Kemuskilan yang menjadi tanda tanya mengapa pengunaan A.T.M disalah gunakan dan apa yang rakyat semua sedia maklum Najib sudah tidak lagi memegang portfolia menteri pertahanan dan yang bertanggung jawab ada lah Paklah sekarang ini dan pegawai SPRM itu apa fungsi sebenarnya mereka-mereka ini dilantik adakah semata-mata untuk menjaga kepentingan pemimpin tertentu,dan yang menjadikan persoalan yang begitu besar adalah ujudnya tekanan yang dinamakan rasuah oleh Najib terhadap 2 ADUN PKR ini dimana khabarnya imbuhan 10 juta untuk mereka berdua setiap seorang,dan mengapakah pegawai SPRM itu harus berada di rumah Najib untuk melakukan siasatan adakah pegawai ini lupa bahawa orang bisa menuduh beliau sudah bias terhadap Najib dan dari situ orang ramai sudah boleh menggangap bahawa salah guna kuasa serta rasuah sudah berlaku yang yang melakukan nya adalah Najib serta pegawai SPRM terbabit sendiri.Fikirkan lah. . . . . . . .
Inilah yang dipanggil BODOH TIDAK BOLEH DI AJAR DAN PANDAI TIDAK BOLEH DIIKUT,untuk Najib dengar khabar dari Raja Petra menyata kan bahawa perancangan itu memang adalah dari usaha Najib yang mahu melakukan sesuatu setelah 2 prk yang ia menjadi ketuanya telah tewas dan dengan merancang merampas Perak dari PR dengan memaksa serta menculik 2 adun PKR ini dapatlah ia bernafas lega semula tetapi itu adalah perancangan manusia kerana perancangan ALLAH adalah lebih baik di mana DSAI telah dapat menghidu apa yang bakal terjadi dan dengan usaha yang dilakukan oleh Hj Ismail orang kepercayaan DSAI maka kemasukan adun Bota telah merencatkan rancangan Najib dan apa yang diberi tahu lagi memang terdapat 2 orang ADUN umno yang memang hendak berhijrah tetapi DSAI cuma mengistiharkan adun Bota sahaja dan yang seorang lagi di rahsiakan cuma menunggu masa dan ketika sahaja menanti apa perancangan Najib. . . . . . . . . .
Insyaallah kerajaan negeri Perak masih dan tetap dapat mengekalkan kuasanya,untuk SPRM bawa-bawalah berubah sikap pegawai-pegawai yang berkhidmat kerana rakyat sebenarnya yang membayar segala gaji anda dan kalau SPRM dah mula melakukan rasuah maka menubuhkan SPRM adalah satu kegagalan dan kesilapan BN yang diketuai oleh Paklah dan yang menyalah gunakan ia adalah NAJIB. . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan