Jumaat, 13 Februari 2009

MARAH SANGAT TEKANAN DARAH TINGGI

Semenjak krisis di Perak sehinggalah kini tekanan darah tinggi aku seperti menunjukkan yang ia juga merasa marah kerana kejadian rampasan kuasa yang berlaku di sana walaupun aku telah mengambil ubat tekanan darah tinggi untuk mengawal tekanan itu tetapi nampaknya ia seperti bersama hati-hati yang sakit diluar sana baik lelaki maupun perempuan.Memang sejak dari itu hati ini serta perasaan nya bukan lagi boleh dikawal ada sahaja yang nak dimarahi,silap sikit dah macam lupa diri,tapi oleh kerana kawan-kawan lain dalam alammaya juga merasakan perasaan yang sama dan masing-masing cuba menghiburkan sesama sendiri maka kesakitan hati ini dapat dikurangkan sedikit tapi tekanan tetap tinggi juga dan setiap kali lepas habis rawatan dialisis kalau sebelum kejadian itu tekananya adalah cantik moderate 120/80 pulse 70,tapi semenjak kejadian itu aku punya BP mendadak dan setiap kali habis ia akan menjadi 150/106 pulse 84 kerana gara-gara marah dan banyak minun kopi "O" kaw tanpa gula.


Aku rasa bukan aku sahaja yang BP nya naik mendadak ramai lagi yang kat luar sana terutamanya orang Perak,aku ni orang Selangor isteri orang Perak,Sungai Manik orang banjar yob,tu yang aku suka dok layan al-banjari online tu,mum anak 3,perisik rakyat dan banyak lagilah lagi pun orang sakit macam aku tak ada kerja ni lah yang aku boleh lakukan lagi pun adik beradik aku semuanya kaki reformasi,jadi dapat lah sikit sokongan dari dia orang belikan laptop buruk boleh lah aku guna sedaya mungkin membantu apa yang boleh kerana mati sudah pasti hidup insyaallah selagi ada kekuatan berjuang terus berjuang nanti bila izrael dah memanggil bawalah apa yang kita lakukan didunia untuk kiraan disana.


Terbaca kisah PRK yang akan dijalankan pada 7 april dan pencalonan pada 29 mac,semacam SPR juga memainkan peranannya sekarang bagikan namanya suruhanjaya penipu rakyat maka begitu lah sikap pegawai yang diamanahkan lagilah membuatkan sakit hati ini bertambah-tambah seperti BN UMNO adalah tuan kepada SPR ini hakikatnya bila roh jahat dah mula masuk kedalam diri maka begini lah jadinya semuanya disebabkan wang,wang,wang,wang dan wang.Orang sihat guna wang,sakit guna wang,mati guna wang,tidur guna wang,makan-minum guna wang,harga diri pun guna wang,dan janji tuhan juga dia berikan 1 gunakan 1 ini untuk mendapatkan 7 disana nanti tapi kebanyakan orang bila mendapat 1 ini maka hilanglah 7 yang sepatutnya diusahakan kerana berajakan duniawi. . . . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan