Selasa, 10 Februari 2009

UMNO PANGLIMA YANG DERHAKA

Pagi hari di Ipoh sudah menjadikan situasi disana panas hari ini dengan BN dengan rasa bangganya melantik exco untuk kerajaan negeri BN yang haram disisi undang-undang tubuh kerajaan negeri dan menafikan hak rakyat disana dan inilah yang kononnya di panggil pejuang bangsa melayu yang kononnya menjaga kepentingan bangsa melayu amnya.Mengaku sebagai panglima dengan menjaga ketuanan melayu serta raja-raja tetapi hakikatnya dia lah malaun yang menghancurkan bangsa melayu serta menghapuskan kuasa raja-raja suatu masa dahulu


Kini diPerak panglima ini sekali lagi cuba menjuarai kononnya menjaga serta menyokong raja dan mereka adalah pemuda-pemuda yang selalu dibelakang raja-raja sebagaimana kisahnya pada tahun 1992-1993 dimana satu sejarah terjadi dan UMNO lah panglimanya dan semua orang masih mengingati dan akan terus mengingati siapa sebenarnya panglima ini. . . . . . .
Dasar bodoh tak boleh diajar,pandai tak boleh diikut bawa-bawalah sedarkan diri tu makin lama makin hancur bangsa melayu sekarang dibawah panglima ini,dunia semakin maju panglima pun kenalah banyak  berubah jangan ditakuk lama,orang pun dah pandai sekarang ni jangankan orang pekan orang kampung pun sekarang dah zaman cyber dah jauh kedepan.


Hatta sebenarnya panglima ini telah merompak serta merampas sebuah kerajaan negeri PR di Perak jadi untuk menutup segala pembohongan serta sifat BNatangnya mereka-mereka ini maka dipanggilnya pemudawang negara berkumpul kononnya menjaga serta menyokong Sultan pada hal nya mereka-mereka di sana sekadar cuba menjaga kepentingan rampasan kuasa BN terhadap PR maka dengan rampasan ini menunjukkan siapa sebenarnya yang menderhaka kerana Sultan diugut setelah syarikat hak milik kerabat akan kehilangan projek kebelakangan ini dan yang menjadi mangsa fitnah adalah pimpinan PR terutamanya MB  DS MOHD NIZAR yang dikatakan derhaka tetapi sejarah juga mengatakan bahawa kes seumpama ini berlaku semasa pemerintahan BN satu masa dahulu kerana Sultan tidak suka akan pelantikan MB pada masa itu dan tahun 1974 menjadikan isu ini serupa tapi berbeza. . . . . . . .


Umno Panglima yang menderhaka bukan sekarang tapi sudah lama derhakanya,oleh kerana Sultan juga ada kepentingan lebih dari kepentingan rakyat maka kesimnambungan kuasa secara haram bermaharaja lela,mereka dan kerabat-kerabat mereka dijaga dengan begitu baik asalkan mengikuti apa yang diminta dan disuruh umpama lembu di tarik hidungnya dan panglima ini lah yang merompak kuasa dalam terang dan menjadikan raja-raja melayu hilang maruahnya dan kini generasi akan datang pastinya akan menilai apakah wajar kuasa tinggi sebegini dikekalkan sekiranya kepentingan rakyat tiada nilainya dimata raja-raja dan bagi mereka-mereka yang bergelar raja apa pun kuasa mereka kalau tiada rakyat yang mahu percaya dan menjadi rakyat kepada mereka kerana berpanglimakan UMNO maka siapa lah mereka-mereka ini. . . . . . . . . . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan