Selaku Presiden Paklah mempunyai kuasa terhadap timbalan presidennya,dan nampak gayanya Paklah sengaja membiarkan najib melakukan apa yang dia suka kerana itulah yang sebenar yang paklah mau najib lakukan iaitu najib bertanggung jawab terhadap kejatuhan UMNO kerana kes yang berlaku di Perak adalah kes rampasan kuasa sebenarnya dan menjadikan masyarakat benar-benar benci kepada BN dan tanpa disedari najib paklah jadikan kambing hitam perancangan dendam kesumatnya terhadap DR.Mahathir kerana kelantangan beliau mengkritik pimpinan serta menghasut pimpinan umno lain nya agar paklah diturunkan dan disingkirkan dengan memalukan beliau dan yang pastinya umno baru ini telah ditubuhan oleh mahathir selepas umno lama dibatalkan pertubuhannya kerana kesilapan mereka sendiri.
Dendam paklah terhadap mahathir adalah dendam lama,yang mungkin disimpan tapi dapat dikeluarkan sedikit demi sedikit melalui proaksi antunya,bagi mereka-mereka yang sudah banyak wang segala nya mungkin kerana dengan wang manusia boleh dibeli apa lagi lah mereka-mereka yang bergelar pemuda wang umno,ada wang semua boleh jalan tiada wang duduk diam-diam dan itulah yang dilakukan oleh proaksi paklah sekarang,seekor ini dijadikan kambing hitam maka yang lainnya memanafaat kan peluang yang ada,saban kali kita mengatakan dan juga perasaan yang najib selalu mengambing hitamkan orang lain tetapi disebalik itu jugalah paklah menggunakan najib anak didik mentornya mahathir agar beliau bertanggung jawab menghancurkan UMNO dan sekali gus beban itu akan jatuh kepada anak Razak ini dan malu ini juga akan ditanggung oleh mahathir kerana cara dan gaya itu lah yang dia lakukan dahulu semasa menjadi PM suatu masa dahulu.
Kita sering menasihati anak-anak kita bahawa kalau untuk menjadi pandai kita kenalah campur dengan mereka-mereka yang pandai dalam pelajaran,bercampur dengan orang masjid kita mungkin akan menjadi golongan solehan,bercampur dengan mereka yang malas kita akan juga menjadi malas begitulah putarannya kehidupan maka paklah sebenarnya belajar dari mahathir juga tapi mengamalkannya secara halus kerana politik yang diamalkan tanpa iman serta agama maka ini lah jadinya berajakan nafsu bersultankan wang.Dengan najib melakukan kesemua kemusnahan maka dendam paklah berjalan dengan lancar dan cuma masa dan ketikanya sahaja UMNO ini akan hilang dari sejarah Malaysia dan lahirlah parti baru. . . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan