Sabtu, 28 Februari 2009

TS KHALID IBRAHIM! JANGAN BERI TEMPOH PADA MEREKA

Pagi-pagi dah melayari blog dan posting ini menarik perhatian kita malah nak juga sama balun depa ni,khabarnya Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor serta peguamnya memberikan tempoh pada Ahmad Said penjaga kereta dan lembu SPRM dan penjaga GERAK yang bergerak atas arahan pimpinan umno sahaja tempoh selama 7 hari untuk depa-depa ini menjawab balik segala tohmahan yang depa lakukan terhadap MB Selangor ini.


Orang macam ni tak payah bagi muka lah TSKI,balun saja lah depa,lagi pun kerja depa bukan untuk masyarakat kerja depa umno yag bayar tu yang depa dilembu-lembukan oleh pimpinan umno,kita dah beri peluang untuk depa berubah tapi masih dok lagi nak jaga bontot pimpinan umno membasuh taik keliling tempat tapi masih lagi tak nak sedar,dia orang pun dok balun TSKI tanpa pikir panjang kita yang bagi muka buat pe hemtam kaw-kaw biar depa tau sikit siapa kita yang dok sabar ni. . . . . . 


Rakyat penyokong PR juga maukan mangkuk-mangkuk hayun di gasak cukup-cukup,bagi SPRM  yang kononya telah dinaikan taraf dari badan pencegah rasuah kepada Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia bagaikan telah menukar baju baru tapi roh kerja seperti dulu juga kerana sikap-sikap pegawai yang dibeli oleh umnoBN inilah yang tidak boleh berubah masih lagi menjaga tuan WANG mereka dan GERAK jangan ceritalah depa ni hidup segan mati tak mau sekarang ni maklumlah bila dah Ezam mamat paling teruk kat Malaysia ni berambus maka semua nya kelihatan memberat dan menjaga kepentingan pimpinan umno sahaja malah rakyat pun sudah tidak mempercayai GERAK yang disumpah mati.


Rakyat dibelakang TSKI,buat lah apa yang perlu tapi tempoh tu lama sangat lagi pun isu ni nampaknya telah menyusahkan kerajaan PR di Selangor serta rakyat perihatin jadi kenalah kita sedarkan mangkuk hayun ni agar depa tau nak jaga umno ke nak kerja untuk rakyat,dan yang paling penting kena bersihkan mereka-mereka yang selama ini diberi peluang dalam kerajaan PR tapi telah mensia-siakan peluang yang diberi untuk berubah dengan menjadi tali barut umno dulu kini dan selamanya dan sudah masanya kerajaan PR ini dikuasai oleh mereka yang perihatin dan jujur dalam menjalani tanggungjawab,kerana ini adalah masa kita dan sebabkan nak berubahlah kta harus melakukannya sebaik mungkin. . . . . . .

Jumaat, 27 Februari 2009

SIAPA SURUH PI JOLOK SARANG TEBUAN

Tulah nak sangat rampas kerajaan PAKATAN RAKYAT tapi dah tau yang korang ni 3 suku bodohnya dan selalu melembukan orang lain maka ingat semuanya bisa terjadi,manusa ini kalau dah tak de iman ini lah jadinya,hoii malulah tengok diri dan anak-anak,rakyat semuanya dok pi gelakkan serta bercakap yang umno dan pemimpin semuanya perompak dan LANUN yang ikut suka-suka merampas kuasa orang dan kebahagian orang lain.


Inilah dia bodoh tak boleh diajar,pandai langsung tak boleh diikut,dah lah menculik orang pas tu dakwa orang yang bersikap bebas dok sebelah depa,pas tu pi jumpa Sultan bagi tau yang lu orang dah dapat simple majaroti untuk tubuh kerajaan baru dan paksa Sultan itu terima pelantikan MB BN serta melantik beliau dan mengarahkan MB yang sedia ada meletakkan jawatan atas arahan Sultan,pandai sangatlah tu kononnya bakal PM mesti pandai. . . . . yang orang nampak sekarang bodoh punya olangggg otak serupa 3 suku,lu tengok sekarang apa sudah jadi,MB asal sudah bawa kes ini masuk mahkamah kena tunggulah apa hukuman mau dapat.......


Woiii Speaker tu apasal mau diganggunya,dah dia pun ada kuasa seperti Speaker Dewan Rakyat maka nak cakap apa lagi,yang pi hantar polis siasat buat apa,kerja sendiri pun tak buat nak pi sibuk sebab pemimpin umno suruh pi ikut buat apa,lembu ke lu orang bila umno suruh je ikut hah tu lah banyak sangat bertuankan WANG umno ni dah jadi le lembu seumur hidup,dah kena basuh maka polis pun angkat tangan lepas tu gunakan lagi lesen lembu yang besar SPRM untuk cuba menekan Speaker dun Perak,tapi tu lah yang korang pi kacau sarang tebuan tu buat apa kan sekarang dah kena.


Nah tebuan dah serang balik,ingat 3HB MAC 2009 Sidang Dewan Tergempar Dun Perak,dah lah MB BN haram serta 6 exconya tak boleh masuk dewan,pas tu mangkuk hayun 3 ekor tu tak boleh juga masuk kena gantung,lu orang rasa apa ek MB Nizar akan lakukan semas sidang tergempar dun nanti,aku taknah lah bagi apai kat sini,tapi kalau lu orang boleh tau baguslah,nasiblah lagilah panas suasana nanti,bila orang dah menyampah lu pikir lah sendiri. . . .

KERAjaan 3 SUKU

Baru sempat buka laptop,sambil update laptop layan sikit dalam blog pilihan,terbaca pula posting pasal 5 tol yang semalam dinaikkan oleh menteri yang berkenaan tapi pagi tadi ceritanya dia juga membatalkan kenaikan tersebut sehingga hujung tahun jangkanya,malah khabarnya orang ramai juga marah dan tak puas hati malah bagaikan terjaga paklah juga marah atas kenaikan ini kerana ia membebankan rakyat,kononnya ia perihatin sangat terhadap masalah yang akan dihadapi oleh rakyat yang mengunakan laluan tersebut.


Bagi aku bagus juga lah kenaikan 5% tol itu ditundakan tapi yang aku muskil sesangat ni apa ke halnya bila kabinet dah setuju nak naikkan kadar tol dan akan umumkan perkara ini dan menteri yang berkenaan diberi kuasa untuk laksanakan dan bila ia dijelasan maka nampak ada jurang yang jauh dalam sistem perhubungan antara menteri-menteri kabinet,kalaulah dah Paklah pun tak setuju buat masa ini mengapa si menteri yang berkenaan memandai melaksanakan,adakah ada lagi kuasa yang lebih besar dari menteri-menteri kabinet ini maka ikut suka sahaja untuk naikkan kadar tol,kiranya ini terjadi amat malanglah rakyat Malaysia yang telah ditipu oleh puak zionisme ini yang menggunakan kuasa WANG membeli pemimpin untuk berkuasa sebenarnya tanpa menggunakan kuasa politik. . . . . 


Janganlah nak memperbodohkan rakyat lagi,dunia semakin canggih maka kini rakyat sudah sedar dan sedia berubah maka janganlah halang perubahan itu malah tiada siapa yang boleh menghalang se,mua ini dari terjadi,kuasa yang rakyat beri seharusnya di kembalikan dengan sebaik mungkin biar rakyat merasa nikmat hidup penuh keadilan dan saksama,tapi sebabkan TAMAK maka semua ini terjadi dan cubaan untuk menutup segala salah laku sebenarnya telah membesarkan lagi masalah tersebut,jalan yang paling baik sekali mengaku serta bertanggungjawablah dan berani lah memikul apa juga hukuman yang sepatutnya diterima dan sekaligus membersihkan diri mereka itu,tapi bila dah banyak sangat kepala 3 suku dalam kerajaan maka semua ini akan mereka bawa ke mati.

Khamis, 26 Februari 2009

SIAPA SEBENARNYA SAMSENG

Petang ini cerita panas lagi memanaskan,sudahlah tengahari yang panas terik nasib baik petang hujan sejuklah sedikit tapi keadaan Parlimen yang memanaskan lagi suasana negara bila mana ada hero hutan dok pi serang oku Karpal Singh yang tidak boleh melakukan apa-apa malah hero hutan ni juga dibantu oleh orang-orang hutan yang tak bertamadun serta diupah oleh sesen dua berjumlah 20 orang yang kononnya menjaga maruah parti UMNO BNatangnya.


Malu sungguh dengar khabarnya anak guru silat serta ketua pemuda umno gombak yang dah terlambak perangainya cuba menyerang Karpal Singh yang oku,malah perbuatan ini disokong oleh pimpinan mereka yang berada didalam dewan yang kononnya mulia,kita masih lagi menunggu apa kata bakal pimpinan ketua pemuda mengenai kelakuan pemuda-pemuda umno yang secara jantannya menyerang orang tua yang juga ahli parlimen serta ketua masyarakat bagi parti DAP,malah kita juga menunggu bagaimana pihak berwajib menangani isu ini dan rakyat semua akan menjadikan kisah ini sebagai ingatan bahawa memang UMNO BNatang harus dihapuskan seluruhnya pada PRU13 nanti.


Menandakan yang kapal umno dan BN sudah hampir tengelam akhir ini dek perbuatan bakal PM mereka maka perbuatan ini adalah cubaan untuk menakutkan pihak pembangkang,woiiii ingat takut sangat ke kita orang ni,bias disembur gas serta pemedih mata,ditendang terajang oleh polis fru,ditangkap dilokap,didakwa dan sebagainya bukan seperti umno dan sekutunya yang menggunakan polis sebagai kuda dan lembu tunggangan mereka,hakim dan peguam sebagai penjaga hawa nafsu mereka malah banyak lagi yang dipergunakan kerana WANG harga diri terbuang.


Siapa samseng,siapa derhaka,siapa penipu,siapa penjenayah malah siapa lah umno tanpa semua ini kini terbukti malah ini lah yang ALLAH tunjukkan kepada kita agar kita menyedari siapa sebenarnya yang harus kita ikuti,pilihan telah dan memang ada untuk kita bersama-sama berjuang dan inilah yang menjadi ketakutan bagi puak Umno yang sekarang menanti hukum karma mereka di dunia. . . . .  

KES LINGAM!KOREK KE KEROK

Masihkan ingat lagi kes Lingan ni yang dulunya kecoh malah nak rak dibuatnya maka ditubuhkan lah suruhanjaya diraja menyiasat kes ini kononnya agar rakyat percaya memang KERAjaan BNatang memang bersedia berubah kononnya itulah sikap Paklah yang sudah mula sedar tapi hakikat yang rakyat perlu tahu,adakah perkara yang boleh menjaga mereka dalam bidang perundangan akan mereka siasat sendiri,orang bodoh je lah yang boleh dikelentongnya,mana kan bisa mereka-mereka ini yang digunakan sebegitu menjaga kroni serta pimpinan mereka akan disiasat serta diambil tindakan,sebenarnya lingam ini adalh penyelamat bagi puak-puak mereka malah hubungan rapat lingam seperti dirancanag agar setiap kes yang dibawa oleh peguam ini akan berhakim yang telah dibeli dan dasar itulah yang sepatutnya rakyat harus fahami,dia ibarat kroni dalam perundangan menjaga mereka yang didakwa melalui hakim kes itu akan berakhir dengan kemenangan bagi pihak yang didakwa.


Untuk menutup atau memenangi kes maka kena adalah 2 pihak yang sering bekerja sama,mengapa ini harus dilakukan malah memang dirancang oleh pimpinan tertinggi kerana ia sebenarnya untuk mengaburkan pandangan rakyat yang kurang perihatin bab-bab begini lagi pun bukan semua rakyat yang tahu pasal perundangan ini ,cuma mereka yang berjawatan sahaja yang tahu tipu belit begini,sebab itu lah nama Mahthir pun sangkut kerana ia memang dirancang olehnya kerana berkuasa kan PM malah HAKIM adalah dibawah pengaruh beliau,bila satu pihak telah dapat dikawal maka dengan mengunakan peguam seperti LINGAM ni maka perancangan jahat mereka tidaklah menampakkan menyalahgunakan kuasa kehakiman para hakim yang bertanggungjawab mengendalikan kes-kes yang melibat kroni pimpinan tinggi BN.


Sekarang kita boleh lihat bagaimana kah kes itu yang sudah lama disiasat malah apa pun jawapannya pasti akan membuatkan rakyat dok tertanya-tanya mengapa 3 dari 4 orang yang disiasat telah dilepaskan oleh pimpinan Paklah,kerana sekiranya ia biarkan berpanjangan maka kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah dan dihakimi oleh mereka-mereka yang terlibat akan dibuka semula kerana adanya perkara yang meragukan,malah kiranya ini terjadi banyak kes yang perlu diulang bicara malah impak yang paling teruk kerajaan BNatang TERLIBAT SECARA LANGSUNG.Selagi kuasa masih di tangan BNatang maka semua ini sukar dibongkar malah pengunaan SB yang membantu semua ini terjadi kerana mereka-mereka ini adalah berhubung kait dari jawatan di bawah hingga ke peringkat tinggi.


Harapan untuk kita melihat jatuhnya hukuman cuma sekadar fantasi sahaja,malah semua ini mereka gelakkan sahaja kerana kuasa masih ditangan mereka,rakyat harus memahami situasi sekarang untuk kekal menjadi kerajaan yang banyak melakukan kesalahan,salahguna kuasa maka mereka haruslah mempunyai tentera yang boleh dikawal seperti ini,bidang kehakiman yang berpihak kepada mereka,keselamatan yang dikuasai oleh mereka-mereka agar salahlaku dapat ditutup,pegawai-pegawai yang mengikut arahan mereka disemua badan kerajaan,semua jentera yang mengaitkan mereka adanya orang yang jaga,malah semuanya sekarang dibawah pengaruh kuasa pimpinan BNatang maka sebab itulah mereka berani melakukan kejahatan kerana yang bersekongkol pun memainkan peranan mereka juga menjaga satu sama lain dan akibatnya itulah yang telah dinampakkan serta diberi petunjuk oleh ALLAH bila semua ini di bongkar tapi adakah rakyat masih lagi sedar?? . . . . . . . . . 

SANA TUTUP TAPI YANG 5 NI NAIK HARGA! PENYAMUNNNNN

Wow tak sampai seminggu tol salak selatan ditutup,kini 5 tol telah dinaikkan harga tol mulai 1hb mac ni,itu lah kerajaan yang perihatin serta mesra rakyat yang sedang merompak serta menindas rakyat agar kroni serta poket mereka penuh.Dasar BNatang apa pun perbuatan mereka semua nya menjerumus kearah itu.Inilah yang dinamakan merompak disiang hari,sudahlah ekonomi yang merundum jatuh malah rakyat pun menerima balanya kini khabarnya sejumlah 100,000 pekerja telah diberhentikan malah angka itu akan naik sedikit masa lagi kerana kerajaan BNatang sibuk dengan politik jahat dan tak habis-habis menghabiskan wang rakyat.


Mulai 1hbMac ni rakyat terpaksa menampung lagi penambahan 5% tol di 5 tempat dan pastinya akan disambut mesra oleh rakyat yang sudah dibebani kos yang sedang naik sekarang,bagi mereka yang sering mengunakan lalauan ini maka bersedialah dengan penambahan 5% dan laluan ini adalah di laluan lebuhraya 1)PLUS-Lebuhraya Utara Selatan :  2)SPRINT-Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat :   3)AKLEH-Lebuhraya Bertingkat Ampang- KL                4)BESRAYA-Lebuhraya Sungai Besi :  5)NPE-Lebuhraya Pantai Baru

Inilah bukti yang KERAjaan BNatang memang mesra rakyat,rakyat berbudi mereka merasa,mereka kaya raya rakyat biarkan menderita dari dulu kini dan selamanya. . . . . . . . . . . . 

GERAK DAH TAK BERGERAK

Semalam satu hari yang agak membosankan kerana keadaan diri yang kurang sihat serta tidak merasa selesa malah rasanya ini sebahagian dari amaran-amaran untuk lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan yang tinggal malah ia juga sebagai peringatan pada diri serta pelajaran yang harus diambil berat kerana apa yang dirasai mungkin telah dirasai oleh mereka-mereka yang berpenyakit sama dan mereka -mereka yang terdahulu,apa pun kita tinggalkan dulu cerita pasal sakit ini cuma kita nak berbicara pasal GERAK yang sudah tidak bergerak lagi,malah terbuktinya GERAK adalah agen bagi pimpinan UMNO sebenarnya kerana banyak kes yang membabitkan pemimpin UMNO nampaknya langsung tidak mendapat perhatian GERAK malah GERAK bagaikan sudah MATI.


Semalam cuma dapat membaca beberapa topik yang buat sakit hati,tapi itulah hakikatnya sekarang ini bila berkuasa semuanya betul bagi meraka lakukan,satu persoalan kepada GERAK kenapa menjauhkan diri kalau benar pertubuhan itu satu NGO melawan isu rasuah malah tidak bersama-sama menyatakan kebimbangan mereka terhadap SPRM yang menjadi lembu ditarik hidungnya yang sepatutnya kredibiliti itu dijaga sebaik mungkin kerana itulah harapan anak bangsa akan datang untuk melihat negara ini jauh dari salahlaku rasuah,tapi bagaikan mulut tanpa gigi GERAK ini bila kena batang hidung kerabat tuan-tuan mereka terlopong mulut tak terkata diam membisu.AMK keadilan semalam juga telah mengadakan bantahan dengan mengadakan demonstrasi di Putrajaya malah GERAK langsung tak mengambil tahu dan buat-buat tak tahu ini lah akibatnya bertuankan WANG.


Apa pun bukan GERAK yang menjadi harapan,tapi sekadar mengingatkan mereka-mereka yang kononnya bekerja secara bebas kerajaan,apa pun peranan serta tanggungjawab maka bertanggungjawablah dengan peranan mereka kalau tidak buang masa sahaja kalau sekadar mencari nama,kini rakyat sudah sedar siapa yang harus disokong,bukan mangkuk-mangkuk hayun yang sekadar  hidup dengan WANG RASUAH ada wang baru bergerak dan berbunyi,kerana banyak sangat kes-kes salahguna kuasa yang sepatutnya di berikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya tapi hakikat yang kita nampak sekarang bila ada saja laporan terhadap PR maka laju sungguh mangkuk hayun ini bertindak tapi bila sejumlah lebih 50 kes dilaporkan untuk pimpinan umno dan bn maka bukti masuk tong sampah bukan sahaja GERAK yang dah TAK berGERAK yang menjaga rasuah pun tak layan. . . . . .

Selasa, 24 Februari 2009

KERJA BODOH ATAU BODOH KERJA

Mungkin orang tak ambil tahu tapi bagi aku semua kena ambil tahu barulah mengikuti perkembangan politik,kerana politik dan agama berpisah tiada,politik banyak mempengaruhi kehidupan sejagat,politik itu juga mempengaruhi ekonomi dan politik asas kepada sesebuah negara berkerajaan dan banyak lagilah,cerita 1 ni pasal menteri yang menjaga kewangan negara Malaysia ni yang sekarang dok sibuk menjalankan kerja jahat dok pi rampas Perak dari PR pas tu pi bodohkan orang sana sini kerja dia tak nak jaga pi buat kerja bodoh,pasal apa aku buat thread ni ,saja je bagi release sikit tension aku,ni nak khabar sikit adakah patut si Najib ni boleh cakap  kemerosotan nilai portfolio pelaburan khazanah nasional bhd(KHAZANAH)sebanyak rm 17.8 billion atau 20.18% bukan kerugian sebenar,ni kerja bodoh atau bodoh kerja? dah namanya merosot tu kira rugilah bengong punya mamat ni,tak kiralah syarikat apa pun dalam khazanah itu semuanya tanggungjawab siapa?kalau dah negara yang jaga siapa ketuanya?


Tak tahu mana satu nak letak kategori nya dia orang ni kerja bodoh atau bodoh kerja,apa pun alasannya orang ramai mungkin bab-bab ni tak ambil pot,tapi orang yang kerjanya berkenaan ekonomi semuanya ambil tahu beb,lagi pun 17.8 billion bukan sikit anak tu,orang yang suka membazir je yang kata tak rugi,kau orang nak kata apa bab-bab ni?


Kisah 2 ni pula pasal Speaker Perak V.Sivakumar telah disiasat polis berkenaan laporan polis yang diterima,apa ke jadahnya polis ni dok pi siasat tugas yang V.Sivakumar jalankan,bab-bab kena batang hidung pemimpin BN semuanya boleh balun bukan bidang kuasa sendri pun nak pi sibuk sangat buat apa,ni kerja bodoh ke atau bodoh kerja?Dr.Mahathir pun hentam polis yang pi sibuk nak siasat Speaker ni tau tak,dia bukan main marah lagi,dia kata kalau mcm tu setiap kali bila Speaker Parlimen pi gantung ahli parlimen pembangkang dan bila laporan polis dibuat maka kenalah polis siasat kan ke bengong namanya itu,nampak sangat bila dah rasuah kemana pun rasuah juga sinonim rasuah selalu dan selamanya kerana dialah POLIS RAJA DI MALAYSIA,lambat laun PRDM ni orang tak hormatlah,mungkin anggapan masyarakat siapa yang dok kerja POLIS ni umpama kerja sekuriti guard pemimpin UMNO dan yang sewaktu dengannya,rakyat punya duit dia orang balun,tapi kerja macam kerja bodoh malah teruk lagi bodoh kerja. . . . . . . 

KARPAL SINGH AKHIRNYA KALAH JUGA

Wow rekod yang di pegang oleh Karpal Singh pengerusi DAP yang menerima banyak laporan polis akhirnya berakhir juga setelah kini ada pendatang baru yang memang sekarang ini cukup popular dengan jawatan menjaga kereta dan lembu dan kononnya kini anak beliau telah ditahan di luar negara di Australia dimana telah heboh anaknya cuba membawa masuk bahan porno bawah umur yang memang menjadi satu kesalahan di negara tersebut.


Rekod baru itu yang dipegang oleh penjaga lembu dan kereta kini khabarnya mencecah sebanyak 36 laporan polis meninggalkan rekod yang dipegang oleh Karpal Singh selama ini,apa pun rekod itu mungkin akan dipecahkan lagi sedikit masa lagi kerana banyak laporan yang belum menyusul terutama laporan polis pada pimpinan tinggi BN siapa dia kita tungguuuuuu.


Tahniah kita ucapkan kepada penjaga SPRM ini yang kini telah berjaya mengalahkan Karpal dalam acara laporan polis yang dibuat,tapi semua orang tahu macam mana banyak pun sekali laporan dibuat kalau dah sama dari tong taik semuanya masuk tong sampahlah senang kata gua jaga lu,lu jaga gua lah nanti kat sana gua bakar lu,lu bakar gua juga lah. . . . . . . . . . .

Isnin, 23 Februari 2009

SANTAI JAP! ISLAM ITU INDAH

Pernikahan Online Pertama di Arab Saudi

JEDDAH - Keterbatasan ruang dan waktu rupanya tak menghalang proses pernikahan ini. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki, Ahmad Jamil Rajab (26) berada di Amerika, sementara pengantin perempuan, Wafa Suhaimi (24) berada di Jeddah.

Ahmad dapat melihat pihak pengantin perempuan, wali, saksi, dan keluarganya melalui web-cam yang dibesarkan oleh LCD (projektor), demikian juga sebaliknya.

Hukumnya Boleh dan Pernikahannya Sah

 Sementara itu, ketua bagi pernikahan unik itu, Syaikh Adil ad-Damari, mengaku baru pertamakalinya mengelola acara pernikahan semacam ini.

“Ini benar-benar kali yang pertama, dan benar-benar unik,” katanya.

Ad-Damari menyatakan, terkait hukum pernikahan demikian adalah bersandarkan kepada hadith nikah muwakkal atau juwaz bil wikalah (nikah yang diwakilkan). Menurut hukum Islam, pernikahan yang diwakilkan itu sah. Hal tersebut dipraktikkan Nabi saw ketika menikahi Ummu Habibah yang sedang berada di Habsyah (Eutiopia), dan diwakili oleh Amru bin Umayyah Adhdhomari dan maharnya dari Najashi penguasa Habsyah (HR. Abu Daud).

Syaikh Dr. Muhammad an-Najimi, salah seorang anggota Dewan Fikh Islam (Majma’ al-Fiqh al-Islami) Arab Saudi juga menilai hukum pernikahan “mode baru” ini adalah boleh dan sah.
“Pernikahan seperti demikian hukumnya sah,” jelasnya.

Sumber: Tranungkite Eramuslim 

MUKHRIZ BODEK TAHAP GABAN

Wow belum sampai setahun bila mana si mukhriz ni membalun paklah dimana dialah hero yang meminta paklah meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Najib setelah BN mendapat kurang 2/3 daripada pilihanraya ke 12 dahulu,malah dia bersama bapanya kiri dan kanan membalun Paklah serta menantunya dan ia jugalah mangkuk hayun yang juga mengesa peralihan kuasa dipercepatkan kini dia pula yang mahu menjadi hero bila mana dia mencadangkan agar Paklah diberikan perhormatan PEMIMPIN AGUNG setelah Paklah bersara kelak,memang dasar pemimpin umno muka tempayan,tak kira mana pun jawatan yang mereka pegang selagi tak tau malu balun sajalah,umno adalah parti anak beranak bila mana dahulu bapaknya si Najib, Tun Abd.Razak pernah menjadi PM kita kini kemungkinan ia akan turun ke pada anaknya sedikit masa lagi,lepas tu presiden umno akan bertukar pula kepada anak Tun Hussien,lepas tu anak Mahathir dan lepas tu menantu paklah dan bla. . . .bla. . . bla. . .


Pemimpin Agung?orang yang dah mati dengar pun bangun marah ooii,Agung apa ke jadahnya dari mr.clean dah jadi mr.clentong,pas tu dapat pula gelaran tidooooooo sepanjang masa,orang buat kerja dia dapat nama sebabnya PM lah katakan,habis semua dalam Malaysia ni dah jadi rojak,yang berasuah boleh jaga rasuah,yang boleh dikorek,korek,korek boleh jaga hakim,mafia jaga PRDM(POLIS RAJA DI MALAYSIA)SPR,SPRM semua dok ditahap gaban gila,tu yang dia tinggalkan pada rakyat semua dengan masalah yang tak selesai boleh dapat PEMIMPIN AGUNG?bodoh piang betul lah si mukhriz ni cubalah kata dengan betul sepatutnya bapak dialah yang sepatutnya digelarkan PEMIMPIN AGUNG baru rakyat terima sebab banyak sangat peninggalan jasa-jasa yang terbaik sangat kepada rakyat marhean malah menyamai FIRAUN,napa tak caya ke??? cuba lah buka balik posting pasal bapak Mukhriz ni melayu umno mudah lupa. . . . . . . . . . .


Apapun gelaran yang hendak di berikan oleh Mukhriz kepada Paklah ini itu adalah hak dia,tapi rakyat juga ada hak untuk berikan gelaran kepada Paklah juga malah tunggulah selepas Paklah ini bersara barulah gelaran itu akan diberikan dan yang pasti ia mungkin akan dikenang dan menjadi sejarah negara. . . . . . . . . .

Ahad, 22 Februari 2009

TERBUKTI UMNO BERTUANKAN BRITISH

Umno kini semakin terdesak kerana isu di Perak masih menghantui mereka,maka kepakaran Sultan Perak  yang dulunya seorang Hakim terbukti bahawa kepandainya hanyalah sekadar melalui buku sahaja umpama tin kosong yang berdegar-degar bunyinya tapi tiada isi sebenarnya bila mana sekarang umno dan Sultan Perak mencari bantuan pandangan serta perundangan di British dimana mereka meminta bantuan dari Queen Counsel berkenan isu politik di Perak,nampak sangatlah bahawa malaun yang menjaga undang-undang negara asalnya adalah dari mereka yang mengamalkan undang-undang rimba maka bila kena batang hidung mereka sendiri barulah mencari tuannya yang sebenar,alasannya bahawa negara kita mengikut undang-undang British maka kenalah pi sana untuk buat semakkan.


Jangan kita lupa bahawa ada lagi seorang raja iaitu Raja Perta Kamarudin yang dikenali sebagai RPK malah kalau mau dikira bahawa ia adalah seorang raja kanan malah mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Selangor tapi memandangkan bahawa dia bukan pengampu kepada umno maka bila menjadikan Najib sebagai musuh nya maka penjara adalah sebahagian dari hukumannya,malah ini juga membuktikan bahawa semua raja di Malaysia ini bila menjadikan umno tuan mereka segala kerabat mereka dibawah tanggungan rakyat jelata yang terpaksa menangung kehidupan mak nenek suku sakat Sultan-Sultan ini.Sudah tiba masanya agar rakyat sedar bahawa tiada yang lebih besar untuk kita menyembah hanya lah dia yang MAHA AGUNG TUHAN SEKELIAN ALAM kerana sejarah juga mengajar kita malah kelakuan Raja-Raja ini juga banyak yang tidak baik disisi masyarakat ,bagi mereka yang bekerja di sektor perhotelan maka keburukan perangai Raja-Raja ini semuanya di dalam poket,tapi kerana akhbar biasanya disogok melalui editor semua keburukan dapat disorok sehingga matinya mereka.


Apa pun kita tungulah apa yang umno akan lakukan setelah berjumpa tuan mereka disana,mungkin pandangan serta perundangan British masih relevan bagi umno yang mencari talian hayat agar Perak dapar dirampas kembali,pada kawan-kawan blog apa pun cubalah baca posting dari MB Nizar berkenaan sikap Sultan Perak terhadap beliau setelah semua cara telah diterangkan malah MB juga mengingati Sultan melalui buku tulisannya sendiri tapi oleh kerana maukan bertuankan umno maka semuanya dipandang sepi dan inilah sebenarnya Sultan yang bertopengkan pangkat dan wang,patutlah kubur dia orang ni di asing dengan rakyat jelata kalau tidak . . . . . . . .

KHIR TOYO DAN LEMBU-LEMBU

Melayu umno mungkin mudah lupa tapi rakyat yang kena pijak kepalanya masih mengingati kisah ini,ala kisah si Khir ngan lembu-lembunya dimana pernah si Khir gunakan sumbangan Permodalan Negeri Selangor Berhad untuk menyumbang sebanyak 123 ekor lembu kemasjid dan surau yang ditetapkan di seluruh daerah negeri selangor dibawah program mesra rakyat bila kerajaan PR pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebanyak 46 ekor adalah rasuah dan salahguna kuasa,apa pun thread ini kita ambil dari Pahang Daily Online untuk kita kembangkan kedalam blogger PR

 SHAH ALAM - Kemelut yang melanda politik Selangor nampaknya kini kian parah. Bermula dengan episod"bogel reformis" sehinggalah ke isu "foto bogel Elizabeth Wong", kini sudah berjangkit pula kepada isu rasuah dan penyelewengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perihal kes "kereta Lexus" dan "lembu korban". Nampaknya puak-puak UMNO di negeri terkaya di Malaysia itu beriya-iya benar meneruskan agenda bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat mutakhir ini. Tidak cukup dengan apa yang dilakukan terhadapa Kerajaan Negeri Perak, kini satiu lagi episod malang bakal berlaku di negeri ini. Tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang begitu cemerlang dan efisyen menjalankan siasatan dan kononnya mempunyai "bukti kukuh" untuk mendakwa Tan Sri Khalid jelas sekali menunjukkan bahawa mereka kini memang sudah menjadi "pengampu agung" pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Apa yang kita lihat sekarang, jelas sekali menggambarkan betapa "kemaruknya" Khir Toyo dan puak-puak UMNOnya untuk "merampas kuasa" di Selangor Darul Ehsan. Isu kereta Lexus dan lembu korban sebenarnya adalah satu isu yang amat "melucukan" dan "paling memualkan" di alaf baru ini.

Di Selangor sebenarnya, satu persatu kes yang dimainkan oleh puak-puak UMNO akhirnya lenyap begitu sahaja. Bermula dengan isu "Air Syabas"diikuti isu "Babi" dan kemudiannya isu "Kuota Bumiputera di UiTM"serta banyak lagi isu-isu berkaitan, semuanya kemudian "terkena batang hidung sendiri". Begitu juga dengan kes "Teressa Kok" Ahli Parlimen Seputeh, yang menyebabkan beliau ditangkap dan ditahan ISA beberapa ketika. Semuanya itu hilang begitu sahaja selepas itu. Dan kini, sejak isu"rampasan kuasa" di Perak berlaku, nampaknya "gelombang kerakusan puak-puak UMNO" semakin memuncak. Mereka melakukan berbagai strategi untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. Namun semuanya berjaya ditepis oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan kini, isu Lexus dan lembu korban dijadikan isu baru untuk meraih simpati rakyat di negeri ini. Mereka cuba mahu perbodohkan rakyat, walhal kini rakyat Selangor melihat Khir Toyo semakin "bodoh" dan "bangang" sebenarnya.

Namun apa yang ingin kami dedahkan sekarang ialah tuduhan rasuah dan penyelewengan yang dibuat oleh puak-puak UMNO itu sebenarnya jelas dapat dibaca oleh rakyat. Puak-puak UMNO Selangor kini sudah ketandusan idea sebenarnya. Jika sumbangan lembu yang diterima olehMB Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap rasuah serta penyelewengan. Bagaimana pula dengan sumbangan yang sama diterima oleh Khir Toyodulu. Cuba baca artikel dibawah ini untuk bukti kukuh tentang isu yang sama tetapi hukuman yang berbeza diberikan oleh mereka :-
Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Di Bawah Program Mesra Rakyat Dan Kerajaan Prihatin

PUCHONG:
 Sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini, sembilan daerah di 
Selangor menerima lembu korban untuk masjid dan surau sumbangan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Sumbangan disampaikan melalui Pegawai Daerah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada majlis di Dewan Serbaguna MPSJ, Batu 14, Puchong sempena dengan program Mesra Rakyat, Kerajaan Prihatin anjururan PNSB. Ketua Eksekutif PNSB,Datuk Abdul Jabar Kamin, berkata majlis itu mencerminkan sokongan padu PNSB selaku anak syarikat kerajaan negeri terhadapprogram Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin yang ditekankan kerajaan negeri. Beliau berkata, PNSB rnenyumbang 123 lembu kepada masjid dan surau yang ditetapkan di setiap daerah di Selangor untuk dikorbankan dan diagihkan kepada fakir miskin. Katanya, bagi program sumbangan lembu sempena Aidiladha, PNSB rnendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) menyediakan 123 ekor lembu dan menghantar ke masjid. "PNSB menyusun banyak program menjurus ke arah kemasyarakatan selaras agenda kerajaan negeri membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin"

"Program ini berkonsepkan memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonorni komuniti yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan atau program kebajikan," katanya. Abdul Jabar berkata, sebelum ini, PNSB banyak membabitkan diri dalam program amal yang dianjurkan kerajaan negeri dan Badan AmaI dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis). Katanya, PNSB akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai anak syarikat yang bertanggungjawab dalam merealisasikan agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan agar rakyat yang kurang bernasib baik di Selangor menikmati hidup lebih selesa. "Program kita tidak setakat membabitkan golongan kurang upaya, warga tua, anak yatim dan fakir miskin, malah menganjurkan seminar dan kursus peningkatan diri dan motivasi serta tuisyen khas untuk pelajar, khususnya dari keluarga miskin," katanya. Beliau berkata, walaupun badan korporat, PNSB tidak ketinggaIan menyumbang kepada program Kerajaan Prihatin membina dan membaiki rumah usang rakyat termiskin yang giat dilaksanakan di Kuala Langat, Petaling, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. "Di bawah program ini juga PNSB diberi tanggungjawab mengenal pasti dan memperbaiki atau membina semula rumah nelayan di Selangor dengan peruntukan kira-kira setengah juta," katanya.

Sabtu, 21 Februari 2009

SELANGOR KAU NEGERI KU,AKU BLOGGER

Setelah merasakan Sokongan kepada kerajaan PR di Selangor masih ditahap suam-suam kuku maka sudah tiba masanya blogger Selangor menjalankan tugas mereka seperti blogger Perak menangani serta mempertahan kan pimpinan negeri mereka,maka dengan rasa rendah diri sang nyamuk ini akan cuba melakukan apa yang boleh menaikkan semangat blogger Selangor dan tumpuan kita buat masa ini adalah sang jawa anak toyo yang meroyan dan gila talak dan dibawah ini kita ambil thread berkenaan mangkuk hayun ini dari blog sahabat http://greenboc.blogspot.com semuga ia dapat dikembangkan lagi keseluruh alam maya ini dan sebarkan kepengetahuan ini buat rakyat negeri Selangor amnya inilah perbuatan yang si KHIR lakukan semasa menjadi MB selama 8 tahun lalu.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, demikian dilaporkan oleh Tvantara.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.

Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.

Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.” 

Terbitan Semula : 20 Kes Rasuah Khir Toyo 

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar.Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya bolehmengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. Tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta.Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001.Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Cabar Khir Toyo kalau berani buka mana - mana pentas terbuka akan terlondeh bersama bukti...

DISEBALIK KEJADIAN

Membaca blog-blog mutakhir ini kalau yang dinampakkan kebenarannya maka bolehlah seseorang itu mendapat petunjuk serta kebenaran yang ALLAH berikan kepada kita melalui kejadian dan sebalik kejadian itu,sebagai makhluk dimuka bumi kita adalah kalifahnya maka lakaukan lah yang sewajarnya,kalau kita ingin menjadi pemimpin maka yang utama kena lah pimpin keluarga kita dahulu barulah sekiranya keluarga kita sudah dan boleh dipimpin dengan baiknya maka kembangkan lah ia ke sekeliling kita barulah ia dapat dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya.


Muktahir ini bila kes yang sedang berlaku di Perak berkenaan politik sempit mainan BN,maka telah menampakkan siapa dalang sebenarnya mereka-mereka ini,tidak kira apa pun jawatan mereka yang pasti sikap-sikap mereka menampakan siapa sebenarnya mereka,dan sebagai rakyat yang memerhati serta mengikuti perkembangan dalam negara maka setiap individu juga menjadi perhatian semua pihak termasuk lah mereka yang berjawatan ulama besar seperti mufti dan sebagainya.Sepatutnya lagi tinggi jawatan seseorang itu maka besarlah tanggungjawab mereka,tapi apa yang kita nampak sekarang malah ia juga sering diamalkan oleh setiap individu yang berpangkat bila mereka berpangkat tinggi maka salahguna kuasa sering berlaku malah memijak kepala orang bawahan sering mereka lakukan tanpa sedar dan ia menjadi trend ikutan yang memualkan.


Sebenarnya apa yang ingin kita sampaikan dalam thread ini adalah untuk kita sama-sama menyedari bahawa ini lah masanya untuk kita menilai sikap seseorang itu,kini telah mula ramai mereka-mereka yang berjawatan tinggi serta dilantik memegang jawatan tertentu telah secara langsung lari daripada tanggungjawab sebenar mereka malah secara peribadinya mereka mengulas serta menunjukkan bahawa sikap sebenar dengan menyokong tindakan yang kurang bermoral dan telah banyak juga kita melihat sikap begini malah bukan menjadi satu kejutan kerana ia sebahagian dari petunjuk dari ALLAH S.W.T kepada kita untuk kita berhati-hati dilain kali memilih orang yang benar-benar boleh dipertanggungjawabkan.


Selagi mereka bertuankan WANG dan PANGKAT selagi itu sikap mereka kan terkeluar secara terang tanpa mereka sedari dan inilah yang sedang terjadi satu persatu yang kita boleh nampak sekarang baik dari pimpinan kerajaan maupun dari pembangkang kerana selagi bertuankan semua itu manusia tidak akan lari kemana dan ia akan berterusan menunjukkan betapa ALLAH itu MAHA MENGETAHUI DAN MAHA AGUNG.Adakalanya sikap mereka ini memalukan agama serta banga mereka sendiri malah mereka sanggup menipu rakyat kononnya jawatan yang mereka pegang adalah jawatan dunia akhirat. . . . . . . . .

BIJAKSANA DAN BIJAKSINI

Sekarang ni kecoh pasal politik di Perak dan 2-3 hari kecoh juga di Selangor yang kononya perbuatan sipolan-sipolan untuk menjatuhkan kepimpinan negeri malah ada juga mengatakan ia perancangan bakal PM Malaysia yang ke6,apa pun yang bakal terjadi dan yang sudah terjadi kita sebagai rakyat hendak tak hendak terpaksa juga lah menerima segalanya yang ditentukan dan ditetapkan kerana setiap kejadian itu mengandungi hikmah yang perlu kita ungkai dan selongkar barulah nampak sebenar kejadian itu,jangan kita dok menganga sahaja menunggu apa lagi yang akan terjadi.


Dikatakan orang ramai bahawa memang ada bijaksana-bijaksana yang dikerah minda mereka untuk diguna pakai oleh pemimpin yang pendek akal agar segala perancangan berpihak kepada mereka maupun perancangan itu sebenarnya boleh menjatuhkan kedudukan mereka dalam politik,tapi itulah pro dan kontra yang selalu dia orang lakukan memandangkan semua orang sekarang ini dibawah tapak kaki pemimpin korupsi dan pemimpin ini juga akan disokong oleh puak-puak zionisme yang memang dari dahulu menguasai pemimpin politik ini kerana menggunakan pemimpin yang sedemikan sebenarnya mereka lebih berkuasa dari pemimpin politik itu sendiri malah hakikatnya puak-puak zionisme ini berada di seluruh dunia yang mengamalkan rasuah dan salahlaku.


Kesedaran yang telah mula menampakkan perkembangan yang begitu menonjol sekali bahawa kepercayaan kepada instituisi diraja telah di robek maka sekarang ini anggapan bahawa instituisi raja-raja ini perlu direformasi seluas-luasnya,maka kiranya ini terjadi alangkah ruginya pihak raja-raja ini kerana kesedaran rakyat yang selama ii di tutup pengetahuan mereka bahawa raja-raja ini serta kerabat mereka hidup diatas kebajikan rakyat sendiri akan kehilangan peruntukan kemewahan tanpa berusaha maka akan hilanglah pengaruh serta kuasa yang sebenarnya digunakkan untuk menjaga kepentingan politik ke BNatangan  Kerajaan yang memerintah sekarang ini.


Kejadian yang menimpa politik di Perak ini adalah ketentuan serta ketetapan yang di tunjukkan kepada kita supaya kita sedar bahawa kita sebenarnya telah jauh terpesong maka kita kena lah berusaha membetulkan kembali jalan-jalan yang betul untuk kita tempuh agar generasi akan datang dapat mengamalkannya sebaik mungkin dan sebagai panduan untuk semua pihak mengamalkannya malah diamalkan perbuatan seumpama ini barulah sistem itu dapat berjalan kembali kepada yang dahulu jauh dari pembohongan,rasuah,salahguna kuasa dan sebagainya.Apakah pandangan ini sekadar pandangan yang mungkin tidak akan berlaku itu semua kerja Allah yang maha mengetahui,maka apa pun pandangan kita yang kononya bijaksana dan ada juga yang bijaksini selagi bernamakan manusia kita masih lagi jauh dari ketetapan serta ketentuan ALLAH.

Merasakan umpamaan seperti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran mungkin ini akan berlaku sedikit masa lagi insyaallah sekiranya memang itu sedang dirancang agar manusia sedikit lalai serta hilang tumpuan kepada keadaan sekeliling,apa pun pekerjaan ini memerlukan ketabahan,sabar serta tawakal malah akhirnya pertolongan dari ALLAH juga harus di harapkan kerana setiap perancangan manusia itu yang lebih baik adalah perancangan ALLAH juga jadi kita kena lah menjalani kehidupan ini tanpa menduakan nya malah segala yang bakal terjadi masih belum menampakkan jalannya . . . . . . . .

Jumaat, 20 Februari 2009

KATAK YANG BANYAK MAKAN TAIK

Ibrahim Ali namanya begitu terkenal kerana perangai lompat-lompatnya dalam parti kini setelah beliau kembali menjadi ahli parlimen atas tiket PAS tapi masih menggunakan platform bebas sehingga kini nampaknya sikap taiknya masih lagi sukar hendak hilang malah gelaran raja lompat yang kini sudah berpindah ke Adun Bota nampaknya membuatkan beliau merasakan gelaran itu patut kembali kepada beliau,nampaknya sekarang Ibrahim Ali kini sedang cuba perpatah arang dimana sekarang khabarnya beliau sering sahaja bertelagah dengan ahli parlimen PAS.

Buatlah apa yang kau nak buat si katak,kau pun tahu yang si Najib akan bakal dilantik menjadi presiden umno,maka ia juga memerlukan sokongan orang seperti kau ni,lebih-lebih lagi di Perak ia berjaya memaksa Adun bebas menyokong BN secara ugut maka apalah sangat antara Najib dan Ibrahim Ali ni sebab dasarnya mereka berdua ni pun asalnya dari lubang taik yang sama,cuma katak ni terhumban keluar dihalau mantan PM ke 4,maka terkontang kantinglah telur beliau mencari nama serta kawasan dan terpaksa menyembah TGNA agar diserahkan kerusi Pasir Mas kepada beliau agar dapat menyambung kehidupan yang hampir punah.

Silalah kalau kau nak melompat kembali kedalam lubuk taik yang dah orang nak tutup kambus,ikutlah si Najib tu kerana kalau itulah ketetapan dan ketentuan yang ALLAH telah berikan kepada kau maka lakukan lah sekarang,dan ramai orang pasti bahawa katak pun tidak berani meletakkan jawatan ahli parlimen kawasan itu kerana hukuman pasti berlaku,dengarlah wahai IBRAHIM ALI telah ramai orang mengatakan kau adalah katak malah raja segala katak,sekiranya Islam pun kau tipu maka mati nanti sumpah rakyat mungkin boleh menjadi kenyataan,apa lagi dengan Tuan Guru pun kau tipu juga maka sedarlah sumpah rakyat sumpah keramat,jangan nanti orang ramai terkejut beruk sebab bilanya kematian menjemput engkau maka yang dilawati bukan manusia tetapi katak MATI yang ingin melompat. . . . . .nauzubillah

SPRM GAMPANG

Wow tajuk nampak marah sungguh,mana tak kalau dah sakai-sakai yang roh nya semua BN kerja kat dalam badan gampang tu semualah dok jaga tuan mereka,bila ada saja lapuran tentang pemimpin PR semuanya cepat dan salah,bila lapuran pemimpin BN alamat tong sampah lah,maklumlah dah depa dari tong taik kenalah jaga beb kalau tak bau busuk tak boleh tahan,kerja macam gampang,makan duit haram,perangai dah jadi haram jadah.Ini nak cerita sikit pasal siasatan kes MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kononnya SPRM gampang ini ada bukti kukuh salah guna kuasa yang dilakukan oleh beliau,maka sebagai rakyat kita juga nak tahu apakah salahnya sehingga SPRM mahu menunggu pihak mangkuk hayun lagi satu peguam negara bijakdisana bodohdisini untuk membuat pendakwaan.


Khir Toyo punya kes sampai lah ni senyap masuk blender tong taik,dah reput makan dek ulat taik,samalah ngan pegawai siasatan tu,kaya sakan dah,tutup mulut main jauh-jauh ek tak cukup call aje wang masukkkk akaun luar negeri settle,janganlah nak lembukan orang ramai rakyat dah bangun 10 tahun lalulah ooii,yang jadi lembu tu hah SPRM,POLIS,FRU,HAKIM korek-korek,SPR sebab kena cucuk hidung maruah kena pijak diri sendiri bodoh piang cilaka gampang.Berpuluh-puluh kes si Khir tempe telah dilapurkan semuanya senyap macam tak ada apa-apa yang berlaku maka sahlah bahawa SPRM ini kerjanya makan duit haram orang ramai dan cucu bontot pemimpin BNatang yang rasuah dan bermasalah.


Kini SPRM dok sedang siasat salah guna kuasa oleh Sivakumar Speaker Negeri Perak yang mengantung MB BN serta 6 Exconya malah kuasa yang disalahgunakan oleh Najib semasa merampas Perak dari PR langsung hilang dibawah meja,bila ada saja lapuran berkaitan PR maka cepat sahaja mangkuk-mangkuk ini bertindak,macam lipas kudung dan yang lebih menarik lagi berkenaan laporan oleh DSAI bagaimana pegawai yang bertugas merakam perbincangan antara pengerusi umno Kedah dengan adun-adun Pakatan Rakyat yang cuba di rasuah wang sebanyak rm 5 juta telah ditukarkan dan kes-kes itu di jeruk jadi pekasam buat makanan beruk BN,malah bukan itu sahaja laporan polis juga dibuat kerana ada unsur ugut melibatkan peluru hidup juga dipandang sepi oleh POLIS RAJA DIMALAYSIA.

Bangga sungguh rakyat serta pemimpin BN bila slogan Malaysia Boleh diumumkan,maka semuanya boleh berlaku,boleh cemerlang,boleh gemilang,boleh juga terbilang dan yang paling boleh temberangggggg,woi mangkuk berapa lama kau orang nak jadi lembu lah sedar-sedarlah,yang kena sumpah kau orang juga tak kan lupa kata-kata ni:sumpah rakyat sumpah keramat,pemimpin BN gelak ketawa kau orang menderita dek kena sumpah. . . . . . .

Khamis, 19 Februari 2009

APA KE JADAHNYA SPR NI?

SPR=Suruhanjaya Pilihanraya ataupun Suruhanjaya Penjaga Rasuah apa pun difinasi serta pandangan masing-masing aku percaya ramai masyarakat memandang bahawa SPR ini adalah badut yang diberikan jawatan agar menjaga kerja jahat tuan-tuan mereka semasa pilihanraya,baru-baru ini di Perak bila Speaker DUN Perak mengumumkan bahawa ada 2 adun telah mletakkan jawatan dengan menyerahkan surat maka SPR ini juga lah yang mengatakan bahawa surat tersebut tidak boleh diguna pakai,besar sungguh jawatan badut-badut ini mengalahkan Speaker DUN yang berkuasa penuh dalam Dewan Undangan Negeri,malah kelibat mangkuk-mangkuk hayun yang bakal dijadikan kayu api bila tiba saatnya ini seperti hakim-hakim menjatuhkan hukuman lupa siapa mereka sebenarnya.


Hari ini khabarnya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat,Azmin Ali mempertikaikan bagaimana SPR boeh membuat kenyataan bagi pihak Istana mengenai Exco Selangor Elizabeth Wong mengenai perletakan jawatan beliau sedangkan isu itu masih belum selesai kerana MB harus mengumumkan kepada baginda Sultan Selangor yang sekarang masih di luar negara.Pengerusi SPR mengatakan bahawa pilihan raya kecil bakal diadakan serentak di 3 bukit sekiranya terdapat kekosongan bagi kawasan tersebut dan buat masa ini pihaknya masih belum menerima perletakan jawatan tersebut cuma katanya beliau menerima sms memberitahu akan berlakunya PRK,bagi aku yang kerdil ini sebagai pegawai yang di pertanggungjawabkan maka dia haruslah menunjukkan sikap berkecuali malah nampak gayanya melebihi kepada kerajaan sedia ada sekarang,yang mungkin menjadikan persoalan sekarang bagaimana dengan mendapat sms sahaja beliau boleh bersangkaan begini sedangkan semasa di Perak penafian PRK dilakukan terhadap PR,malah sekarang kelibat pengerusi baru ini lebih teruk dari yang lepas-lepas.


Nampak gayanya rakyat bukan sahaja berperang dengan BN malah POLIS,FRU,KEHAKIMAN,ISA,SPR dan banyak lagi yang tersenarai harus dihadapi dan SPR adalah sayap BN yang secara tidak langsung banyak menyumbang kemenangan tipu BN malah hubungan baik antara mereka sudah terdedah tetapi dah dasar roh mereka sama apa pun boleh dilakukan dan perhatian segera sekiranya tidak dilakukan reformasi dalam SPR ini maka ramailah anak-anak yang makan dari sumber tidak halal kerana sekarang wang lebih penting dari nilai agama itu sendiri. . . . . .

Rabu, 18 Februari 2009

KRISIS DI PERAK,ORANG UMNO PUN MARAH

Ketulahan kata orang banjar,hukum karma lah tu,hari ini petang rasanya ramai yang cuba mencari berita terkini mengenai situasi di Perak melalui laman-laman blog yang popular,mungkin blog pro PR sahaja yang memberikan info berkenaan kes ini dimana MB BN serta 6 EXCO telah digantung dari menghadari sidang dewan dun,bagi MB BN Datuk DR Zambry Abdul Kadir telah digantung selama 18 bulan manakala 6 ecxonya selama 12 bulan keputusan ini diumumkan sendiri oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri selesai bersidang petang tadi,turut di panggil dalam siasatan dalam perkara 72(3)Perintah Tetap Dun Perak adalah 2 wartawan akhbar dari THE STAR dan SIN CHEW DAILY dengan pengantungan 7 ahli dewan dun BN ini maka sekarang dewan undangan negeri Perak berpihak kepada Pakatan Rakyat begitu pun apa yang bakal terjadi ia akan sama dirasai oleh penyokong kedua pihak.


Khabarnya juga adun yang melompat ke PKR tetapi dalam 10 hari telah melompat kembali ke Umno setelah diculik kata ceritanya juga berkemungkinan akan meletak jawatan,malah oku adun Jelapang juga pun dengar ceritanya juga akan meletakkan jawatan beliau,inilah episod fikir tak sudah,Najib dengan gaya heronya bakal menjadi ZERO sedikit masa lagi,sudahlah makian serta sumpah seranah tidak habis lagi kini sumpah dari ahli Umno bakal diterima oleh anak Razak ini malah perbuatan begini sebenarnya mematikan politik mereka yang   terpaksa menerima tugas yang sudah tentu mengkuburkan profesion sebagai ahli politik kerana sikap tamak untuk berkuasa malah berkemungkinan Umno Perak akan berpecah disebabkan keBODOHan Najib,sekiranya lagi DUN PERAK akan dibubarkan maka bertambahlah teruk lagi ekonomi dikerjakan oleh Najib dimana sudah tentu banyak wang yang akan digunakan untuk merampas negeri Perak ini dari Pakatan Rakyat malah masih ada 1 lagi PRK parlimen Bukit Gantang yang akan dijalankan di Perak,1 PRK di Kedah,1 kemungkinan di selangor yang harus dihadapi ini semua harus menggunakan wang yang banyak,malah Najib yang kini Menteri Kewangan bakal menghadapi masa-masa bergembira. . . . . . . 


Hakikat yang tidak nampak oleh sebahagian ahli Umno adalah semua ini terjadi disebabkan sikap TAMAK pemimpin mereka,siapa mereka fikirlah sendiri cuma aku nak bagi hint kalau dahulu siapa penyelamat bagi Mahathir selepas UMNO diharamkan tahun 1993 dan menggunakkan kuasa dengan hakim semua di sepak terajang maka Umno baru ditubuhkan,setelah 5 tahun berlalu wira ini diaibkan dengan isu liwat serta salahguna kuasa,bila reformasi bergema ramai melayu yang keluar dari Umno  berhijrah,Mahathir bermuridkan Najib yang menjadi kepercayaan Mahathir sehingga kini walaupun PM nya adalah Paklah malah orang kepercayaan Mahathir ini jugalah yang sedikit masa lagi yang akan menghancurkan UMNO baru serta memalukankan Mahathir serta ahli-ahli yang lain,bayangkanlah yang hidup dengan cari makan dengan bertuankan umno sudah tentu marahnya tidak keruan malah mungkin ada yang jadi lebih teruk seperti KHIR TOYO yang gila meroyan dan gila pangkat,Najib nasib lah kau kalau tak kena baling dengan selipar maupun terompah oleh penyokong sendiri.

MAHATHIR! JADI KE PAKLAH SERAH JAWATAN?

Ambil berat sungguh bekas PM kita(Mahathir) ni berkenaan serahan jawatan presiden UMNO kepada Najib yang akan berlaku pada bulan march ini,sangsi sunguh beliau maklumlah tempoh tu cuma tinggal 6 minggu lagi apa pun boleh terjadi,bagi aku apa pun semua ini adalah dalam keluarga UMNO jadi ke tak jadi aku pun macam ini juga,begitu juga lah mereka yang di luar sana lebih-lebih lagi mereka yang menyokong PR sama juga lah nasib mereka,selagi berkerajaan kan BN kena lah panjangkan akal untuk terus berjuang.Bagaikan matermind Mahathir seperti tahu apa yang bakal terjadi, bagaimana kah sikap mereka-mereka di tingkat 4,tahu cara untuk mengawal ahli-ahli sekiranya benda ini terjadi iaitu peralihan kuasa benar-benar terjadi mau pun tidak,dia juga dikenali sebagai orang penting dalam mempercepatkan peralihan kuasa kepada Najib yang sepatutnya berlaku tahun 2010.



Bagi aku sejak Mahathir ambil alih kuasa sehinggalah paklah semuanya menunjukkan graf menurun,Mahathir dengan diktatornya zalim terhadap pemimpin pembangkang,rakyat janganlah cerita kalau lawan ISA jadi tempat kediaman,rasuah bermula,salahguna kuasa bermaharaja lela,badan kehakiman jadi urusan lingam korek,korek,korek,polis sudah jadi sedia berkhidmat untuk BN dan Mahathir sahaja dan yang lainnya jangan cerita lah semuanya condong kepada menjahanamkan lagi negara,paklah pula dengan cemerlang,gemilang dan terbilangnya yang orang dok sibuk kata dia kuat tidur dan yang memerintah negara ini adalah menantunya si Khairi laki nori,dan anak lelakinya cuma pandai memaksa bapaknya membantu mengkayakan mereka dengan segala projek dapat dimiliki oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh beliau sehinggakan rakyat nak jenguk jauh sekali,rupanya bukan sahaja rakyat kena TEMBERANG oleh pelakuan paklah tapi Mahathir pun kena temberang dengan paklah yang kononnya MR.CLEAN.....TONG.


Najib yang kononnya diura-urakan akan mengantikan paklah sedikit masa lagi mempunyai reputasi yang sangat luar biasa,sehinggakan nama bapaknya sudah jauh ditinggalkan,nampaknya UMNO BARU ciptaan Mahathir ini semenjak keluarnya bapa reformasi DSAI maka telah hilanglah pemimpin yang berwibawa,seperti roda turun dan naiknya roda itu begitu jugalah dengan UMNO ini,Mahathir menggunakan Anwar untuk kekal berkuasa serta berpengaruh,dan Mahathir juga lah yang menggunakan Najib untuk menjatuh dan menghancurkan UMNO itu,tetapi sebab pintu mata hati telah ditutup maka semua ini tidak nampak didepan jalan oleh orang-orang UMNO semua,kini sebut sahaja nama Najib semua orang akan menyumpah seranah,ini kah pilihan pemimpin yang hendak memimpin rakyat,Umno ini layak bagi BNatang sahaja yang pimpin mereka sebab perangai pun dah sama jadi sesiapa yang sanggup berpimpinkan BNatang silalah sokong UMNO ni. . . . . . . . . .


Politik sebenarnya merangkumi lebih separuh kehidupan di dunia,kerana dengan politik seseorang boleh berkuasa,mengumpul harta,pangkat,kawan baik dan jahat,dan politik dengan berpandukan agama adalah politik yang cantik sebenarnya tapi cuma sedikit yang mengamalkan politik beragama,tapi ada orang yang cuma mengamalkan sikap kronisme iaitu menjaga ahli politik ini sahaja pun boleh berkuasa sebenarnya dan itu lah yang digelar puak zionisme yang melabur masa pilihanraya dan sewaktu dengannya dengan bermodalkan wang,kuasa akan datang kemudian dan sekarang ini ramai puak zionisme sudah mula beralih arah maka untuk mempertahankan kejatuhan BN maka sifat BNatang perlulah dilakukan dan secara tidak langsung akan adanya PENYEBAB dan SIAPA YANG MENYEBAB kini semuanya hampir terjawab,kita ada mata,telinga,mulut dan ada otak kita pikirlah sendiri . . . . . . . . . .

Selasa, 17 Februari 2009

SUMPAH RAKYAT YANG KERAMAT

Selalu sangat disumpah seranah maka kini segala tingkah laku serta perbuatan nya juga seperti telah disumpah maka begitulah yang terjadi dengan pemimpin Umno hari ini,malah kerja mereka pun telah dikategorikan dengan kerja jahat,perangai serta sikap yang hina malah semua perbuatan mereka kini boleh dianggap macam celaka,bukan sahaja anggapan itu keluar dari pandangan DSAI tetapi ia juga keluar dari masyarakat lainnya malah mereka yang berprofil tinggi dalam bidang kehakimam juga menuruti sikap begini dan ini lah mungkin kerana sumpahan serta cemuhan yang dirasai oleh mereka menjadi kenyataan dari mereka-mereka yang dizalami oleh sistem undang-undang buatan sendiri.


Buatlah kejahatan apa pun,tutup lah dengan pembohongan,lakukan lah rasuah ,salahgunakan lah kuasa yang ada,malah buat suka apa pun sekarang ini semuanya pasti selamat kerana ini adalh masa dunia kamu,tapi ingat dosa-dosa terhadap rakyat apa pun jawatan-jawatan kamu pasti akan dibalas juga,karma dunia itu pasti hukuman akhirat juga pasti,selagi karma dunia masih tidak menghampiri larilah sejauh manapun ia tetap datang cuma siapa yang menjadi bahan bakarnya dan siapa yang menjadi bahan pembakarnya kita pun tidak tahu,kerana kezaliman terhadap agama islam sendiri,ulama-ulama,tuan guru serta pemimpin islam,masyarakat sejagat pastinya hukuman balasan yang dijanjikan semuanya sama.Siapa kita untuk mempertikai hukum ALLAH,tapi jika semua itu masih tidak menyedarkan maka sumpah rakyat akan jadi sumpah keramat dan kini ia telah menampakkan sumpahannya. . . . . . . .

3 BUKIT 3 NEGERI PRK LAGI

Hari ini khabarnya adun bukit lanjan sudah menawarkan perletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat kawasan disitu kerana kes berkenaan gambar bogel beliau yang diambil semasa sedang tidur,apa pun tindakan beliau yang mahu meletakkan jawatan adalah satu keputusan yang baik dan jika itu lah yang di minta oleh Khir Toyo maka permintaan sudah dilaksanakan tapi bagi rakyat negeri Selangor juga berharap sikap moral ini dapat di ikuti oleh khir kerana kes-kes beliau yang sedang disiasat oleh kerajaan negeri Selangor dan kalau lah seorang perempuan berani mengambil tanggungjawab mengapa jantan seperti Khir ini TIDAK BERANI melakukannya.


Jika SPR mengumumkan adanya pilihanraya kecil di bukit lanjan ini maka akan terdapatlah PRK di 3 Bukit  di 3 Negeri dan bertambahlah episod BN melabur di setiap PRK ini,Bukit Gantang di Perak cuma berlainan wakil sebab ia akan memilih ahli Parlimen,sementara Bukit Selambau dan Bukit Lanjan adalah bagi DUN apa pun bakal terjadi bagi rakyat ini adalah masa untuk kita melihat sejauh mana pemimpin BN akan melakukan pekerjaan mereka,mungkin bagi Parlimen di Perak BN akan melantik mereka yang berprofil tinggi dalam BN,begitu jugalah di Kedah Bukit Selambau mungkin pengerusi umno Kedah akan diberikan tangungjawab tersebut,malah di Selangor kemungkinan ramai juga mengharapkan agar si Khir ini diberikan tanggungjawab jadi boleh lah di gunakan PRK ini sebagai tangga untuk di dipilih menjadi ketua pemuda umno tapi rasanya Umno Selangor tidak akan berani meletakkan si Khir ini kerana rakyat sudah tahu siapa sebenarnya si JAWA yang memalukan bangsa JAWA nya sendiri.


Inilah masanya untuk BN mengetahui sejauh mana mereka masih diterima oleh masyarakat dan ia juga menjadi medan PR untuk mempertahankan kemenangan yang dimiliki semasa PRU12 dan sekali gus membuktikan bahawa PR kini adalah pilihan rakyat dan dengan menjadikan 3 BUKIT ini sebagai BUKTI bahawa kebangkitan rakyat sudah melepasi usia tidurnya pimpinan UMNO selama lebih sedekat lalu dan telah meninggalkan kapal yang hampir karam di pukul karma dunia,bagi BN mereka perlu ingat bahawa 3 BUKIT 3BUKTI  yang perlu mereka terima. . . . . . . . .

Isnin, 16 Februari 2009

ANTARA KHIR DAN ELIZEBETH SIAPA YANG PATUT LETAK JAWATAN

Hari ini malam baru buka laptop selepas balik dari dialisis tengahari tadi dan adik ada call tanya sudah baca ke cerita-cerita dalam blog dan apa perkembangan baru dan kisah yang tak perlu kita sibuk sangat cuma si Khir sahaja yang beria-ia maukan Elizebeth meletakkan jawatan beliau selaku exco serta adun Bukit Lanjan kerana tersiar gambat separuh bogelnya semasa beliau sedang tidur kemungkinan dicuri ambil oleh bekas teman lelakinya semasa berkawan dahulu,apa pun masalah mereka berdua biarlah pihak polis dan badan-badan yang berkaitan yang uruskan dan pada pandangan aku lah yang beragama islam dan beliau adalah bukan tanggungjawab kita sebab berlainan agama,kalau nak sebutkan perihal moral ttidur berbogel atau pun separuh bogel adalah hak peribadi semata-mata.


Khir Toyo dengan rasa megah serta sikap sombongnya mahukan Elizebeth ini meletakkan jawatan selaku exco serta adun kerana kononnya sikap yang tidak bermoral . . . .pi rah kaduk naik junjung si Khir ni sibuk dok jaga salah orang tapi dia ni mana nak sedarnya kesalahan serta penipuan yang dia lakukan semasa menjadi MB selama 8 tahun lepas,sepatutnya dia menjadi orang PERTAMA yang meletakkan jawatan sebagai adun kalau sebut soal moral,bukan rakyat lupa dan tak tahu apa semua benda yang dia lakukan semasa menjadi MB dulu itu yang dia sebut bermoral khak phuiiii ludahkan kat muka dia baru betul,inilah yang dinamakan gila meroyan bodoh sombong rakyat selalu kena kelentong la ni macam orang gila talak . . . . . . . 


Khir jadi manusia jangan sombong,bukan Khir sahaja yang lain pun sama gak,hidup manusia ini masih di atas para-para lagi kita tak tahu apa yang bakal terjadi masa depan,ketentuan dan ketetapan yang berlaku seharusnya mengajar kita erti takdir kehidupan dan kita boleh menukarkan ketetapan serta ketentuan itu sekiranya diri kita sudah dibukakan hati dan mindanya dan hakikat yang sangat menyakitkan UMNO BN adalah ramai yang telah dibukakan hati dan minda mereka dan mereka memilih perubahan dan meninggalkan UMNO BN sendiri dalam pepecahan dan satu persoalan antara Elizebeth dengan Khir siapa yang sebenarnya perlu meletakkan jawatan demi moral??????

Ahad, 15 Februari 2009

SPR BERROHKAN BN

SPR memang diketahui sejak dulu pun adalah sebahagian daripada kerabat BN dan sehingga kini mereka yang bertukar ganti di dalamnya adalah roh yang sebenarnya dari kalangan BN dan umno adalah parti melayu yang mereka ahlinya,maka adalah mustahil mereka-mereka ini akan berpaling dari BN kerana dari situlah segala pangkat serta kemewahan dapat dikecapi dengan mudah.SPR yang kononnya adalah sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ramai orang mengambarkan sebaliknya dimana ramai orang menjustifikasi kan ia sebagai suruhanjaya yang tidak telus dalam hal berkaiatan pilihanraya sehinga pihak pemerhati luar pun tidak percaya kredibiliti badan ini tetapi semua pandangan ini dilihat sepi oleh mangkuk-mangkuk dalam SPR.


SPR sebut apa sahaja semuanya ia akan memastikan tekanan terhadap pihak pembangkang,walaupun sebenarnya BN dan PR adalah pembangkang di dalam Malaysia cuma BN di pusat menjadi kerajaan dan PR di 5 negeri itu pun 1 negeri dirampas dan di rompak oleh BN yang diketuai oleh Najib dan kini bila 2 kekososngan berlaku 1 di parlimen dan 1 lagi di dun menjadikan SPR kini perhatian semua pihak dan setelah mesyuarat mereka telah mengistiharkan bahawa PRK di kedua tempat ini dijalankan serentak dimana penamaan calon akan dijalankan pada 29 mac dan pilihanraya akan diadakan pada 7 april hampir 60 hari seperti mana yang ditetapkan undang-undang dan ini adalah yang PERTAMA berlakunya PRK yang jaraknya 58 hari dan juga SPR telah mencipta sejarah mereka.


Alasan-alasan yang diberikan oleh SPR ini semuanya kelihatan seperti pembohongan biasa yang dilakukan setiap kali adanya PRK dan alasan-alasan itu sudah lali bagi rakyat terutamanya dari PR sehinggakan mencetuskan budaya baru dalam minda masyarakat kerana tiada SPR maka tiadalah pembohongan dan kini SPR sinonimmya adalah sebuah pertubuhan yang hidup atas sifat pembohongan dan ramai juga percaya dan merasakan bahawa SPR ini adalah sebahagian ROH BN sebenarnya dan pegawai-pegawai di dalam nya semua bertuankan BN,dan apa pun alasan mereka ini  akan lebih banyak dipertikaikan dari menerima dan itu lah sebenarnya SPR ini ditubuhkan semata-mata menjaga penipuan serta rampasan kuasa melalui cara tidak beretika politik BN dan ramai juga rakyat menyumpah seranah serta berdoa agar mereka-mereka di dalam itu di tuntut dosa-dosa pembohongan yang dilakukan terhadap masyarakat dibalas di akhirat nanti,alangkah ruginya hidup mereka -mereka yang berjawatan songsang dalam SPR ini selagi tiada keampunan dari rakyat yang ditipu serta dizalami maka ada lagi karma akhirat yang perlu dihadapi. . . . . . . . .

Sabtu, 14 Februari 2009

PERAK SEMAKIN PANASSSSSSSSSSS

Cerita dan berita ini memanaskan lagi keadaan di Perak dimana kerajaan BN haram di Perak mungkin akan bertahan sedikit masa lagi kerana mereka -mereka ini akan dihadapakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun di PERAK dan kerajaan BN juga akan menghadapi kes mahkamah setelah pimpinan kerajaan PR di Perak telah menyaman mereka-mereka ini serta injuksi mahkamah yang difailkan oleh MB Mohd Nizar yang menggunakan peguam tersohor Raja Aziz Idrus serta 12 peguam yang lain menjadikan BN di Perak akan mengalami sindrom pupus seperti apa yang telah diperkatakan oleh bekas PM Dr.Mahathir dan Tengku Razeliegh sendiri mengenai cara Najib melakukan perbuatan memalukan di sana.


Bukan itu sahaja dimana BN terpaksa melalui speker Dun sebelum kuasa dapat dirampas ketangan mereka kerana speker sekarang di pegang oleh V.Sivakumar dari DAP adun Tronoh dan kini speker tersebut telah mengeluarkan saman terhadap MB BN serta 6 exco mereka dan sekiranya mereka-mereka ini tidak hadir maka sebagai speker dun V.Sivakumar boleh mengeluarkan perintah menangkap MB BN serta exco-exco ini,dan kemungkinan untuk mengelakkan malu yang lebih besar maka pembuburan dun adalah jalan yang paling sesuai buat mereka di sana.Perak semakin panassssssssssssss. . . . . . . . . . . 

SIAPA RAMPAS DAN GADAI TANAH-TANAH INI?

Sekadar memanjangkan thread ini kedalam blog nyamuk ini agar ia menjadi peringatan kepada kita bahawa ini lah sebenarnya yang BNatang mahu lakukan dan telah lakukan dari dahulu hingga sekarang di mana tanah-tanah kerajaan negeri serta tanah rezab telah dirampas dan digadaikan oleh mangkuk hayun semasa zaman pemerintahan mereka .Izinkan kita mengambil info ini dari blog cyberboron sekadar berkongsi info dan dapat lah ia dikembangkan kepada rakan-rakan yang lain dan di bawah ini  ia adalah petikan dari blog beliau yang di ambil juga dari blog ilham najmi sebenarnya:

Fakta 1

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Perak dianggotai oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ahli-Ahli Exco.

Tiga pegawai kanan kerajaan yang menganggotai MMK adalah pegawai yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Mereka berperanan membimbing dan menasihati Ahli MMK supaya tidak membuat keputusan yang melanggar atau bercanggah dengan perundangan negara dan negeri.

Oleh itu semua keputusan yang dibuat adalah melalui proses menyeluruh dan merujuk kepada ketiga-tiga pegawai kanan kerajaan itu.

Fakta 2

Permohonan hal ehwal tanah, hasil bumi, perlombongan, pelaburan dan lain-lain yang berkenaan, adalah dirujuk kepada Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan. Ketua-ketua jabatan ini akan menasihati MMK dalam membuat keputusan.

Fakta 3

Setiap kali sebelum mesyuarat Exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan sebarang permohonan, akan dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak atau DYTM Raja Muda Perak.

Setiap keputusan mesyuarat Exco juga dipersembahkan kepada DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda berserta minit mesyuarat.

Oleh itu semua fitnah mengenai Pakatan Rakyat 'gadai tanah kerajaan' kepada bangsa Cina adalah tidak berasas. Tuduhan itu hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan individu yang melemparkan tuduhan itu sendiri.

Dengan keanggotaan tiga Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan penglibatan langsung semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri maka setiap keputusan mesyuarat Exco adalah menepati kehendak undang-undang negara dan negeri secara menyeluruh.

Melalui prosedur sembah maklum untuk perkenan DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda bagi semua kertas untuk kelulusan atau penolakan permohonan tanah, serta prosedur rujukan kepada semua Ketua Jabatan Teknikal Negeri untuk siasatan dan cadangan berhubung permohonan mana-mana tanah, maka fitnah 'gadai tanah' itu tidak berasas langsung.

Komitmen kepada undang-undang dan ketelusan proses kelulusan/penolakan itu juga dikukuhkan dengan prosedur sembah maklum keputusan berserta minit mesyuarat Exco ke bawah DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda.

Fakta 4

'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalah jenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan Melayu di Pulau Pinang, sebahagian Pulau Langkawi dan sebahagian Pulau Pangkor juga adalah 'jasa' kebijaksanaan khianat Melayu jenis UMNO. Selain itu ratusan ribu ekar tanah rezab Melayu di merata ceruk tanahair turut menjadi mangsa 'mati pucuk' jiwa Melayu pemimpin UMNO.

Fakta 5

Senarai sebahagian rekod kebaculan kerajaan UMNO menggadaikan tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu ke tangan gergasi perniagaan kaum Cina dan syarikat asing:

i. 2,000 ekar tanah kerajaan di Lekir dalam daerah Manjung diberikan kepada gergasi perniagaan milik tauke Cina (KLK).

ii. 5,000 ekar tanah rezab Melayu di Beruas dalam daerah Manjung diserahkan kepada syarikat milik warga asing (United Plantation).

iii. 1,500 ekar tanah kerajaan di Bandar Baru Kampar diberikan kepada MCA untuk pembinaan kampus UTAR.

iv. 12,000 ekar tanah kerajaan di Cold Stream Bikam Bidor diberikan kepada pengusaha pertanian kaum Cina.

v. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong di Padang Rengas dalam daerah Kuala Kangsar diserahkan kepada YTL oleh kerajaan UMNO.

vi. Ratusan kes lain melibatkan keluasan sederhana dan ribuan kes melibatkan keluasan kecil di seluruh negeri Perak telah tergadai sepanjang 50 tahun UMNO menguasai Perak.

Fakta 6

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berjaya menghentikan skandal 'gadai tanah' kerajaan di beberapa lokasi komersial di Ipoh, Taiping, Bidor, Kinta dan Perak Tengah yang dijanjikan oleh pemimpin UMNO kepada taikun-taikun besar Cina menjelang pilihanraya umum 2008 kerana sebab-sebab yang mencurigakan. Kerajaan Pakatan Rakyat menghalang rancangan itu sebaik sahaja mendapat mandat pada pertengahan Mac 2008.

Fakta 7

Ketetapan memberikan hak milik selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru (bangsa Cina), Kampung Tersusun (bangsa Melayu dan India) dan Kampung Adat (orang Asli) adalah janji PAS dalam manifesto untuk pilihanraya ke12. BUKAN janji DAP!

Fakta 8

Kampung Baru - bangsa Cina - 47,000 hak milik
Kampung Tersusun - bangsa Melayu - 102,000 hak milik

ulangan tulis : ( CINA 47,000 -//- 102,000 MELAYU )

Dengan pemberian hak milik selama-lamanya kepada penduduk Kampung Baru ini, Kerajaan negeri Perak akan memperolehi tambahan revenue kerana kenaikan kadar premium tanah tersebut. Anggaran bayaran premium yang akan diperolehi oleh kerajaan ialah antara RM300 juta - RM450 juta.

Nilaian tanah itu juga akan meningkat kepada RM1.6 billion di pasaran. Dengan status hak milik selama-lamanya itu, pemilik boleh mendapatkan pembiayaan yang tinggi jumlahnya daripada institusi kewangan dengan mencagarkan tanah tersebut. Hal ini akan merangsang pembangunan penempatan yang lebih sempurna di Kampung Baru dan merancakkan aktiviti ekonomi.

FIKIR - FAHAM - SEBAR !

TOL NPE DIMANSUHKAN

Hari in kerajaan mengumumkan kutipan tol Petaling Jaya Selatan 2 arah Kuala Lumpur,Lebuh Raya Pantai Baru(NPE)DIMANSUHKAN  berkuat kuasa serta merta oleh menteri yang bertugas menjaga kerja raya dan sememang pun tol di situ sepatutnya langsung tidak diadakan kerana menyusahkan rakyat juga,sudahlah kos binaan itu pun di tanggung oleh rakyat malah untuk menjaga kroni rakyat juga harus membayar tol tersebut,terang-terang membodohkan rakyat.Bukan sahaja tol di situ tapi tol disemua tempat juga harus dihapuskan sementara menghadapi okonomi krisis ini tapi dah dasar BNatang  ini jaga poket serta krono  sendiri maka rakyat lah kena berkorban dan dikorbankan.


Tol ada lah satu tindakan yang tidak sangat membantu masyarakat umpama merompak waktu siang depan mata,yang merompak sudahlah kaya raya rakyat jadi mangsanya,eloklah tu yang banyak menyedarkan rakyat bahawa siapa disebalik kutipan tol tersebut lagi banyak tol dibina lagi ramailah yang menyumpah seranah lagilah banyak dosa kepada masyarakat yang pemimpin ini akan bawa disana nanti.Patut lah tempoh hari puak umno mengadakan piket depan tol tu kerana mereka sudah tahu yang kerajaan memang nak menghapuskan tol ini dan minta rakyat beranggapan bahawa mereka lah sebenarnya berjaya menghapuskan kutipan tol ini,rakyat bukan tido lah tahu ini semua mainan mereka yang dah nak tutup buka sedikit masa lagi,apa-apa pun ini adalah permulaan yang baik  untuk kita meneruskan perjuangan hapuskan tol hapuskan juga sitolol. . . . . . . . .

Jumaat, 13 Februari 2009

MARAH SANGAT TEKANAN DARAH TINGGI

Semenjak krisis di Perak sehinggalah kini tekanan darah tinggi aku seperti menunjukkan yang ia juga merasa marah kerana kejadian rampasan kuasa yang berlaku di sana walaupun aku telah mengambil ubat tekanan darah tinggi untuk mengawal tekanan itu tetapi nampaknya ia seperti bersama hati-hati yang sakit diluar sana baik lelaki maupun perempuan.Memang sejak dari itu hati ini serta perasaan nya bukan lagi boleh dikawal ada sahaja yang nak dimarahi,silap sikit dah macam lupa diri,tapi oleh kerana kawan-kawan lain dalam alammaya juga merasakan perasaan yang sama dan masing-masing cuba menghiburkan sesama sendiri maka kesakitan hati ini dapat dikurangkan sedikit tapi tekanan tetap tinggi juga dan setiap kali lepas habis rawatan dialisis kalau sebelum kejadian itu tekananya adalah cantik moderate 120/80 pulse 70,tapi semenjak kejadian itu aku punya BP mendadak dan setiap kali habis ia akan menjadi 150/106 pulse 84 kerana gara-gara marah dan banyak minun kopi "O" kaw tanpa gula.


Aku rasa bukan aku sahaja yang BP nya naik mendadak ramai lagi yang kat luar sana terutamanya orang Perak,aku ni orang Selangor isteri orang Perak,Sungai Manik orang banjar yob,tu yang aku suka dok layan al-banjari online tu,mum anak 3,perisik rakyat dan banyak lagilah lagi pun orang sakit macam aku tak ada kerja ni lah yang aku boleh lakukan lagi pun adik beradik aku semuanya kaki reformasi,jadi dapat lah sikit sokongan dari dia orang belikan laptop buruk boleh lah aku guna sedaya mungkin membantu apa yang boleh kerana mati sudah pasti hidup insyaallah selagi ada kekuatan berjuang terus berjuang nanti bila izrael dah memanggil bawalah apa yang kita lakukan didunia untuk kiraan disana.


Terbaca kisah PRK yang akan dijalankan pada 7 april dan pencalonan pada 29 mac,semacam SPR juga memainkan peranannya sekarang bagikan namanya suruhanjaya penipu rakyat maka begitu lah sikap pegawai yang diamanahkan lagilah membuatkan sakit hati ini bertambah-tambah seperti BN UMNO adalah tuan kepada SPR ini hakikatnya bila roh jahat dah mula masuk kedalam diri maka begini lah jadinya semuanya disebabkan wang,wang,wang,wang dan wang.Orang sihat guna wang,sakit guna wang,mati guna wang,tidur guna wang,makan-minum guna wang,harga diri pun guna wang,dan janji tuhan juga dia berikan 1 gunakan 1 ini untuk mendapatkan 7 disana nanti tapi kebanyakan orang bila mendapat 1 ini maka hilanglah 7 yang sepatutnya diusahakan kerana berajakan duniawi. . . . . . . . . . .