Isnin, 16 Februari 2009

ANTARA KHIR DAN ELIZEBETH SIAPA YANG PATUT LETAK JAWATAN

Hari ini malam baru buka laptop selepas balik dari dialisis tengahari tadi dan adik ada call tanya sudah baca ke cerita-cerita dalam blog dan apa perkembangan baru dan kisah yang tak perlu kita sibuk sangat cuma si Khir sahaja yang beria-ia maukan Elizebeth meletakkan jawatan beliau selaku exco serta adun Bukit Lanjan kerana tersiar gambat separuh bogelnya semasa beliau sedang tidur kemungkinan dicuri ambil oleh bekas teman lelakinya semasa berkawan dahulu,apa pun masalah mereka berdua biarlah pihak polis dan badan-badan yang berkaitan yang uruskan dan pada pandangan aku lah yang beragama islam dan beliau adalah bukan tanggungjawab kita sebab berlainan agama,kalau nak sebutkan perihal moral ttidur berbogel atau pun separuh bogel adalah hak peribadi semata-mata.


Khir Toyo dengan rasa megah serta sikap sombongnya mahukan Elizebeth ini meletakkan jawatan selaku exco serta adun kerana kononnya sikap yang tidak bermoral . . . .pi rah kaduk naik junjung si Khir ni sibuk dok jaga salah orang tapi dia ni mana nak sedarnya kesalahan serta penipuan yang dia lakukan semasa menjadi MB selama 8 tahun lepas,sepatutnya dia menjadi orang PERTAMA yang meletakkan jawatan sebagai adun kalau sebut soal moral,bukan rakyat lupa dan tak tahu apa semua benda yang dia lakukan semasa menjadi MB dulu itu yang dia sebut bermoral khak phuiiii ludahkan kat muka dia baru betul,inilah yang dinamakan gila meroyan bodoh sombong rakyat selalu kena kelentong la ni macam orang gila talak . . . . . . . 


Khir jadi manusia jangan sombong,bukan Khir sahaja yang lain pun sama gak,hidup manusia ini masih di atas para-para lagi kita tak tahu apa yang bakal terjadi masa depan,ketentuan dan ketetapan yang berlaku seharusnya mengajar kita erti takdir kehidupan dan kita boleh menukarkan ketetapan serta ketentuan itu sekiranya diri kita sudah dibukakan hati dan mindanya dan hakikat yang sangat menyakitkan UMNO BN adalah ramai yang telah dibukakan hati dan minda mereka dan mereka memilih perubahan dan meninggalkan UMNO BN sendiri dalam pepecahan dan satu persoalan antara Elizebeth dengan Khir siapa yang sebenarnya perlu meletakkan jawatan demi moral??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan