanda sampai isteri aku pun kekadang bengang tapi anak-anak aku cukup selesa bila aku yang pandu kereta sebab mereka boleh membezakan antara ayah dan ibu mereka memandu.Sampai kat centre staff dok sibuk pasang mesin sebab ada staff yang tak sampai lagi tapi pesakit dah ada 2-3 orang tu yang datang sendiri tapi ada yang diambil sebab masalah yang dihadapi oleh pesakit tu,aku selalu datang sendiri sebab balik aku terus kesekolah ambil anak aku balik,kekadang je bila kereta buat masalah baru aku minta orang ambil.


7.40 baru aku di cucuk jarum,2 jarum sudah pasti,1 untuk darah keluar dan 1 untuk darah masuk balik,dan jarum ni pun ada saiznya yang paling kecil 17 dan yang besar 15,aku guna saiz yang besar 15,nantilah aku cerita pasal semua ni,aku kena tarik air dalam badan aku 4 kilo maklumlah makan minum pantang nampak balun je,memang selalu aku macam tu tarik 3-4 kilo hari isni dan rabu tapi jumaat dah kurang sikit sebab dah tak de hutang air dalam badan tu,nak tarik bebanyak sampai 4 kilo pun kena tengok pesakit juga kekadang ada pesakit tak tahan,alhamdulilah aku dari dulu kira boleh lah juga,tapi kekadang tak dan kaki kejang lah hypoo lah  dan bila sampai umah mula lah kejang kat rusuk lah,rasa pitamlah,pening lah macam-macam,dan yang pasti selalunya akan merasa letih.


Masa dialisis aku jarang tidur,sampaikan staff bising suruh aku tidur tapi kalau ikut S.O.P pesakit tak digalakkan tidur,aku pun bukan nya peduli sangat bila staff sibuk suruh pesakit tidur sebabnya depa malas nak jalan tengok keadaan pesakit nak besarkan punggung je chat tu chat ni sesama sendiri,4 jam masa dialisis tu pandai-pandailah nak buat apa,baca lah apa yang patut dan buat lah apa yang patut,tapi masa dialisis ni pesakit boleh makan dan minum,kami jam 8 lebih makan lah sarapan ada staff yang tolong belikan ada duit semua boleh makan tak de duit makan lah apa yang mampu,aku bab makan ni aku tak kisah kuih pun boleh masuk,tapi yang pasti kopi  o kaw secawan untuk aku,kopi ni aku bawa sendiri,beli yang luar negera punya ermm wangi dan best lah,aku dok tulis kopi ni pun meleler air liur beb gila kopi betul.


Hampir jam 12 aku dah siap semuanya,tangan pun dah siap bertampal,3-4 jam baru boleh buka kalau awal sangat nanti darah keluar tu pun nak kena jaga gak,balik ambil anak,pagi tadi isteri ada call bagi tau yang dia tak sempat masak apa-apa,aku balik pun dah letih ,panas pula hari ni,anak aku masuk kereta je dah minta ajak pi supermarket malam nanti sebab esok dia punya hari lahir,perhh ni lah anak-anak pandai minta je,balik singgah  beli makanan ,kepala pun dah mula rasa semacam pening,balik umah tengok macam kapal karam,call isteri dia bagi tau yang anak lelaki sekolah petang pun datang sekolah pagi sibuk yang bukan-bukan,balik dah penat,kepala dah pening apa lagi hati pun cepatlah panasssss,aku cakap pada anak aku yang kecil lepas makan ni duduk umah dengan aku,boleh tengok-tengok kan mana tau tetiba aku jadi tak betul nanti,nauzubilah,alhamdulilah lepas aku basahkan kepala aku buat sujud sikit sakit kepala kurang sikit aku pun dok layan tido,anak aku pun tido sebelah aku gak hehehehehe.


Lepas solat baru aku bula laptop dan update sambil layan blog cari info tapi semuanya buat sakit hati da kepala,ni lah aku buat thread macam ni,ni pun insyaallah malam ni nak pi store tapi belum pasti store mana nak pergi,anak aku yang kecil ni pun gayanya macam orang berada,nak tu nak ni,tanya mana duit katanya ayah dengan umni yang keluar,hari ni gak masa nak balik dari dialisis aku dapat call dari adik lelaki aku yang bagi tau mak aku dan bapa ku sesat balik kampung guna jalan baru,terkedu gak aku,hai dah tiap minggu balik pun boleh sesat,rupanya bapa aku yang bawa kereta selalunya adik lelaki aku yang bawa selepas habis kerja,mata dia dah kurang nampak dah 72 tahun umur dia ermm macam-macam,ni kepala dah mula sakit balik dah,aku pun nak mandi basahkan kepala dengan air sejuk biar lama sikit,apa pun hari ni masih tak habis lagi banyak lagi yang menanti aku lebih-lebih lagi dalam blog tak habis lagi baca,aku layan kepala jap dulu lah. . . . . .. .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan