Isnin, 9 Februari 2009

PERANG SUDAH BERMULA

Kebelakangan ini banyak isu-isu panas yang terjadi malah cara BN cuba merampas Perak dari pimpinan PR menjadikan ia sebagai isu terhebat dan besar buat masa ini dan ramai yang cuba memujuk hati masing-masing menyatakan ada hikmah disebaliknya,dan biarkan lah BN mengambil apa yang mereka mahukan dan menunggu sehingga PRU13 baru kembali merampas Perak.Memang setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya,jadi sekiranya ini lah cara BN cuba merampas Perak dari PR maka menjadi satu tanggungjawab lah pimpinan PR Perak mesti berusaha agar  mempertahankannya dimana kita seharusnya menterjemahkan hikmah disebalik kejadian itu dengan kekuatan semangat yang ada pada masa ini agar kebnatangan BN dapat dihapus seluruhnya.


Kekuatan yang ada pada MB MOHD NIZAR serta pimpinan yang lainnya serta pejuang-pejuang reformasi media,blogger yang tidak kenal penat lelah,ahli-ahli penyokong malah seluruh negara menentang sikap BNatang BN dan sebenarnya bukan PR yang terhimpit serta tergoyah tetapi hakikat yang sebenarnya adalah BN yang semakin hancur kedudukannya dimata rakyat,bukan sahaja ia akan menjadi bualan seluruh negeri Perak malah seluruh negara akan mengingati kisah keBNatangan BN merompak,merampas serta memijak kuasa rakyat dengan menggunakan Sultan.Kekuatan ini lah yang mendorong kesemua yang terlibat dalam konspirasi terhebat masa kini bersatu bahawa dengan mempertahankan Perak dan PRK yang bakal diadakan di dibeberapa tempat maka kehancuran BN akan menjelma sedikit masa lagi,kerana tahap peluang BN sudah sampai kepenghujungnya maka kini peluang yang disia-siakan oleh BNatang akan kita pergunakan sebaik-baik mungkin untuk menguburkan BNatang secepat mungkin insyaallah.


PERANG sudah bermula sebenarnya,oleh kerana kita bersikap mesra alam,maka mereka menggunakan cara kotor tapi  kita tukarkan cara mereka dengan cara kita yang lebih bersikap kemanusiaan,kerana manusia ini bezanya adalah pemikirannya dan pemikiran manusia yang dipenuhi dengan ilmu dan amal ALLAH insyaallah akan mendapat kejayaan,dan ia nampak ada pada diri MB Perak DS MOHD NIZAR,malah sikap begini juga ada pada kepimpinan yang lainnya terutama TGNA,TGHA,TGHD,DSAI dan yang lainnya.Sebenarnya ini lah yang ditakutkan oleh BNatang kerana kebanyakan pimpinan mereka adalah dari golongan yang berajakan nafsu bersultankan wang sehinggakan nilai manusia di tapak kaki,jadi untuk kembali berkuasa cara BNatang ini lah yang boleh digunakan kerana perubahan yang ingin mereka lakukan sudah jauh tertinggal 10 tahun lalu dan cuma rakyat sahaja yang mengutip perubahan yang ditinggalkan oleh pimpinan BNatang ini.


PERANG kita secara jantan,bertahun kita berjuang,malah bertahun juga penderitaan yang dirasai dan dialami oleh ramai rakyat marhaen tetapi demi perubahan ,demi keadilan,demi Malaysia,demi agama dan yang paling penting demi rakyat inilah yang paling ditakuti oleh BNatang,percaya lah sekarang lah masanya untuk kita menguburkan BNatang ini,ketentuan dan ketetapan yang telah di turunkan keatas bahu-bahu kita semua ini mestinya kita tukarkan kepada kejayaan yang lebih hebat,kerana kekuatan sebeginlah yang akan merubah kehidupan seluruh masyarakat tetapi ALLAH cuma menunjukan sedikit jalannya dan tugas kita lah untuk memastikan ia dicapai dengan sebaik mungkin,ingat ALLAH bersama dengan mereka yang mengingati NYA dan bersabar,dan tugas semua pejuang agar PERANG ini dapat kita selesainya dengan jayanya kerana ini mungkin ketentuan dan ketetapan yang ditakdirkan buat kerajaan BN yang  bakal berakhir. . . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan