Ahad, 8 Februari 2009

UMNO,MEDIA BUTA DAN BODOHKAN RAKYAT

Masih lagi panas dengan isu-isu di Perak dan tumpuan masyarakat lagi terhadap perkembangan di sana dan setelah membaca perutusan dari MB DS Mohd Nizar yang menyatakan bahawa beliau masih lagi menjadi MB yang sah kerana perkara 16(6) menurut undang-undang perlembangaan negeri menyatakan bahawa "lucut" jawatan hanya boleh dilakukan dengan 3 kaedah iaitu:
1)pembuburan dewan undangan negeri
2)undi tidak percaya dalam sidang khas dewan undangan negeri
3)meletak jawatan secara sukarela
Yang pastinya 3 kaedah ini masih belum terjadi maka perlantikan MB dari BN adalah haram dan jawatan beliau adalah tidak sah diguna pakai.


Secara tidak langsung ini juga menunjukkan bahawa Umno adalah buta undang-undang serta tabir urus negeri tapi mengaku mereka ini pandai dan perbuatan mereka adalah sah mengikut undang-undang ciptaan mereka sendiri dan salahguna kuasa terhadap Sultan adalah sebahagian dari Umno juga yang kita masih ingat bagaimana bekas PM ke4 menggunakan kesempatan mengurangkan kuasa Raja-Raja suatu masa dulu.Hakikatnya Umno masih lagi tidak berubah dan pasti tidak boleh berubah kerana mereka sudah menjadi BUTA MATA BUTA HATI tapi masih ada lagi manusia suka hati terhadap Umno ini.Mengapa Umno menjadi berani begini kerana media dibelakang mereka apa yang mereka lakukan akan disokong kuat oleh media sehinggakan membohong serta cuba membodohkan masyarakat menjadi peraturan etika media sekarang.


Media sekarang adalah media yang dimiliki oleh mereka yang berkepentingan dalam parti dan yang pastinya sang editor adalah mereka yang bertanggungjawab terhadap sebarang artikel yang bakal dikeluarkan dan editor ini adalah orang suruhan pimpinan parti maka sudah tentulah menjaga periuk nasi menjadi keutamaan mereka yang bergelar editor.Dengan cerita-cerita serta berita yang dikeluarkan setiap hari menunjukan ketaksuban terhadap kerajaan BN maka secara tidak langsung segala perbuatan BN yang salah cuba di sorok oleh akhbar malah dengan memutarkan cerita dan berita mengenai pihak lawan menjadi agenda UMNO DAN MEDIA  2 kuasa yang cuba membuta dan membodohkan rakyat.Siakap senohong gelama ikan duri,cakap dan berita bohong lama-lama makan diri ini lah pepatah yang sekarang melanda umno dan media dan kita sudah melihat apa yang terjadi. . . . . . . .


Sekarang masa alam cyber bukan tahun 70an yang rakyat masih lagi berusaha mencari kesenangan,manusia berubah anak-anak muda telah dibuka minda mereka dengan pembelajaran cara alaf baru pengunaan internet juga banyak mempengaruhi pendidikan malah pengunaan internet juga banyak diserapkan kedalam pentadbiran pejabat maka segala kemudahan serta pendedahan begini telah mengubah sikap masyarakat dan kini dengan jaya nya kebanyakan masyarakat menggunakan kemudahan internet untuk mencari berita dengan 
cepat dan secara tidak langsung dapat membezakan berita dari akhbar serta dalam internet dan
 juga menyedarkan masyarakat bahawa siapa yang benar siapa yang bohong,yang pasti sebahagian besar masyarakat cyber lebih mempercayai blogger dari akhbar tempatan maka cubaan umno serta media cuba menbuta dan menbodohkan masyarakat memakan diri mereka sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan