Apa-apa pun cerita yang kita baca melalui blogger kerana melalui ini sahaja cerita dengan cepat merebak ke seluruh alam semuanya berkemungkinan permainan politik oleh orang tertentu,jadi untuk menanbahkan keyakinan rakyat Perak am nya lebih-lebih lagi pendokong serta penyokong PR maka sekarang lah kerja pimpinan tertinggi harus dilaksanakan di mana pimpinan tertinggi PKR,PAS dan DAP harus berbincang bersama-sama kerajaan negeri Perak agar suatu tindakan yang berkepentingan terhadap rakyat di Perak dapat dijalankan dengan mengambil pandangan semua pihak termasuklah blogger-blogger PR.
Sebagai blogger juga kami semua tidak lari dari masalah untuk mendapatkan berita atau cerita yang benar dan apa yang dapat di uar-uarkan adalah pandangan serta pemerhatian peribadi blogger sendiri kerana sekiranya memang kita secara semulajadi menjadikan politik itu sebahagian dalam kehidupan maka ia tidak dapat dipisahkan dari diri kita kerana kesan politik sebenarnya amat besar dalam mempengaruhi kehidupan masyarakat.Isu di Perak juga adalah isu yang hampir serupa di Kelantan suatu masa dulu tapi mempunyai pendekatan yang berbeza dan apakah isu ini sengaja dimainkan sebegitu ataupun pimpinan tertinggi PR masih lagi berfantasi dan meninggalkan rakyat yang mengharapkan realiti.Tunjukkan kepada rakyat bahawa pimpinan tertinggi 3 parti gabungan PR ini benar-benar menjadikan ketuanan rakyat adalah wajad perjuangan PR yang yang berteraskan keadilan untuk semua,jadi mengapa harus tunggu. . . . . . . . .
Mungkin adakah lagi kejutan-kejutan yang akan di lakukan sedikit masa lagi itu semua menjadi persoalan rakyat di Perak,ada cerita yang mungkin benar atau prasangka di dalam blog sang reformasi jalanan mengatakan selepas kemenangan dalam PRU 12 tempoh hari bahawa ada akujanji diantara kesemua wakil parlimen serta adun PKR dengan DSAI dengan surat dan tandatangan sekiranya sesuatu begini terjadi maka surat itu digunakan sebagai surat perletakkan jawatan seseorang dan kemungkinan pilihan raya kecil baru dapat dijalankan dan ada yang lebuh menarik lagi dari blogger ini agar mencadangkan agar kerajaan negeri Perak supaya membubarkan DUN supaya pilihan raya dapat dijalankan semula di Perak,tetapi sekadar perancangan kita belum lagi mendengar penjelasan dari DSAI yang sepatutnya mengeluarkan kenyataan kerana adun 2 orang itu mewakili PKR, berMB kan wakil PAS maka kita juga belum mendengar apa anggapan serta pandangan TGHA serta TGNA dan bermajoratikan wakil adun DAP kita juga masih juga belum mendengar Lim Kit Siang serta Karpal berhujan dalam menangani masalah di Perak.
Apa pun kata putus dari mereka-mereka ini sebenarnya menjadi perhatian semua pihak,tidak keterlaluan sekiranya saya yang kerdil ini terlebih dahulu atau melewati batas-batas sepatutnya serta mungkin ada prasangka yang tidak disedari mendahului perancangan yang sedang dijalankan hakikatnya saya adalah saya yang tidak bisa menjadi sesiapa kerana nyamuk-nyamuk seperti saya ini belum bisa menjadi nyamuk aedes. . . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan