Rabu, 18 Februari 2009

KRISIS DI PERAK,ORANG UMNO PUN MARAH

Ketulahan kata orang banjar,hukum karma lah tu,hari ini petang rasanya ramai yang cuba mencari berita terkini mengenai situasi di Perak melalui laman-laman blog yang popular,mungkin blog pro PR sahaja yang memberikan info berkenaan kes ini dimana MB BN serta 6 EXCO telah digantung dari menghadari sidang dewan dun,bagi MB BN Datuk DR Zambry Abdul Kadir telah digantung selama 18 bulan manakala 6 ecxonya selama 12 bulan keputusan ini diumumkan sendiri oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri selesai bersidang petang tadi,turut di panggil dalam siasatan dalam perkara 72(3)Perintah Tetap Dun Perak adalah 2 wartawan akhbar dari THE STAR dan SIN CHEW DAILY dengan pengantungan 7 ahli dewan dun BN ini maka sekarang dewan undangan negeri Perak berpihak kepada Pakatan Rakyat begitu pun apa yang bakal terjadi ia akan sama dirasai oleh penyokong kedua pihak.


Khabarnya juga adun yang melompat ke PKR tetapi dalam 10 hari telah melompat kembali ke Umno setelah diculik kata ceritanya juga berkemungkinan akan meletak jawatan,malah oku adun Jelapang juga pun dengar ceritanya juga akan meletakkan jawatan beliau,inilah episod fikir tak sudah,Najib dengan gaya heronya bakal menjadi ZERO sedikit masa lagi,sudahlah makian serta sumpah seranah tidak habis lagi kini sumpah dari ahli Umno bakal diterima oleh anak Razak ini malah perbuatan begini sebenarnya mematikan politik mereka yang   terpaksa menerima tugas yang sudah tentu mengkuburkan profesion sebagai ahli politik kerana sikap tamak untuk berkuasa malah berkemungkinan Umno Perak akan berpecah disebabkan keBODOHan Najib,sekiranya lagi DUN PERAK akan dibubarkan maka bertambahlah teruk lagi ekonomi dikerjakan oleh Najib dimana sudah tentu banyak wang yang akan digunakan untuk merampas negeri Perak ini dari Pakatan Rakyat malah masih ada 1 lagi PRK parlimen Bukit Gantang yang akan dijalankan di Perak,1 PRK di Kedah,1 kemungkinan di selangor yang harus dihadapi ini semua harus menggunakan wang yang banyak,malah Najib yang kini Menteri Kewangan bakal menghadapi masa-masa bergembira. . . . . . . 


Hakikat yang tidak nampak oleh sebahagian ahli Umno adalah semua ini terjadi disebabkan sikap TAMAK pemimpin mereka,siapa mereka fikirlah sendiri cuma aku nak bagi hint kalau dahulu siapa penyelamat bagi Mahathir selepas UMNO diharamkan tahun 1993 dan menggunakkan kuasa dengan hakim semua di sepak terajang maka Umno baru ditubuhkan,setelah 5 tahun berlalu wira ini diaibkan dengan isu liwat serta salahguna kuasa,bila reformasi bergema ramai melayu yang keluar dari Umno  berhijrah,Mahathir bermuridkan Najib yang menjadi kepercayaan Mahathir sehingga kini walaupun PM nya adalah Paklah malah orang kepercayaan Mahathir ini jugalah yang sedikit masa lagi yang akan menghancurkan UMNO baru serta memalukankan Mahathir serta ahli-ahli yang lain,bayangkanlah yang hidup dengan cari makan dengan bertuankan umno sudah tentu marahnya tidak keruan malah mungkin ada yang jadi lebih teruk seperti KHIR TOYO yang gila meroyan dan gila pangkat,Najib nasib lah kau kalau tak kena baling dengan selipar maupun terompah oleh penyokong sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan