Khamis, 5 Februari 2009

BERITA BESAR YANG BERJAYA DI KECILKAN

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Koperal Sirul Azhar sambil menangis terisak-isak memberitahu mahkamah beliau adalah 'kambing hitam' yang dibicarakan bagi melindungi 'seseorang' yang tidak berada di mahkamah. Siapa 'seseorang' itu hanya beliau yang tahu kerana ia tidak disebut di mahkamah. Ada yang menyatakan Razak Baginda, tetapi Razak pernah dibawa ke mahkamah, walaupun kini beliau telah bebas. Jadi ia bukan Razak. Ada yang berkata ia boss Razak, orang yang pernah namanya disebut di mahkamah sebagai pernah bergambar dengan wanita cantik itu dan mengikut Akuan Sumpah Balasubramaniam orang yang sama pernah berbulan madu di Singapura bersama wanita Mongolia itu.

Antara orang itu dan Altantuya mungkin tiada hubungan, tapi di Malaysia yang berita rasminya tidak telus ini segalanya adalah mungkin. Semunya mungkin dan mungkin. Mungkin betul, mungkin tidak. Yang pasti Sirul yang dikambing hitamkan itu bakal dikorbankan bagi melindungi 'seseorang'. Dan satu lagi yang pasti, Altantuya telah dibunuh dengan kejam dengan bom maha kejam bernama C4, bom yang hanya boleh dikeluarkan dari simpanannya dengan kelulusan seseorang yang bertaraf Menteri sahaja.
Keratan di atas di ambil dari kedahlanie.

Tumpuan orang ramai terhadap kerajaan negeri Perak,tapi kes kemanusian yang dikambing hitamkan ini sepatutnya menjadi perhatian semua pihak dan blogger harus mengunakan kisah pengakuan sirul untuk menghangatkan lagi keadaan dan sekiranya mereka yang bertanggung jawab masih lagi tidur tuntut mereka di "sana". . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan