Ahad, 22 Februari 2009

TERBUKTI UMNO BERTUANKAN BRITISH

Umno kini semakin terdesak kerana isu di Perak masih menghantui mereka,maka kepakaran Sultan Perak  yang dulunya seorang Hakim terbukti bahawa kepandainya hanyalah sekadar melalui buku sahaja umpama tin kosong yang berdegar-degar bunyinya tapi tiada isi sebenarnya bila mana sekarang umno dan Sultan Perak mencari bantuan pandangan serta perundangan di British dimana mereka meminta bantuan dari Queen Counsel berkenan isu politik di Perak,nampak sangatlah bahawa malaun yang menjaga undang-undang negara asalnya adalah dari mereka yang mengamalkan undang-undang rimba maka bila kena batang hidung mereka sendiri barulah mencari tuannya yang sebenar,alasannya bahawa negara kita mengikut undang-undang British maka kenalah pi sana untuk buat semakkan.


Jangan kita lupa bahawa ada lagi seorang raja iaitu Raja Perta Kamarudin yang dikenali sebagai RPK malah kalau mau dikira bahawa ia adalah seorang raja kanan malah mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan Selangor tapi memandangkan bahawa dia bukan pengampu kepada umno maka bila menjadikan Najib sebagai musuh nya maka penjara adalah sebahagian dari hukumannya,malah ini juga membuktikan bahawa semua raja di Malaysia ini bila menjadikan umno tuan mereka segala kerabat mereka dibawah tanggungan rakyat jelata yang terpaksa menangung kehidupan mak nenek suku sakat Sultan-Sultan ini.Sudah tiba masanya agar rakyat sedar bahawa tiada yang lebih besar untuk kita menyembah hanya lah dia yang MAHA AGUNG TUHAN SEKELIAN ALAM kerana sejarah juga mengajar kita malah kelakuan Raja-Raja ini juga banyak yang tidak baik disisi masyarakat ,bagi mereka yang bekerja di sektor perhotelan maka keburukan perangai Raja-Raja ini semuanya di dalam poket,tapi kerana akhbar biasanya disogok melalui editor semua keburukan dapat disorok sehingga matinya mereka.


Apa pun kita tungulah apa yang umno akan lakukan setelah berjumpa tuan mereka disana,mungkin pandangan serta perundangan British masih relevan bagi umno yang mencari talian hayat agar Perak dapar dirampas kembali,pada kawan-kawan blog apa pun cubalah baca posting dari MB Nizar berkenaan sikap Sultan Perak terhadap beliau setelah semua cara telah diterangkan malah MB juga mengingati Sultan melalui buku tulisannya sendiri tapi oleh kerana maukan bertuankan umno maka semuanya dipandang sepi dan inilah sebenarnya Sultan yang bertopengkan pangkat dan wang,patutlah kubur dia orang ni di asing dengan rakyat jelata kalau tidak . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan