Terima kasih Ayang kerana sudi menjadi suri hidup ku pada tahun 1991 dahulu,kini sudah 18 tahun usia perkhawinan kita semuga kau dapat bertahan dengan sikap aku dan penyakit aku ini insyaallah kau diberi ganjarannya disana nanti.Masih aku ingat lagi bagaimana selama itu dalam tempoh 3-4 bulan walaupun aku tidak mengenali dirimu tapi entah mengapa hati ini meminta supaya engkaulah menjadi suri hidup ku,dalam tempoh itulah setiap hari aku cuba memerhatikan dirimu dan setiap kali aku sembahyang aku juga berdoa memohon agar kita ditemukan jodoh dan alhamdulilah setelah berteman dan bertunang dapat juga doa aku dimakbulkan ALLAH.
Biarlah segala kenangan ini anak-anak ku sahaja yang dapat ku kongsi bersama mereka,bagi aku hubungan peribadi ini terlalu berharga untuk dikongsi bersama orang luar,sejarah serta pengalaman akan aku simpan dihati ini,baik buruk kita pasti akan kita bawa disana nanti,apa pun setiap orang perlu berjuang untuk mencapai kejayaan,kau beri ku anak yang pertama selepas sembilan bulan kita menikah,kata orang bunting pelamin tapi hakikat yang sebenarnya kau adalah wanita yang subur sebab itulah kita terus diberikan harta dunia ini dan kini ia sudah menjangkau 17 tahun bolehlah dipanggil anak dara,bagaikan janji selepas 3 tahun kau berikan anak lelaki buat ku dan sehingga kini sudah membesar berusia 14 tahun dan yang bongsu kita dikurniakan lagi anak lelaki yang kini berusia 8 tahun baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 7/5 terima kasih sayang.
AYANG itu lah panggilan buat diri mu dari dulu lagi sehingga kini,aku sedikit pun tidak merasa malu maupun kekok bila memanggil diri mu AYANG dimana-mana,sebab itu lah perasaan aku sebenar-benarnya aku ikhlas dan jujur bila memanggil mu AYANG,kau berkorbankan diri selama kau mengandungkan anak-anak kita,makan minum tak tentu,mabuk tak keruan bermacam-macam lagi lah yang perlu kau tangung semata-mata untuk anak yang bakal lahir dan aku cuma sekadar memerhati dan bersimpati sahaja,kini kekuatan aku sebenarnya bila didapati mengidap sakit buah pinggang adalah disebabkan oleh mu AYANG,anak-anak serta tanggungjawab yang belum diselesaikan lagi,insyaallah selagi perjanjian belum sampai masanya selagi itu aku cuba melaksanakan buat keluarga kita.
AYANG nampaknya kerjaya sudah ada ditangan,anak-anak sudah mula membesar,aku cuma perlu menjalani rawatan 3 kali seminggu setiap kali 4 jam lamanya,insyaalah ia tidak menjadi halangan untuk kau terus maju,memang itulah harapan aku dulu dan aku sudah lakukan janjiku untuk mempastikan agar kamu dapat berkerja dengan baik tanpa masalah rumah tangga membabitkan anak-anak yang ramai,ingat jodoh dan maut ditangan ALLAH selagi kita mengingati ia dan beramal kepadanya cuma doa penghubung kita dengannya,selagi kita tak lupa padanya selagi itu dia ada bersama kita,antara kita semua ini kuasa ALLAH kerana kita merancang tapi ALLAH tentukan dan yang penting kaulah kekuatan diriku.AYANG TERIMA KASIH KERANA MENJADI IBU BUAT ANAK-ANAKKU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan