Khamis, 5 Februari 2009

ANTARA 100,000 DENGAN 800,000

Dianggarkan sejumlah 100,000 pekerja asing akan kehilangan pekerjaan yang bekerja di negara ini dan kebanyakan mereka adalah dari negara Indonesia menurut kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia Tan Sri Dai Bachtiar dan kebanyakan mereka adalah dari sektor pembuatan dan perkilangan dan itu belum masuk lagi negara lain,buat masa ini penghantaran pulang pekerja asing akan dijalankan secepat mungkin secara berperingkat menurut sumber.


800,000 pelajar IPTA dijamin mendapat pekerjaan dan ini lah cerita yang di tunggu oleh semua lepasan IPTA maupun pelajar IPTA dan janji kerajaan BN bahawa walaupun ekonomi yang rendah tahun ini serta beberapa tahun mendatang peluang pekerjaan tetap ada,wah hebat betul menteri Malaysia sampai sanggup berjanji walaupaun tidak nampak apa akan terjadi dimasa depan.


Ikut sekejap gaya TT, jangan perbodohkan rakyat lah beb,dunia semua ekonomi merundum menteri Malaysia je yg masih tido,di China kemungkinan sebanyak 26 juta(26,000,000) akan kehilangan perkerjaan,pembuat kereta mitsubshi kerugian sebanyak 60  billion yen,panasonic terpaksa memberhentikan pekerja seramai 15,000 orang di pelbagai negara cuma di Malaysia je yang masih kukuh ekonominya mana tak semua pimpinan Umno wang tak habis di gunakan apa heran pasal ekonomi merundum,adun pun boleh dibeli dengan rm 50,000,000  wow Malaysia Boleh. . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan