Hari ini khabarnya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat,Azmin Ali mempertikaikan bagaimana SPR boeh membuat kenyataan bagi pihak Istana mengenai Exco Selangor Elizabeth Wong mengenai perletakan jawatan beliau sedangkan isu itu masih belum selesai kerana MB harus mengumumkan kepada baginda Sultan Selangor yang sekarang masih di luar negara.Pengerusi SPR mengatakan bahawa pilihan raya kecil bakal diadakan serentak di 3 bukit sekiranya terdapat kekosongan bagi kawasan tersebut dan buat masa ini pihaknya masih belum menerima perletakan jawatan tersebut cuma katanya beliau menerima sms memberitahu akan berlakunya PRK,bagi aku yang kerdil ini sebagai pegawai yang di pertanggungjawabkan maka dia haruslah menunjukkan sikap berkecuali malah nampak gayanya melebihi kepada kerajaan sedia ada sekarang,yang mungkin menjadikan persoalan sekarang bagaimana dengan mendapat sms sahaja beliau boleh bersangkaan begini sedangkan semasa di Perak penafian PRK dilakukan terhadap PR,malah sekarang kelibat pengerusi baru ini lebih teruk dari yang lepas-lepas.
Nampak gayanya rakyat bukan sahaja berperang dengan BN malah POLIS,FRU,KEHAKIMAN,ISA,SPR dan banyak lagi yang tersenarai harus dihadapi dan SPR adalah sayap BN yang secara tidak langsung banyak menyumbang kemenangan tipu BN malah hubungan baik antara mereka sudah terdedah tetapi dah dasar roh mereka sama apa pun boleh dilakukan dan perhatian segera sekiranya tidak dilakukan reformasi dalam SPR ini maka ramailah anak-anak yang makan dari sumber tidak halal kerana sekarang wang lebih penting dari nilai agama itu sendiri. . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan