Ahad, 15 Februari 2009

SPR BERROHKAN BN

SPR memang diketahui sejak dulu pun adalah sebahagian daripada kerabat BN dan sehingga kini mereka yang bertukar ganti di dalamnya adalah roh yang sebenarnya dari kalangan BN dan umno adalah parti melayu yang mereka ahlinya,maka adalah mustahil mereka-mereka ini akan berpaling dari BN kerana dari situlah segala pangkat serta kemewahan dapat dikecapi dengan mudah.SPR yang kononnya adalah sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ramai orang mengambarkan sebaliknya dimana ramai orang menjustifikasi kan ia sebagai suruhanjaya yang tidak telus dalam hal berkaiatan pilihanraya sehinga pihak pemerhati luar pun tidak percaya kredibiliti badan ini tetapi semua pandangan ini dilihat sepi oleh mangkuk-mangkuk dalam SPR.


SPR sebut apa sahaja semuanya ia akan memastikan tekanan terhadap pihak pembangkang,walaupun sebenarnya BN dan PR adalah pembangkang di dalam Malaysia cuma BN di pusat menjadi kerajaan dan PR di 5 negeri itu pun 1 negeri dirampas dan di rompak oleh BN yang diketuai oleh Najib dan kini bila 2 kekososngan berlaku 1 di parlimen dan 1 lagi di dun menjadikan SPR kini perhatian semua pihak dan setelah mesyuarat mereka telah mengistiharkan bahawa PRK di kedua tempat ini dijalankan serentak dimana penamaan calon akan dijalankan pada 29 mac dan pilihanraya akan diadakan pada 7 april hampir 60 hari seperti mana yang ditetapkan undang-undang dan ini adalah yang PERTAMA berlakunya PRK yang jaraknya 58 hari dan juga SPR telah mencipta sejarah mereka.


Alasan-alasan yang diberikan oleh SPR ini semuanya kelihatan seperti pembohongan biasa yang dilakukan setiap kali adanya PRK dan alasan-alasan itu sudah lali bagi rakyat terutamanya dari PR sehinggakan mencetuskan budaya baru dalam minda masyarakat kerana tiada SPR maka tiadalah pembohongan dan kini SPR sinonimmya adalah sebuah pertubuhan yang hidup atas sifat pembohongan dan ramai juga percaya dan merasakan bahawa SPR ini adalah sebahagian ROH BN sebenarnya dan pegawai-pegawai di dalam nya semua bertuankan BN,dan apa pun alasan mereka ini  akan lebih banyak dipertikaikan dari menerima dan itu lah sebenarnya SPR ini ditubuhkan semata-mata menjaga penipuan serta rampasan kuasa melalui cara tidak beretika politik BN dan ramai juga rakyat menyumpah seranah serta berdoa agar mereka-mereka di dalam itu di tuntut dosa-dosa pembohongan yang dilakukan terhadap masyarakat dibalas di akhirat nanti,alangkah ruginya hidup mereka -mereka yang berjawatan songsang dalam SPR ini selagi tiada keampunan dari rakyat yang ditipu serta dizalami maka ada lagi karma akhirat yang perlu dihadapi. . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan