Selasa, 3 Februari 2009

KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT

Semalam selepas pulang dari rawatan dialisis yang meletihkan serta sebelum hari dialisis badan tidak berapa sihat dengan perut meragam semacam dan satu hari mata tidak dapat nak berehat berlalunya satu hari yang membosankan setelah balik dari rawatan sekadar merehatkan mata yang memang dah berat sangat di samping cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat juga menghukum sambungan broadband di tempat saya.


Kembali kepada isu yang masih menjadi perhatian di Perak maka perlunya kita menerima apa juga suratan yang terjadi semoga kejadian seumpama ini menjadikan pengajaran serta panduan memilih mereka-mereka yang benar-benar layak dijadikan wakil kepad rakyat serta parti.Perjalanan semakin jauh tanggungjawab sekarang semakin besar kerana menjatuhkan BN yang sudah menjangkau 50 tahun lebih memerintah Malaysia seumpama merobohkan tembok berlin menggunakan tangan sahaja insyaallah berkat kekuatan bersama serta bersama-sama mengharungi susah senang maka semua impian ini akan terlaksana juga.


Kuasa dari rakyat untuk rakyat haruslah dikembalikkan sekiranya perkara -perkara ini berlaku,dan menjadikan akujanji antara pejuang sesuatu parti dengan parti tersebut juga dapat menyelamatkan keadaan sebenarnya lebih-lebih lagi yang berkenaan rasuah.Rasuah ini berlaku sekiranya diri dikuasai oleh sikap tamak kerana tamaklah syaitan besar pada diri seseorang itu dan nampaknya syaitan besar ini suka duduk dalam diri pimpinan umno dan sekiranya tidak dikawal dari sekarang kemungkinan syaitan ini tidak mustahil berpindah ke pimpinan PR dan sekiranya benda ini terjadi rakyat jugalah yang menerima balanya.


Kembalikan kuasa ini semula kepada rakyat dengan menjalankan pilihan raya kecil dan dari situ kuasa telah dikembalikan kepada yang berHAK dan semoga kesedaran dapat dipertanggungjawabkan kepada mereka-mereka yang ingin bergelar YB.Apa-apa pun dalam kes yang terjadi di Perak sekiranya pihak SPR menerima kes yang di hangat perkatakan sekarang ini maka setelah PRK di K.T  kini PRK akan diadakan di 2 tempat di Perak dan bersediakan BN mengeluarkan dana yang banyak sekadar untuk merampas 2 kekosongan adun PKR yang kononnya telah cuba berubah kapal tapi mereka lupa surat perletakan jawatan mereka telah ditandatangani semasa PRU12 dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan